Bahagian Penyelidikan JHEAIK

Bahagian Penyelidikan JHEAIK Bahagian Penyelidikan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman

SEMINAR ISU MEMINTA HAJAT KEPADA MAYAT TAHUN 2026Tarikh : 28 Jun 2026 (Ahad)Tempat : Dewan Pejabat Agama Daerah YanProgr...
28/06/2026

SEMINAR ISU MEMINTA HAJAT KEPADA MAYAT TAHUN 2026

Tarikh : 28 Jun 2026 (Ahad)
Tempat : Dewan Pejabat Agama Daerah Yan

Program anjuran Bahagian Penyelidikan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman (JHEAIK) ini bertujuan memberi pendedahan kepada 150 orang peserta dalam kalangan Pegawai JHEAIK, Jabatan M***i Negeri Kedah Darul Aman dan Pejabat-Pejabat Agama Daerah serta pegawai-pegawai masjid, para ilmuan, guru-guru takmir, guru-guru tahfiz dan guru-guru pondok berkaitan perbezaan antara tawasul yang dibenarkan dan istighathah yang dilarang.

Sejak kebelakangan ini, terdapat trend dan amalan dalam masyarakat yang menimbulkan kekeliruan berhubung konsep tawasul dan istighathah (استغاثة). Isu meminta hajat atau pertolongan daripada orang yang telah meninggal dunia (mayat) memerlukan penjelasan tuntas agar masyarakat tidak terjerumus ke dalam amalan yang boleh menjejaskan akidah atau menjurus kepada syirik.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penyelidikan JHEAIK, Haji Radzi Abdul Mutalib menyampaikan ucapan alu-aluan sebelum perasmian pembukaan seminar disempurnakan Pengarah JHEAIK, Syeikh Mohamad Subhi Abdullah.

Ceramah disampaikan oleh Dr. Mohammad Nidzam Abdul Kadir, Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Kenegaraan & Ketamadunan, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM).

Turut hadir Timbalan Pengarah (Operasi) JHEAIK, Dato’ Syeikh Ismi Anuar Abdul Halim; Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Masjid dan Surau JHEAIK, Haji Zainul Jamal Abdul Ghani dan Pegawai Agama Daerah Yan, Syeikh Mohd Ikmal Hafif Azmi.

SEMINAR ASAS RISIKAN SUMBER MAKLUMAT TERBUKA (OSINT) TAHUN 2026Tarikh : 24 dan 25 Jun 2026 (Rabu dan Khamis)Tempat : Dew...
25/06/2026

SEMINAR ASAS RISIKAN SUMBER MAKLUMAT TERBUKA (OSINT) TAHUN 2026

Tarikh : 24 dan 25 Jun 2026 (Rabu dan Khamis)
Tempat : Dewan KCS, INSPIN, Alor Setar

Program anjuran Bahagian Penyelidikan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman (JHEAIK) dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) ini bertujuan memberi pendedahan kepada 50 orang peserta di kalangan warga kerja JHEAIK, Jabatan M***i Negeri Kedah Darul Aman dan Pejabat-Pejabat Agama Daerah berkaitan kemahiran risikan sumber maklumat terbuka (open source intelligence) dalam proses mengumpul dan menganalisis informasi yang tersedia untuk umum untuk menghasilkan profil, menilai ancaman, membuat keputusan dan menjawab pertanyaan spesifik seterusnya mengaplikasikan kemahiran tersebut dalam bidang tugas dan menangani ancaman akidah dan syariah.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penyelidikan JHEAIK, Haji Radzi bin Abdul Mutalib menyampaikan ucapan alu-aluan sebelum perasmian penutupan seminar disempurnakan Pengarah SKMM Negeri Kedah, En. Zairulnahar bin Zakaria.

Turut hadir Ketua Seksyen Kawal Selia SKMM Kedah, En. Mohd Faizal bin Azizan.

21/04/2026
ZIARAH MAHABBAH PERTUBUHAN DU’AH FARAIDH MALAYSIA KE JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI KEDAH DARUL AMANJabatan Hal Eh...
02/02/2026

ZIARAH MAHABBAH PERTUBUHAN DU’AH FARAIDH MALAYSIA KE JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman (JHEAIK) menerima kunjungan hormat delegasi Pertubuhan Du’ah Faraidh Malaysia (PDFM) pada hari Isnin, 2 Februari 2026.

Ketibaan delegasi diketuai Al-Fadhil Ustaz Mohd Khusairi bin Saleh, Pengerusi PDFM disambut Al-Fadhil Tuan Haji Radzi bin Abdul Mutalib, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penyelidikan JHEAIK disusuli sesi perkongsian maklumat.

Ziarah mahabbah ini bertujuan membina hubungan kerjasama serta bertukar buah fikiran bagi membantu perkembangan dan pemantapan dakwah ilmu faraidh dan pengurusan harta pusaka umat Islam khususnya di Negeri Kedah Darul Aman.

Turut hadir, Al-Fadhil Ustaz Muhammad Suhaimi bin Zulkiflee, Ketua Bahagian Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman (MAIK) dan Al-Fadhil Ustaz Mohd Syahmi Zakwan bin Shamsuddin, Penolong Pengarah (Penerbitan) Bahagian Dakwah JHEAIK.

Address

Bangunan Wan Mat Saman
Alor Setar
05676

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bahagian Penyelidikan JHEAIK posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Bahagian Penyelidikan JHEAIK:

Shortcuts

Share