Mohd Radzi Md Amin

Mohd Radzi Md Amin ADUN PEDU

Naib Yang Dipertua PAS Padang Terap

Dalam masa yang terluang, sambil memenuhi aktiviti harian, Pak Su mengambil kesempatan menjenguk sahabat dan orang kampu...
02/09/2026

Dalam masa yang terluang, sambil memenuhi aktiviti harian, Pak Su mengambil kesempatan menjenguk sahabat dan orang kampung yang kurang sihat.

Petang tadi, bertempat di Kampung Baru Naka, Pak Su menziarahi Abang Din @ Din Tiger setelah dimaklumkan keadaan kesihatannya kurang memuaskan.

Semoga Abang Din dikurniakan kesembuhan, dipermudahkan segala urusan dan diberikan kekuatan serta kesihatan yang baik.

Pak Su mendoakan agar beliau segera sembuh dan dapat kembali menjalani aktiviti seperti biasa.



SUMBANGAN KHAIRAT KEMATIAN iKAFALAH DUN PEDU.2 September 2026 | RabuPetang tadi Pak Su telah sampaikan sumbangan kepada ...
02/09/2026

SUMBANGAN KHAIRAT KEMATIAN iKAFALAH DUN PEDU.
2 September 2026 | Rabu

Petang tadi Pak Su telah sampaikan sumbangan kepada 13 orang waris yang telah memohon bantuan iKafalah.

Serahan sumbangan telah diadakan di Bilik Mesyuarat PKWR DUN Pedu, Pekan Naka disini.

Dalam ucapan , Pak Su menjelaskan bantuan ini adalah inisiatif Kerajaan Negeri Kedah, bukan sebahagian harta pusaka dan boleh digunakan terus untuk urusan jenazah atau keperluan keluarga bagi meringankan beban setelah kehilangan orang tersayang.

Mudah-mudahan keprihatinan sebegini sentiasa memberi manfaat kepada seluruh penerima.

โ€œKedah Sejahtera Nikmat Untuk Semuaโ€



Musim kenduri masih lagi meriah. Dalam kampung pun ada, Pak Su gagahkan diri memenuhi jemputan selagi ada kesempatan. Ha...
01/09/2026

Musim kenduri masih lagi meriah. Dalam kampung pun ada, Pak Su gagahkan diri memenuhi jemputan selagi ada kesempatan.

Hari ini, Pak Su berkesempatan singgah ke beberapa buah rumah kenduri di sekitar kawasan:

๐Ÿ“ Kg Sireh
๐Ÿ“ Kg Lubuk Merbau, Pedu
๐Ÿ“ Kg Tanjung, Padang Terap Kanan
๐Ÿ“ Kg Bukit Buluh
๐Ÿ“ Kg Lubuk Perong
๐Ÿ“ Kg Genting Palas.

Seronok tengok suasana kenduri dalam kampung. Pakat-pakat, tolong-menolong, bertemu saudara-mara dan jiran tetangga, sambil sama-sama meraikan hari bahagia keluarga pengantin.

Pak Su ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada semua tuan rumah yang sudi menjemput Pak Su.

Tahniah buat semua keluarga dan pasangan pengantin!
Semoga ikatan yang dibina menjadi rumah tangga yang bahagia, penuh kasih sayang, dilimpahkan rezeki dan sentiasa dalam rahmat serta keberkatan Allah SWT.

Kenduri dalam kampung bukan sekadar makan bersama, tetapi medan mengeratkan silaturahim dan mengukuhkan ukhuwah sesama kita.

"Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua"



Selesai makan kenduri di Kg Bukit Buluh dan Lubuk Merbau, Pedu tadi, Pak Su singgah sekejap menziarahi Sdr Mohd Sukeri b...
01/09/2026

Selesai makan kenduri di Kg Bukit Buluh dan Lubuk Merbau, Pedu tadi, Pak Su singgah sekejap menziarahi Sdr Mohd Sukeri bin Hasan@Pak Lang Keri, 59 tahun, di Kampung Banggol Pong, Pedu.

Difahamkan, Sdr Mohd Sukeri sedang diuji dengan minor stroke yang menjejaskan bahagian kanan badan.

Walaupun singgah sekejap, dapat bertanya khabar, melihat keadaan dan mendengar sendiri apa yang dilalui beliau, sedikit sebanyak dapat memberi semangat.

Ujian sakit bukan mudah. Semoga Allah SWT kurniakan Sdr Mohd Sukeri kekuatan, kesabaran dan kesembuhan yang sempurna.

Pak Su percaya, dalam kita sibuk dengan urusan harian, usah lupa ada rakyat yang perlu disantuni dan diziarahi.

"Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua"




ุฅูู†ูŽู‘ุง ู„ูู„ูŽู‘ู‡ู ูˆูŽุฅูู†ูŽู‘ุง ุฅูู„ูŽูŠู’ู‡ู ุฑูŽุงุฌูุนููˆู†ูŽPagi ini, Pegawai Khas ADUN Pedu, Sdr Mohamad bin Talib mewakili Pak Su menzi...
31/08/2026

ุฅูู†ูŽู‘ุง ู„ูู„ูŽู‘ู‡ู ูˆูŽุฅูู†ูŽู‘ุง ุฅูู„ูŽูŠู’ู‡ู ุฑูŽุงุฌูุนููˆู†ูŽ

Pagi ini, Pegawai Khas ADUN Pedu, Sdr Mohamad bin Talib mewakili Pak Su menziarahi keluarga Allahyarham Zakaria bin Dali yang telah kembali ke rahmatullah di Desa KEDA Bukit Kura, Mukim Pedu.

Walaupun Pak Su tidak dapat hadir bersama, insya-Allah perhatian dan ingatan buat keluarga Allahyarham tetap diteruskan.

Salam takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham. Semoga diberikan kekuatan dan ketabahan menghadapi kehilangan insan tersayang.

Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah dan berdoa semoga Allah SWT mengampuni segala dosa Allahyarham, menerima segala amal solehnya serta menempatkan rohnya dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.




ADUN dan Ahli Parlimen Kedah turut bersama menyertai Istiadat Perbarisan dan Perarakan sempena Sambutan Hari Kebangsaan ...
31/08/2026

ADUN dan Ahli Parlimen Kedah turut bersama menyertai Istiadat Perbarisan dan Perarakan sempena Sambutan Hari Kebangsaan Kali Ke-69 Peringkat Negeri Kedah Darul Aman Tahun 2026 yang berlangsung di Dataran Masjid Zahir pagi ini.

Terasa lebih meriah daripada tahun-tahun sebelumnya, dengan kehadiran orang ramai yang memenuhi sekitar Dataran Masjid Zahir.

Kemeriahan dapat dirasai, apabila cuti persekolahan pada minggu ini memberi peluang kepada keluarga bawa anak-anak bersama-sama menyaksikan sambutan Hari Kebangsaan.

Selamat Hari Kebangsaan ke-69.

"Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua"


SYUKUR ALHAMDULILLAH, SEHARI BERSAMA MASYARAKAT.Syukur Alhamdulillah, hari ini Pak Su dapat tunaikan hajat tuan rumah ya...
30/08/2026

SYUKUR ALHAMDULILLAH, SEHARI BERSAMA MASYARAKAT.

Syukur Alhamdulillah, hari ini Pak Su dapat tunaikan hajat tuan rumah yang sudi menjemput makan kenduri.

Sebanyak 15 buah rumah Pak Su sempat hadir, rata-rata sampai ke ceruk kampung. Walaupun banyak tempat nak singgah, Pak Su cuba juga penuhi jemputan selagi ada ruang dan kesempatan.

Seronok sungguh Pak Su tengok wajah ibu ayah pengantin hari ini. Masing-masing ceria dan bersyukur menerima menantu. Inilah antara momen yang cukup bermakna, dapat berkongsi kegembiraan bersama keluarga yang diraikan.

Dalam masa yang sama, Pak Su turut singgah menziarahi keluarga Allahyarhamah Hamidah binti Ayub di Kampung Lebai Saman tengah hari tadi.
Salam takziah buat keluarga Allahyarhamah.

Kenduri kita raikan, kematian kita ziarahi.
Dalam s**a ada kita, dalam duka pun Pak Su cuba bersama.

"Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua"

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69 ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พMerdeka bukan sekadar laungan. Merdeka adalah amanah.Hayatilah erti sebenar...
30/08/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69 ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Merdeka bukan sekadar laungan. Merdeka adalah amanah.

Hayatilah erti sebenar kemerdekaan.
Hargai pengorbanan pejuang terdahulu, pelihara perpaduan, syukuri keamanan dan teruskan usaha membina masa depan negara yang lebih baik.

Jadikan semangat Merdeka sebagai kekuatan untuk kita terus bersatu, berkhidmat dan berbakti kepada rakyat serta tanah air tercinta.

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Selamat Hari Kebangsaan Ke-69.

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Royong di rumah kenduri dalam kampung Pak Su pagi ni.Sat lagi kita gi rumah kenduri yang dijemput pulak.Rasanya hari ni ...
30/08/2026

Royong di rumah kenduri dalam kampung Pak Su pagi ni.

Sat lagi kita gi rumah kenduri yang dijemput pulak.

Rasanya hari ni puluh-puluh jugak jemputan.

Sewaktu dalam perjalanan memenuhi beberapa jemputan kenduri petang tadi, Pak Su dimaklumkan bahawa dua buah rumah di Kam...
29/08/2026

Sewaktu dalam perjalanan memenuhi beberapa jemputan kenduri petang tadi, Pak Su dimaklumkan bahawa dua buah rumah di Kampung Baru Thai Naka telah dilanda bencana ribut sehingga menyebabkan kerosakan pada bahagian bumbung rumah.

Pak Su bersama Team PKWR Pedu, MKK & Setiausaha Kg Berdikari berkesempatan turun menziarahi serta melihat sendiri keadaan kedua-dua rumah yang terjejas.

Turut hadir, Penghulu Mukim Tekai Kanan yang turut turun padang meninjau kerosakan yang berlaku dan beliau akan mengambil tindakan susulan yang sewajarnya bagi membantu keluarga yang terkesan.

Semoga urusan semua yang terlibat dipermudahkan dan diberikan kekuatan menghadapi ujian ini.

โ€œKedah Sejahtera Nikmat Untuk Semuaโ€




Address

Kampung Lubok Perong
Alor Setar

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Mohd Radzi Md Amin posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share