Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kedah

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kedah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kedah merupakan Fan Page rasmi Bomba Kedah bertujuan berkongsi maklumat kebombaan dan juga isu semasa.

๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐๐„๐๐˜๐„๐‘๐€๐‡๐€๐ ๐๐„๐๐ƒ๐„๐‘๐€ ๐Š๐Ž๐๐“๐ˆ๐๐‰๐„๐ ๐‰๐๐๐Œ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐Š๐„๐ƒ๐€๐‡ ๐Š๐„ ๐’๐”๐Š๐๐Ž๐Œ ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”Pada 2 Ogos 2026, telah berlangsung Majlis Pen...
03/08/2026

๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐๐„๐๐˜๐„๐‘๐€๐‡๐€๐ ๐๐„๐๐ƒ๐„๐‘๐€ ๐Š๐Ž๐๐“๐ˆ๐๐‰๐„๐ ๐‰๐๐๐Œ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐Š๐„๐ƒ๐€๐‡ ๐Š๐„ ๐’๐”๐Š๐๐Ž๐Œ ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

Pada 2 Ogos 2026, telah berlangsung Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Kedah sempena penyertaan ke S**an Bomba Malaysia (SUKBOM) Tahun 2026 yang telah diadakan di Dewan Muhammad Adib, JBPM Negeri Kedah.

Majlis ini menjadi simbolik pelepasan serta pembakar semangat kepada seluruh atlet, jurulatih dan pegawai kontinjen yang akan membawa cabaran Negeri Kedah ke pentas SUKBOM 2026 di Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Semoga seluruh kontinjen sentiasa diberikan kesihatan, keselamatan dan kekuatan dalam setiap pertandingan. Teruskan berjuang dengan penuh semangat kesukanan, disiplin dan iltizam demi mengharumkan nama JBPM Negeri Kedah.

Semangat Wira Kedah, Mengungguli Bersama!






**anBombaMalaysia

KEBAKARAN RUMAH DUA TINGKAT DI PENDANGSebuah rumah kelas B dua tingkat di belakang sebuah stesen minyak di Jalan Tokai, ...
03/08/2026

KEBAKARAN RUMAH DUA TINGKAT DI PENDANG

Sebuah rumah kelas B dua tingkat di belakang sebuah stesen minyak di Jalan Tokai, Pendang, Kedah, terbakar awal pagi tadi.

Pihak JBPM menerima panggilan kecemasan pada jam 2.44 pagi dan menggerakkan anggota dari BBP Pendang serta BBP Jalan Raja ke lokasi kejadian.

Kebakaran dianggarkan memusnahkan kira-kira 80 peratus struktur rumah. Operasi pemadaman berjaya dikawal pada jam 3.10 pagi dan kerja-kerja overhaul masih dijalankan bagi memastikan tiada kebakaran berulang.

Tiada mangsa dilaporkan terlibat. Operasi turut mendapat bantuan daripada enam Pasukan Bomba S**arela (PBS) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM).
















KPKT Malaysia
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

02/08/2026

๐Ÿ’ช SEMANGAT WIRA KEDAH TERUS MENYALA! ๐Ÿ”ฅ

Di sebalik setiap kejayaan, tersimpan pengorbanan, disiplin dan latihan yang tidak pernah mengenal erti penat.

Saksikan montaj persediaan atlet Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kedah yang sedang giat menjalani latihan sebagai persiapan menghadapi S**an Bomba Malaysia (SUKBOM) Tahun 2026 di Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Semoga seluruh kontinjen JBPM Kedah diberikan kekuatan, ketabahan dan dipermudahkan segala urusan dalam mengharumkan nama negeri di pentas SUKBOM 2026.

โค๏ธ๐Ÿค Ayuh kita bersama-sama memberikan sokongan dan mendoakan kejayaan Kontinjen JBPM Kedah!

PERSARAAN EN MOHD RUSLI BIN ABD WAHAB Dengan penuh rasa hormat dan penghargaan, seluruh warga Jabatan Bomba dan Penyelam...
02/08/2026

PERSARAAN EN MOHD RUSLI BIN ABD WAHAB

Dengan penuh rasa hormat dan penghargaan, seluruh warga Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kedah ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan selamat bersara kepada:

Encik Mohd Rusli Bin Abd Wahab Pegawai Bomba Gred KB2 (TBK1) dari Balai Bomba Dan Penyelamat Jalan Raja yang telah menamatkan perkhidmatan dengan cemerlang dan penuh dedikasi pada 31 Julai 2026.

Sepanjang tempoh perkhidmatan, jasa dan pengorbanan Encik Mohd Rusli Bin Abd Wahab dalam menjaga keselamatan, kesejahteraan, dan kebajikan masyarakat amat kami hargai. Beliau bukan sahaja seorang pegawai yang berwibawa, tetapi juga sahabat dan pemimpin yang dihormati.

Kami mendoakan agar persaraan ini menjadi permulaan baharu yang penuh dengan ketenangan, kebahagiaan dan kesihatan yang berpanjangan. Semoga setiap detik yang akan datang dipenuhi dengan kenangan manis bersama keluarga tercinta.

"Terima kasih atas segala jasa dan pengorbanan. Selamat bersara Encik Mohd Rusli Bin Abd Wahabโ€
















KPKT Malaysia
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YAS Datoโ€™ Haji Nordin bin PauziTimbalan Ketua Pengarah (Operasi)Jabatan Bomba d...
01/08/2026

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada

YAS Datoโ€™ Haji Nordin bin Pauzi
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi)
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

atas pengurniaan Darjah Indera Mahkota Pahang (D.I.M.P.) yang membawa gelaran Datoโ€™ sempena Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran dan Pingat-Pingat Negeri Pahang sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-67 Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang.

Pengiktirafan berprestij ini merupakan penghormatan atas jasa, kepimpinan serta dedikasi beliau dalam memartabatkan perkhidmatan kebombaan dan penyelamatan negara.

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada

YAS Datoโ€™ Haji Nordin bin Pauzi
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi)
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

atas pengurniaan Darjah Indera Mahkota Pahang (D.I.M.P.) yang membawa gelaran Datoโ€™ sempena Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran dan Pingat-Pingat Negeri Pahang sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-67 Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang.

Pengiktirafan berprestij ini merupakan penghormatan atas jasa, kepimpinan serta dedikasi beliau dalam memartabatkan perkhidmatan kebombaan dan penyelamatan negara.

Semoga terus dikurniakan kesihatan, kekuatan serta kecemerlangan dalam memimpin warga JBPM ke arah perkhidmatan yang lebih cemerlang,berintegriti dan terus unggul.

01/08/2026
Selamat Hari Pahlawan 2026.               KPKT Malaysia Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
31/07/2026

Selamat Hari Pahlawan 2026.
















KPKT Malaysia
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

๐’๐„๐’๐ˆ ๐๐„๐๐˜๐€๐Œ๐๐€๐ˆ๐€๐ ๐‡๐€๐ƒ๐ˆ๐€๐‡ | ๐๐„๐‘๐“๐€๐๐ƒ๐ˆ๐๐†๐€๐ ๐Š๐”๐Œ๐๐”๐‹๐€๐ ๐ˆ๐๐Ž๐•๐€๐“๐ˆ๐… ๐ƒ๐€๐ ๐Š๐‘๐„๐€๐“๐ˆ๐… (๐Š๐ˆ๐Š) ๐๐„๐‘๐ˆ๐๐†๐Š๐€๐“ ๐‰๐๐๐Œ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐Š๐„๐ƒ๐€๐‡ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐Ÿ†Setinggi-ti...
29/07/2026

๐’๐„๐’๐ˆ ๐๐„๐๐˜๐€๐Œ๐๐€๐ˆ๐€๐ ๐‡๐€๐ƒ๐ˆ๐€๐‡ | ๐๐„๐‘๐“๐€๐๐ƒ๐ˆ๐๐†๐€๐ ๐Š๐”๐Œ๐๐”๐‹๐€๐ ๐ˆ๐๐Ž๐•๐€๐“๐ˆ๐… ๐ƒ๐€๐ ๐Š๐‘๐„๐€๐“๐ˆ๐… (๐Š๐ˆ๐Š) ๐๐„๐‘๐ˆ๐๐†๐Š๐€๐“ ๐‰๐๐๐Œ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐Š๐„๐ƒ๐€๐‡ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐Ÿ†

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pasukan yang telah menunjukkan komitmen, kreativiti dan semangat inovasi sepanjang Pertandingan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Peringkat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kedah Tahun 2026.

๐Ÿ† ๐Š๐ž๐ฉ๐ฎ๐ญ๐ฎ๐ฌ๐š๐ง ๐๐ž๐ซ๐ญ๐š๐ง๐๐ข๐ง๐ ๐š๐ง:
๐Ÿฅ‡ Johan โ€“ BBP Pokok Sena
๐Ÿฅˆ Naib Johan โ€“ BBP Amanjaya
๐Ÿฅ‰ Tempat Ketiga โ€“ BBP Langkawi

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus membudayakan inovasi, meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan serta melahirkan lebih banyak idea kreatif demi kecemerlangan Jabatan.

Tahniah kepada para pemenang dan syabas kepada semua kumpulan yang telah bertanding. Teruskan berinovasi demi organisasi, masyarakat dan negara.
















KPKT Malaysia
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
Kedah Kini

๐๐„๐‘๐“๐€๐๐ƒ๐ˆ๐๐†๐€๐ ๐Š๐”๐Œ๐๐”๐‹๐€๐ ๐ˆ๐๐Ž๐•๐€๐“๐ˆ๐… ๐ƒ๐€๐ ๐Š๐‘๐„๐€๐“๐ˆ๐… (๐Š๐ˆ๐Š) ๐‰๐๐๐Œ ๐Š๐„๐ƒ๐€๐‡ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”Sekitar suasana Pertandingan Kumpulan Inovatif dan Kreat...
29/07/2026

๐๐„๐‘๐“๐€๐๐ƒ๐ˆ๐๐†๐€๐ ๐Š๐”๐Œ๐๐”๐‹๐€๐ ๐ˆ๐๐Ž๐•๐€๐“๐ˆ๐… ๐ƒ๐€๐ ๐Š๐‘๐„๐€๐“๐ˆ๐… (๐Š๐ˆ๐Š) ๐‰๐๐๐Œ ๐Š๐„๐ƒ๐€๐‡ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

Sekitar suasana Pertandingan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Peringkat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kedah yang telah berlangsung pada pagi tadi bermula jam 9.00 pagi di Bahagian Latihan, JBPM Negeri Kedah.

Pertandingan ini menghimpunkan kumpulan-kumpulan inovatif daripada seluruh negeri bagi membentangkan idea, projek serta hasil inovasi yang mampu meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan, keselamatan anggota dan keberkesanan operasi Jabatan.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua kumpulan yang telah memberikan komitmen serta menampilkan pembentangan terbaik. Semoga budaya inovasi dan kreativiti terus diperkasakan demi memacu kecemerlangan JBPM.

Address

Jalan S**a Menanti
Alor Setar
05200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kedah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category