13/02/2026
π¨ JELAJAH RAKAN MUDA @ TAMAN BATIK 2026 π¨
Bersedia untuk hujung minggu yang penuh warna, tenaga dan pengalaman baharu?
Jelajah Rakan Muda dengan pelbagai pengisian menarik khas untuk belia, keluarga dan komuniti setempat. Daripada aktiviti santai, pertandingan yang mencabar, pameran pendidikan sehinggalah perkhidmatan komuniti secara *PERCUMA* , semuanya dihimpunkan dalam satu lokasi bagi meraikan semangat kebersamaan dan gaya hidup aktif belia MADANI.
Inilah peluang terbaik untuk meluangkan masa berkualiti bersama keluarga, mencuba aktiviti kreatif, mendapatkan manfaat perkhidmatan komuniti serta merasai sendiri kemeriahan program Rakan Muda di Sungai Petani.
π 13 & 14 Februari 2026 (Jumaat & Sabtu)
β° 11.00 pagi β 11.00 malam
π Mydin Hypermarket, Taman Batik Sungai Petani
Antara tarikan aktiviti:
β¨ Jualan Rahmah & vendor makanan
β¨ Potong rambut & tukar minyak motor *PERCUMA* !
β¨ Pertandingan mewarna & Aerobathon
β¨ Aktiviti santai seperti face painting, inai, manicure & mencanting batik
β¨ Pameran institusi TVET & agensi berkaitan
β¨ Cabutan bertuah kepada pengunjung
β¨ Helmet *PERCUMA* pun ada weh!
π₯ Masuk adalah PERCUMA!
Jangan lepaskan peluang untuk alami sendiri kemeriahan Jelajah Rakan Muda bersama keluarga & kawan-kawan.