Maritim Kuala Kedah

Directions Website

Maritim Kuala Kedah Laman Rasmi Program & Aktiviti Ibu Pejabat Maritim Zon Kuala Kedah

๐—ฆ๐—”๐—›๐—”๐—•๐—”๐—ง ๐——๐—œ ๐—Ÿ๐—จ๐—”๐—ฅ, ๐—Ÿ๐—”๐—ช๐—”๐—ก ๐——๐—œ ๐—”๐—ง๐—”๐—ฆ ๐—ฃ๐—”๐——๐—”๐—ก๐—šJom sama-sama semarakkan perlawanan persahabatan di antara IPMZ Kuala Kedah dan IPM...
08/10/2026

๐—ฆ๐—”๐—›๐—”๐—•๐—”๐—ง ๐——๐—œ ๐—Ÿ๐—จ๐—”๐—ฅ, ๐—Ÿ๐—”๐—ช๐—”๐—ก ๐——๐—œ ๐—”๐—ง๐—”๐—ฆ ๐—ฃ๐—”๐——๐—”๐—ก๐—š

Jom sama-sama semarakkan perlawanan persahabatan di antara IPMZ Kuala Kedah dan IPMZ Kuala Kurau dalam usaha mengeratkan ukhuwah serta menyemarakkan semangat persahabatan melalui aktiviti sukan.

๐Ÿ“… 8 Oktober 2026 (Khamis)
๐Ÿ“ Padang Peramba, Alor Setar
โฐ 5.00 petang โ€“ 7.10 petang

Bukan sekadar mengejar kemenangan, tetapi menjunjung ukhuwah, menyemarakkan persahabatan dan kekal sihat bersukan! ๐Ÿ’ชโšฝ

Ayuh berikan sokongan dan semangat kepada kedua-dua pasukan! ๐Ÿ”ฅ๐Ÿ™Œ

IPMZ Kuala Kedah vs IPMZ Kuala Kurau
Satu padang, satu ukhuwah, satu semangat! ๐Ÿ’š๐Ÿ’›

๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐—ž๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—›๐—œ๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ง๐—จ๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐—ฅ๐—”๐—› ๐—”๐—š๐—˜๐—ก๐—ฆ๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—จ๐—”๐—ง๐—ž๐—จ๐—”๐—ฆ๐—”๐—”๐—ก ๐— ๐—”๐—ฅ๐—œ๐—ง๐—œ๐—  ๐— ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—ฆ๐—œ๐—”Seluruh warga Ibu Pejabat Mariti...
03/10/2026

๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐—ž๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—›๐—œ๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ง๐—จ๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐—ฅ๐—”๐—› ๐—”๐—š๐—˜๐—ก๐—ฆ๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—จ๐—”๐—ง๐—ž๐—จ๐—”๐—ฆ๐—”๐—”๐—ก ๐— ๐—”๐—ฅ๐—œ๐—ง๐—œ๐—  ๐— ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—ฆ๐—œ๐—”

Seluruh warga Ibu Pejabat Maritim Zon Kuala Kedah menzahirkan setinggi-tinggi ucapan Selamat Hari Lahir kepada YBhg. Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah, Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).

Semoga YBhg. Datuk terus dikurniakan kesihatan yang sempurna, usia yang penuh keberkatan, ketabahan dalam kepimpinan serta kejayaan berterusan dalam mengemudi Maritim Malaysia ke arah kecemerlangan.

Di bawah teraju kepimpinan YBhg. Datuk, semoga APMM terus gah berdiri sebagai benteng utama perairan negara, dipandu dengan visi dan iltizam yang teguh demi maruah dan kedaulatan tanah air tercinta.

Selamat Hari Lahir, YBhg. Datuk!

Daripada
Pengarah Maritim Zon Kuala Kedah
& seluruh warga Ibu Pejabat Maritim Zon Kuala Kedah โ€”






๐—ฃ๐—”๐— ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—๐—”๐—ฌ๐—” ๐— ๐—”๐—ฅ๐—œ๐—ง๐—œ๐—  ๐— ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—ฆ๐—œ๐—” ๐— ๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—”๐—›๐—ž๐—”๐—ก '๐—ž๐—”๐—ฅ๐—ก๐—œ๐—ฉ๐—”๐—Ÿ ๐—ž๐—œ๐—ง๐—”' ๐—ฆ๐— ๐—ž ๐—•๐—˜๐——๐—ข๐—ก๐—š๐—”๐—Ÿ๐—ข๐—ฅ ๐—ฆ๐—˜๐—ง๐—”๐—ฅ, ๐Ÿญ ๐—ข๐—ธ๐˜๐—ผ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ โ€“ Agensi Penguatkuasaan Marit...
01/10/2026

๐—ฃ๐—”๐— ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—๐—”๐—ฌ๐—” ๐— ๐—”๐—ฅ๐—œ๐—ง๐—œ๐—  ๐— ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—ฆ๐—œ๐—” ๐— ๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—”๐—›๐—ž๐—”๐—ก '๐—ž๐—”๐—ฅ๐—ก๐—œ๐—ฉ๐—”๐—Ÿ ๐—ž๐—œ๐—ง๐—”' ๐—ฆ๐— ๐—ž ๐—•๐—˜๐——๐—ข๐—ก๐—š

๐—”๐—Ÿ๐—ข๐—ฅ ๐—ฆ๐—˜๐—ง๐—”๐—ฅ, ๐Ÿญ ๐—ข๐—ธ๐˜๐—ผ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ โ€“ Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Ibu Pejabat Maritim Zon Kuala Kedah (IPMZ Kuala Kedah) telah dijemput menyertai 'Karnival Kita' Peringkat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bedong, Kedah melalui pameran kerjaya yang berlangsung hari ini.

Penyertaan ini bertujuan memperkenalkan peranan, fungsi dan tanggungjawab Maritim Malaysia dalam memastikan keselamatan serta kedaulatan perairan negara, di samping memberikan pendedahan kepada para pelajar mengenai peluang kerjaya dalam bidang penguatkuasaan dan keselamatan maritim.

Reruai Maritim Malaysia mendapat sambutan menggalakkan daripada para pelajar, guru dan para pengunjung.

Antara pengisian yang diketengahkan termasuk penerangan berkaitan tugas dan fungsi Maritim Malaysia, keselamatan maritim, peluang kerjaya, pameran replika aset dan peralatan serta sesi interaksi dan kuiz bersama para pelajar.

Program turut diserikan dengan kunjungan Pegawai Pendidikan Daerah Yan, Tuan Mohamad Fisol bin Mohd Salleh, bersama dif-dif jemputan ke reruai Maritim Malaysia. Karnival turut disertai pelbagai agensi kerajaan dan institusi swasta.

Penyertaan Maritim Malaysia dalam program ini merupakan usaha berterusan dalam meningkatkan kesedaran generasi muda mengenai kepentingan keselamatan dan kedaulatan perairan negara, selain memperkukuh hubungan antara Maritim Malaysia dan institusi pendidikan serta komuniti setempat.






๐— ๐—ข๐— ๐—˜๐—ก ๐— ๐—˜๐—ก๐—”๐—ฅ๐—œ๐—ž | ๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐—ฆ๐—”๐—›๐—”๐—•๐—”๐—ง ๐— ๐—”๐—ฅ๐—œ๐—ง๐—œ๐—  ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐—ฌ๐—”๐—ก, ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐—ฆ๐—ฒ๐—ฝ๐˜๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ - Setiap detik yang dirakam menjadi kenangan bermakna sep...
29/09/2026

๐— ๐—ข๐— ๐—˜๐—ก ๐— ๐—˜๐—ก๐—”๐—ฅ๐—œ๐—ž | ๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐—ฆ๐—”๐—›๐—”๐—•๐—”๐—ง ๐— ๐—”๐—ฅ๐—œ๐—ง๐—œ๐—  ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

๐—ฌ๐—”๐—ก, ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐—ฆ๐—ฒ๐—ฝ๐˜๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ - Setiap detik yang dirakam menjadi kenangan bermakna sepanjang berlangsungnya Program Sahabat Maritim 2026 di Pantai Murni, Yan.

Daripada persiapan awal, aktiviti larian, kemeriahan para peserta sehinggalah ke momen santai bersama, semuanya mencerminkan semangat kebersamaan, kecergasan dan ukhuwah yang terjalin. ๐Ÿ˜„๐Ÿƒโ€โ™€๏ธ๐Ÿƒโ€โ™‚๏ธ

Terima kasih kepada semua peserta, urus setia, sukarelawan dan pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.

Kehadiran serta sokongan anda menjadikan Sahabat Maritim 2026 lebih meriah dan bermakna. โค๏ธ

๐Ÿ“ท Jom imbas kembali momen-momen menarik sepanjang program. Ada tak wajah anda dalam koleksi kali ini? ๐Ÿ˜‰





๐Ÿ“ธ ๐—Ÿ๐—”๐—ฅ๐—œ๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—”๐—›๐—”๐—•๐—”๐—ง ๐— ๐—”๐—ฅ๐—œ๐—ง๐—œ๐—  ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐Ÿƒโ€โ™€๏ธ๐Ÿƒโ€โ™‚๏ธ๐ŸŒŠ๐—ฌ๐—”๐—ก, ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐—ฆ๐—ฒ๐—ฝ๐˜๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ - Bukan sekadar mengejar garisan penamat, setiap langkah ada ce...
29/09/2026

๐Ÿ“ธ ๐—Ÿ๐—”๐—ฅ๐—œ๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—”๐—›๐—”๐—•๐—”๐—ง ๐— ๐—”๐—ฅ๐—œ๐—ง๐—œ๐—  ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐Ÿƒโ€โ™€๏ธ๐Ÿƒโ€โ™‚๏ธ๐ŸŒŠ

๐—ฌ๐—”๐—ก, ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐—ฆ๐—ฒ๐—ฝ๐˜๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ - Bukan sekadar mengejar garisan penamat, setiap langkah ada cerita, setiap senyuman ada kenangan! ๐Ÿ˜„

Antara momen-momen spontan para pelari Larian Sahabat Maritim 2026 yang sempat dirakam sepanjang berlangsungnya larian di Pantai Murni, Yan.

Terima kasih kepada semua peserta yang memeriahkan Larian Sahabat Maritim 2026.

Semoga momen ini menjadi kenangan manis yang akan dikenang sampai bila-bila. โค๏ธ

๐Ÿ“ท Jom tengok, ada tak muka anda dalam koleksi candid kali ini? ๐Ÿ˜‰





๐—ฅ๐—”๐—ก๐—š๐—ž๐—จ๐— ๐—”๐—ก ๐—”๐—ž๐—ง๐—œ๐—ฉ๐—œ๐—ง๐—œ ๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐—ฆ๐—”๐—›๐—”๐—•๐—”๐—ง ๐— ๐—”๐—ฅ๐—œ๐—ง๐—œ๐—  ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐—ฌ๐—”๐—ก, ๐Ÿฎ๐Ÿฑ ๐—ฆ๐—ฒ๐—ฝ๐˜๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ- Sebagai sebahagian daripada pengisian Program Sahabat...
29/09/2026

๐—ฅ๐—”๐—ก๐—š๐—ž๐—จ๐— ๐—”๐—ก ๐—”๐—ž๐—ง๐—œ๐—ฉ๐—œ๐—ง๐—œ ๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐—ฆ๐—”๐—›๐—”๐—•๐—”๐—ง ๐— ๐—”๐—ฅ๐—œ๐—ง๐—œ๐—  ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

๐—ฌ๐—”๐—ก, ๐Ÿฎ๐Ÿฑ ๐—ฆ๐—ฒ๐—ฝ๐˜๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ- Sebagai sebahagian daripada pengisian Program Sahabat Maritim 2026, Al-Fadhil Ustaz Laskar Kanan Maritim Wan Mohd Afwan bin Wan Mohd Bashiruddin telah menyampaikan Khutbah Jumaat di Masjid Jameโ€™ Badlishah, Yan.

Penyampaian khutbah ini menjadi salah satu medium untuk menyampaikan mesej kesedaran kepada masyarakat berkaitan kepentingan keselamatan, tanggungjawab bersama serta peranan Maritim Malaysia dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan komuniti maritim.





๐—ฆ๐—˜๐—ง๐—œ๐—ก๐—š๐—š๐—œ-๐—ง๐—œ๐—ก๐—š๐—š๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—›๐—”๐—ฅ๐—š๐—”๐—”๐—ก & ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—œ๐— ๐—” ๐—ž๐—”๐—ฆ๐—œ๐—›Kepada Semua Penaja dan Rakan StrategikLARIAN SAHABAT MARITIM 2026 atas sokong...
29/09/2026

๐—ฆ๐—˜๐—ง๐—œ๐—ก๐—š๐—š๐—œ-๐—ง๐—œ๐—ก๐—š๐—š๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—›๐—”๐—ฅ๐—š๐—”๐—”๐—ก & ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—œ๐— ๐—” ๐—ž๐—”๐—ฆ๐—œ๐—›

Kepada Semua Penaja dan Rakan Strategik
LARIAN SAHABAT MARITIM 2026 atas sokongan, sumbangan dan kepercayaan yang diberikan dalam menjayakan larian ini.

Sumbangan dan komitmen anda amat bermakna dalam memastikan program ini dapat dilaksanakan dengan lancar, sekali gus memperkukuh hubungan Maritim Malaysia bersama komuniti dan rakan strategik.

Sokongan anda, inspirasi kami.

Terima kasih kerana bersama-sama menjayakan Larian Sahabat Maritim 2026

TViA HQ
Lee Motors Volkswagen - Kedah
BSN Malaysia (Alor Setar)
Aurelius Hospital Alor Setar
Permodalan Kedah Berhad

IKHLAS DARIPADA
IBU PEJABAT MARITIM ZON KUALA KEDAH
AGENSI PENGUATKUASAAN MARITIM MALAYSIA

27/09/2026
๐Ÿ“ธ  ๐—š๐—”๐— ๐—•๐—”๐—ฅ ๐—ฃ๐—˜๐—ฆ๐—˜๐—ฅ๐—ง๐—” ๐—Ÿ๐—”๐—ฅ๐—œ๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—”๐—›๐—”๐—•๐—”๐—ง ๐— ๐—”๐—ฅ๐—œ๐—ง๐—œ๐—  ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ Terima kasih kepada semua peserta yang telah memeriahkan Larian Sahabat Ma...
26/09/2026

๐Ÿ“ธ ๐—š๐—”๐— ๐—•๐—”๐—ฅ ๐—ฃ๐—˜๐—ฆ๐—˜๐—ฅ๐—ง๐—” ๐—Ÿ๐—”๐—ฅ๐—œ๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—”๐—›๐—”๐—•๐—”๐—ง ๐— ๐—”๐—ฅ๐—œ๐—ง๐—œ๐—  ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

Terima kasih kepada semua peserta yang telah memeriahkan Larian Sahabat Maritim 2026 di Pantai Murni, Yan, Kedah! ๐Ÿ’™

Setiap langkah, senyuman dan semangat anda telah menjadi sebahagian daripada kenangan indah larian ini. โœจ

๐Ÿ“ท Kesemua gambar peserta boleh dilihat dan dimuat turun melalui pautan Google Drive di bawah:

https://drive.google.com/drive/folders/1XaUKyDC51pwOOs0KPmpdsRrsXX7rqv0r

๐Ÿ“Œ Nota: Peserta boleh mencari dan memuat turun gambar masing-masing untuk simpanan peribadi.

Terima kasih atas sokongan dan penyertaan anda dalam menjayakan Larian Sahabat Maritim 2026.

Tahniah kepada 3 peserta Lelaki dan Wanita yang terawal menghabiskan Larian Sahabat Maritim 2026 pagi ini.
26/09/2026

Tahniah kepada 3 peserta Lelaki dan Wanita yang terawal menghabiskan Larian Sahabat Maritim 2026 pagi ini.




Address

Kg Berjaya Alor Setar
Alor Setar
05150

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Maritim Kuala Kedah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share