πŒπ€π‰π‹πˆπ’ π€π†π€πŒπ€ πˆπ’π‹π€πŒ πŠπ„πƒπ€π‡

  • Home
  • Malaysia
  • Alor Setar
  • πŒπ€π‰π‹πˆπ’ π€π†π€πŒπ€ πˆπ’π‹π€πŒ πŠπ„πƒπ€π‡

πŒπ€π‰π‹πˆπ’ π€π†π€πŒπ€ πˆπ’π‹π€πŒ πŠπ„πƒπ€π‡ بِسْـــــــــــــــــمِ Ψ§ο·²ΩΨ§Ψ±ΩŽΩ‘Ψ­Ω’Ω… https://twitter.com/mainkdh

DYTM TUANKU RAJA MUDA KEDAH SEMPURNAKAN MAJLIS PECAH TANAH MASJID UniSHAMS DAN SMART KOMPLEKS ISLAMKUALA KETIL, 1 Septem...
01/09/2026

DYTM TUANKU RAJA MUDA KEDAH SEMPURNAKAN MAJLIS PECAH TANAH MASJID UniSHAMS DAN SMART KOMPLEKS ISLAM

KUALA KETIL, 1 September 2026 – Duli Yang Teramat Mulia Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin, Tuanku Raja Muda Kedah merangkap Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK) berkenan berangkat menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Masjid Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS) dan Smart Kompleks Islam di kampus induk UniSHAMS, di sini, hari ini.

Pembangunan Masjid UniSHAMS dan Smart Kompleks Islam merangkumi tiga komponen utama iaitu masjid tiga tingkat yang mampu memuatkan sehingga 3,600 jemaah pada satu-satu masa, ruang niaga serta ruangan legar riadah. Keseluruhan kompleks berkenaan dijangka siap sepenuhnya menjelang Julai 2028.

Projek yang telah dirancang hampir dua dekad itu dapat direalisasikan hasil sumbangan Tan Sri Dato' Seri Dr. Syed Azman bin Syed Ibrahim, Pengarah Urusan The Weststar Group yang membiayai sepenuhnya pembangunan Masjid UniSHAMS dan Smart Kompleks Islam.

Dalam majlis sama, Tuanku Raja Muda Kedah turut berkenan menyaksikan penyerahan mock cheque daripada The Weststar Group kepada UniSHAMS serta menyempurnakan acara pecah tanah Masjid UniSHAMS dan Smart Kompleks Islam yang disusuli dengan gimik perasmian.

Baginda kemudiannya berkenan melawat model dan galeri projek bagi melihat perancangan pembangunan kompleks berkenaan sebelum berangkat pulang.

Hadir sama Yang Amat Berhormat Dato' Seri Muhammad Sanusi bin Md. Nor, Menteri Besar Kedah; Yang Berhormat Dato’ Seri Haji Norizan bin Haji Khazali, Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman; Tan Sri Dato' Seri Dr. Syed Azman bin Syed Ibrahim, Pengarah Urusan The Weststar Group serta Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah.





SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69 πŸ‡²πŸ‡ΎMarilah bersama-sama menyemarakkan semangat patriotisme dan memperkukuh perpad...
30/08/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69 πŸ‡²πŸ‡Ύ

Marilah bersama-sama menyemarakkan semangat patriotisme dan memperkukuh perpaduan demi Malaysia yang sejahtera dan harmoni.

Ikhlas daripada Yang Dipertua, Timbalan Yang Dipertua, Ketua Pegawai Operasi serta seluruh warga kerja Majlis Agama Islam Negeri Kedah.





MAIK PERKUKUH PENGURUSAN DOKUMEN RAHSIA RASMIALOR SETAR, 30 Ogos 2026 – Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK) dengan ke...
30/08/2026

MAIK PERKUKUH PENGURUSAN DOKUMEN RAHSIA RASMI

ALOR SETAR, 30 Ogos 2026 – Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK) dengan kerjasama Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO) Negeri Kedah telah menganjurkan Kursus Pengurusan Dokumen Rahsia Rasmi.

Kursus ini bertujuan meningkatkan kefahaman dan kecekapan warga kerja MAIK dalam mengurus dokumen rahsia rasmi mengikut tatacara dan peraturan keselamatan yang ditetapkan.

Turut hadir ialah ketua-ketua bahagian serta warga kerja MAIK yang terlibat.



SEHARI MAIK BERSAMA KOMUNITI DESA AMAN, MASJID SAIDINA UMAR AL-KHATTABPADANG SERAI, 29 Ogos 2026 – Majlis Agama Islam Ne...
30/08/2026

SEHARI MAIK BERSAMA KOMUNITI DESA AMAN, MASJID SAIDINA UMAR AL-KHATTAB

PADANG SERAI, 29 Ogos 2026 – Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK) menerusi Unit Sumber Am, Baitulmal dan Unit Wakaf Tunai telah turun bersama komuniti Desa Aman, Masjid Saidina Umar Al-Khatbab bagi menyampaikan taklimat dan reruai pameran perkhidmatan taklimat berkaitan perkhidmatan Baitulmal dan Wakaf Tunai kepada masyarakat setempat.

Taklimat berkenaan telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Zamri bin Bakar, Ketua Unit Sumber Am Baitulmal, MAIK. Sesi taklimat ini memberi penerangan berkaitan fungsi dan peranan Baitulmal, selain memperkenalkan Wakaf Tunai sebagai salah satu instrumen pembangunan sosioekonomi ummah yang berpotensi memberikan manfaat berterusan kepada masyarakat.

Pelaksanaan program turun padang seperti ini mencerminkan komitmen berterusan MAIK dalam memperkukuh penyampaian maklumat secara langsung kepada masyarakat, khususnya kepada warga komuniti setempat bertepatan dengan program Hari Komuniti Desa Aman Sejatera.

Pendekatan ini juga merupakan salah satu inisiatif MAIK dalam mendekati masyarakat secara lebih dekat, di samping meningkatkan kesedaran dan kefahaman mengenai perkhidmatan serta kemudahan yang disediakan dibawah Unit Sumber Am Baitulmal dan Unit Wakaf Tunai di Negeri Kedah.

JOM BERWAKAF BERSAMA MAIK

Ayuh bersama menyumbang melalui Wakaf Tunai MAIK. Wakaf boleh dilaksanakan melalui kaedah berikut:

1. Walk-in
Berwakaf secara terus di Pejabat Majlis Agama Islam Negeri Kedah.

2. QR Code / Online Transfer
Laksanakan sumbangan wakaf dengan mudah secara dalam talian.

3. Potongan Gaji Bulanan
Nikmati kemudahan potongan gaji secara bulanan melalui MAIK.

4. Laman Web Rasmi MAIK
Layari laman web rasmi MAIK untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan Wakaf Tunai dan kaedah berwakaf.

Nikmati manfaat pelepasan cukai sehingga 10% bagi sumbangan wakaf yang diberikan, tertakluk kepada peraturan dan ketetapan yang berkuat kuasa.

Like, Follow & Share untuk menyebarluaskan manfaat wakaf kepada lebih ramai.

"Wakaf, Investasi Dunia, Pahala Akhirat.”





DYTM TUANKU RAJA MUDA KEDAH PERKENAN MENUNAIKAN SOLAT JUMAAT DI MASJID AL-AMAN SIMPANG KUALAALOR SETAR, 28 Ogos 2026 – D...
28/08/2026

DYTM TUANKU RAJA MUDA KEDAH PERKENAN MENUNAIKAN SOLAT JUMAAT DI MASJID AL-AMAN SIMPANG KUALA

ALOR SETAR, 28 Ogos 2026 – Duli Yang Teramat Mulia Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin, Tuanku Raja Muda Kedah merangkap Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK) perkenan berangkat menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Aman, Simpang Kuala, di sini, hari ini.

Keberangkatan DYTM Tuanku Raja Muda Kedah disambut oleh Yang Berhormat Dato' Seri Haji Norizan bin Khazali, Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah; Sohibus Samahah Dato' Paduka (Dr.) Syeikh Fadzil bin Haji Awang, M***i Negeri Kedah; Yang Berbahagia Dato' Muhamad Mahazi bin Haji Ibrahim, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah (Pengurusan); Yang Berbahagia Dato' Haji Mohd Yusri bin Haji Md Daud, Timbalan Yang Dipertua MAIK serta pegawai-pegawai tinggi kerajaan.

DYTM Tuanku Raja Muda Kedah kemudiannya perkenan menunaikan solat Jumaat secara berjemaah yang diimamkan oleh Haji Mahir bin Mohamad, Imam Masjid Al-Aman sebelum diakhiri dengan sesi bergambar bersama pegawai-pegawai Kerajaan Negeri Kedah dan Ahli Jawatankuasa Masjid Al-Aman.

DYTM TUANKU RAJA MUDA KEDAH BERANGKAT MEMPENGERUS*KAN MESYUARAT MAIK BIL. 3/2026 ALOR SETAR, 27 Ogos 2026 - Duli Yang Te...
27/08/2026

DYTM TUANKU RAJA MUDA KEDAH BERANGKAT MEMPENGERUS*KAN MESYUARAT MAIK BIL. 3/2026

ALOR SETAR, 27 Ogos 2026 - Duli Yang Teramat Mulia Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin, Tuanku Raja Muda Kedah merangkap Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK), perkenan berangkat mempengerusikan Mesyuarat Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK) Bil. 3/2026 yang berlangsung di Bangunan Wan Mat Saman, di sini, hari ini.

Turut hadir, YB Dato’ Seri Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah; M***i Negeri Kedah; Timbalan Yang Dipertua MAIK; Ketua Pegawai Operasi MAIK serta anggota-anggota Mesyuarat MAIK.

Kredit foto: Kedah Royal Family





MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT NEGERI KEDAH DARUL AMAN TAHUN 1448HALOR SETAR, 25 Ogos 2026 – Kebawah Duli Yang...
25/08/2026

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT NEGERI KEDAH DARUL AMAN TAHUN 1448H

ALOR SETAR, 25 Ogos 2026 – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Negeri Kedah Darul Aman dan Duli Yang Teramat Mulia Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin, Raja Muda Kedah merangkap Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK) perkenan berangkat ke Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Kedah Darul Aman Tahun 1448H bertempat di Dewan Seri Negeri, Wisma Darul Aman, di sini, hari ini.

Keberangkatan tiba KDYMM Tuanku Sultan Kedah dan DYTM Tuanku Raja Muda Kedah disambut oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi bin Md Nor, Menteri Besar Kedah; Yang Berhormat Dato’ Seri Haji Norizan bin Haji Khazali, Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman; Sohibul Samahah Dato’ Paduka (Dr.) Syeikh Fadzil bin Haji Awang, M***i Negeri Kedah Darul Aman; Yang Berhormat Dato’ Haji Ustaz Mohd. Azam bin Abd. Samat, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Agama, Komunikasi dan Penerangan Negeri Kedah serta pegawai-pegawai tinggi kerajaan yang lain.

Baginda KDYMM Tuanku Sultan Kedah perkenan menzahirkan titah ucapan perasmian sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Kedah 1448H sebelum majlis diteruskan dengan tayangan video serta persembahan marhaban oleh Kumpulan Al Muhsinin.

Majlis mencapai kemuncaknya apabila baginda perkenan mengurniakan Anugerah Tokoh Imam kepada Tuan Haji Che Ismail bin Haji Bakar, Imam Masjid Jame’ As-Shahab, Kepala Batas, Kedah serta Anugerah Khas kepada Sohibul Fadhilah Dato’ Setia Jaya Dato’ Paduka Syeikh Hasbullah bin Haji Abdul Halim, Timbalan Pengerusi Lembaga Maktab Mahmud.

Baginda Tuanku berdua berangkat pulang pada jam 12.00 tengah hari sebelum diikuti dengan kepulangan dif-dif kenamaan dan tetamu jemputan.

Kredit foto:





MAIK SANTUNI PENERIMA BANTUAN SEJAHTERA PESAKIT TERLANTAR (BSPT) DI S*KS*K, 24 Ogos 2026 – Majlis Agama Islam Negeri Ked...
25/08/2026

MAIK SANTUNI PENERIMA BANTUAN SEJAHTERA PESAKIT TERLANTAR (BSPT) DI S*K

S*K, 24 Ogos 2026 – Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK) menerusi Ketua Pegawai Operasi, Dr. Hj. Abdul Rahim bin Hj. Abdul Rahman bersama pegawai dan kakitangan Bahagian Baitulmal telah menyampaikan sumbangan wang tunai dan Kit Tabaruk kepada penerima menerusi Program Bantuan Sejahtera Pesakit Terlantar (BSPT) di sekitar S*k, semalam.

Program berkenaan diketuai oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi bin Md Nor, Menteri Besar Negeri Kedah bersama Yang Berhormat Dato’ Hajah Halimaton Shaadiah binti Saad, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta Perpaduan Negeri Kedah.

Kesemua sembilan orang penerima bantuan terdiri daripada tiga orang penerima di DUN Belantek dan enam orang di DUN Jeneri.

Hadir sama, Yang Berhormat Mejar (B) Mansor Zakaria, ADUN Kuala Ketil; Yang Berhormat Haji Ahmad Sulaiman, ADUN Belantek; Yang Berhormat Ahmad Tarmizi Sulaiman, Ahli Parlimen S*k serta agensi-agensi yang terlibat.

Dalam masa yang sama, MAIK turut membuka reruai bagi memberikan pendedahan serta taklimat kepada masyarakat berkaitan perkhidmatan wakaf tunai dan baitulmal.

Sempena Bulan Kebangsaan, program turut diisi dengan aktiviti nyanyian lagu-lagu patriotik serta kibaran Jalur Gemilang bersama para hadirin.

Program BSPT merupakan salah satu inisiatif berterusan Kerajaan Negeri Kedah dengan kerjasama agensi-agensi berkaitan bagi membantu meringankan beban pesakit terlantar serta keluarga dan penjaga, khususnya dalam menampung keperluan harian dan perubatan.






*K

MAIK SERTAI KEMBARA KASIH KEBAJIKAN 2026 DAERAH KUBANG PASUKUBANG PASU, 23 Ogos 2026 – Majlis Agama Islam Negeri Kedah (...
24/08/2026

MAIK SERTAI KEMBARA KASIH KEBAJIKAN 2026 DAERAH KUBANG PASU

KUBANG PASU, 23 Ogos 2026 – Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK) menyertai Kembara Kasih Kebajikan 2026 Daerah Kubang Pasu bersama beberapa agensi dalam gerak kerja turun padang bagi mendekati dan menyantuni masyarakat yang memerlukan.

Kembara tersebut diketuai oleh Yang Berhormat Dato' Hajah Halimaton Shaadiah binti Saad, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Wanita, Keluarga dan Masyarakat Perpaduan Negeri Kedah, melibatkan ziarah kepada seramai 10 orang pesakit daripada lima buah kampung di sekitar Daerah Kubang Pasu.

MAIK turut menyampaikan sumbangan wang tunai dan Kit Tabaruk kepada penerima yang terlibat dalam program berkenaan.

Turut terlibat ialah wakil daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK), PETRONAS, Tenaga Nasional Berhad (TNB), Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) serta Pejabat Daerah Kubang Pasu.

Kerjasama antara agensi melalui program ini diharap membantu golongan yang memerlukan.




Salam Maulidur Rasul 1448H / 2026M.Majlis Agama Islam Negeri Kedah merakamkan ucapan Selamat Menyambut Maulidur Rasul ke...
24/08/2026

Salam Maulidur Rasul 1448H / 2026M.

Majlis Agama Islam Negeri Kedah merakamkan ucapan Selamat Menyambut Maulidur Rasul kepada seluruh umat Islam.

Marilah kita memperbanyakkan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta meneladani akhlak dan sunnah Baginda dalam kehidupan seharian.

Ikhlas daripada Yang Dipertua, Timbalan Yang Dipertua, Ketua Pegawai Operasi serta kakitangan Majlis Agama Islam Negeri Kedah.




Address

Bangunan Wan Mat Saman
Alor Setar
05000

Opening Hours

Monday 07:30 - 04:30
Tuesday 07:30 - 04:30
Wednesday 07:30 - 04:30
Thursday 07:30 - 03:00
Sunday 07:30 - 04:30

Telephone

+6047026200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when πŒπ€π‰π‹πˆπ’ π€π†π€πŒπ€ πˆπ’π‹π€πŒ πŠπ„πƒπ€π‡ posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to πŒπ€π‰π‹πˆπ’ π€π†π€πŒπ€ πˆπ’π‹π€πŒ πŠπ„πƒπ€π‡:

Shortcuts

Share