03/06/2026
𝐓a𝐡u𝐤a𝐡 𝐀n𝐝a!
𝗣𝗘𝗥𝗦𝗢𝗡𝗔𝗟 𝗟𝗢𝗖𝗔𝗧𝗢𝗥 𝗕𝗘𝗔𝗖𝗢𝗡 (𝗣𝗟𝗕): 𝗜𝗦𝗬𝗔𝗥𝗔𝗧 𝗞𝗘𝗖𝗘𝗠𝗔𝗦𝗔𝗡 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗠𝗔𝗠𝗣𝗨 𝗠𝗘𝗡𝗬𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧𝗞𝗔𝗡 𝗡𝗬𝗔𝗪𝗔 𝗗𝗜 𝗟𝗔𝗨𝗧
Keselamatan di laut tidak boleh bergantung kepada nasib semata-mata. Dalam situasi kecemasan, setiap saat amat berharga dan keupayaan mengesan lokasi mangsa dengan pantas boleh menjadi penentu antara hidup dan mati.
Sehubungan itu, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menggalakkan komuniti maritim, khususnya nelayan, pengusaha bot, pemancing laut dalam dan penggiat rekreasi laut untuk melengkapkan diri dengan Personal Locator Beacon (PLB) sebagai langkah kesiapsiagaan ketika berada di laut.
PLB merupakan peranti kecemasan yang menghantar isyarat kecemasan pada frekuensi 406 MHz berserta koordinat lokasi mangsa melalui sistem satelit, sekali gus membantu Pusat Penyelaras Mencari dan Menyelamat Maritim (MRCC) serta pasukan Carilamat (SAR) mengesan kedudukan mangsa dengan lebih cepat dan tepat.
Penggunaan PLB bukan sahaja mempercepatkan tindak balas operasi menyelamat, malah membantu mengenal pasti last known position (LKP) mangsa, mengurangkan risiko kehilangan nyawa serta meningkatkan peluang untuk ditemui dalam tempoh kritikal.
Sebagai agensi yang bertanggungjawab terhadap keselamatan, penguatkuasaan dan operasi mencari serta menyelamat di perairan negara, Maritim Malaysia sentiasa menekankan kepentingan budaya keselamatan dalam setiap aktiviti maritim.
Persediaan hari ini mampu menyelamatkan nyawa esok.
Satu PLB, seribu peluang untuk pulang.
Saifuddin Nasution Ismail Shamsul Anuar Nasarah Kementerian Dalam Negeri (KDN) Majlis Keselamatan Negara PMO Malaysia