Jabatan Kimia Malaysia Negeri Kedah

Jabatan Kimia Malaysia Negeri Kedah KIMIA MALAYSIA is committed to provide efficient analytical chemistry and forensic science services

General Information

The department of Chemistry Malaysia consists of a network of laboratories around the country that provides analysis, investigations and scientific consultancy to government agencies. It is aimed to support enforcement of the law along with the implementation of programmes that relate to the safety of water, food, the environment and industrial products to protect and advance

public health and safety to the larger public, and protect consumers' interest as well as health and safety in the work place. The department also provides technical and consultancy services in the evaluation of product specification for government contracts to ensure value for money on government expenditure; customs tariff classification of goods for import/export for purposes of tax collection and ensure government revenue, and assessment of chemical laboratories for compliance to ISO Standard. Food and some industrial products for export are also analysed to ensure compliance to international quality and safety standards and thereby ensuring their competitiveness in the global market. The provision of these services can be found throughout the country which includes the laboratories situated at the Headquarters in Petaling Jaya along with 13 other strategic locations in Alor Setar, Penang, Ipoh, Melaka, Kota Bharu, Kuala Terengganu, Kuantan, Johor Bahru, Kota Kinabalu, Tawau, Kuching, Sibu and Bintulu.

31/08/2026

26 - 27 Ogos 2026Audit Dalam BCMS ISO 22301:2019 telah berjaya dilaksanakan di Jabatan Kimia Malaysia Negeri Kedah (KIMI...
28/08/2026

26 - 27 Ogos 2026

Audit Dalam BCMS ISO 22301:2019 telah berjaya dilaksanakan di Jabatan Kimia Malaysia Negeri Kedah (KIMIA Kedah) selama dua hari pada 26 dan 27 Ogos 2026 secara dalam talian.

Audit dijalankan oleh 2 orang juruaudit iaitu Encik Mohd Nazif bin Maslan dan Puan Hemaavathy A/P Tharmalingam. Mesyuarat pembukaan audit dipengerusikan oleh YBrs. ChM Encik Muhamad Hasirun Bin Khalid, Pengarah KIMIA Kedah serta dihadiri oleh 6 orang Pasukan Pelaksana BCMS KIMIA Kedah yang diketuai oleh ChM Puan Khuzaida binti Abdul Raof.

Audit BCMS ini bertujuan mengesahkan kecukupan, kesesuaian dan keberkesanan pelaksanaan Sistem Pengurusan Kesinambungan Perkhidmatan (PKP) secara keseluruhan, serta menilai pematuhannya terhadap keperluan standard, dasar, undang-undang, peraturan dan kontrak yang ditetapkan.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada ahli Pasukan Pelaksana BCMS KIMIA Kedah atas komitmen yang diberikan sepanjang proses audit berlangsung.






24 Ogos 2026Bengkel Perbincangan Kumpulan Berfokus (Focus Discussion Group - FGD) Zon Utara bagi Kajian Keberkesanan Pen...
24/08/2026

24 Ogos 2026

Bengkel Perbincangan Kumpulan Berfokus (Focus Discussion Group - FGD) Zon Utara bagi Kajian Keberkesanan Penguatkuasaan Antidadah di Malaysia telah dijalankan pada hari ini 24 Ogos 2026 bertempat di Raia Hotel & Convention Centre Alor Setar.

ChM Puan Siti Humairah binti Salmi telah hadir mewakili Jabatan Kimia Malaysia Negeri Kedah (KIMIA Kedah) ke bengkel ini, bersama-sama wakil daripada sembilan agensi penguatkuasaan lain yang terlibat, antaranya Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).

Bengkel dikendalikan oleh Universiti Putra Malaysia bertujuan untuk mendapatkan pandangan pegawai penguatkuasa berhubung cabaran operasi, amalan semasa serta cadangan penambahbaikan bagi kes penguatkuasaan antidadah.

Bengkel ini diharapkan dapat memperkemas kerjasama merentas agensi serta membantu merangka langkah penguatkuasaan yang lebih efektif dan mantap pada masa hadapan.





22/08/2026

Audit Pensijilan Semula Sistem Kualiti ANAB ISO/IEC 17025:2017 telah dijalankan selama lima hari bermula pada 17 hingga 21 Ogos 2026 di Jabatan Kimia Malaysia Negeri Kedah (KIMIA Kedah).

17 - 21 Ogos 2026 Audit Pensijilan Semula Sistem Kualiti ANAB ISO/IEC 17025:2017 telah dijalankan selama lima hari bermu...
22/08/2026

17 - 21 Ogos 2026

Audit Pensijilan Semula Sistem Kualiti ANAB ISO/IEC 17025:2017 telah dijalankan selama lima hari bermula pada 17 hingga 21 Ogos 2026 di Jabatan Kimia Malaysia Negeri Kedah (KIMIA Kedah).

Audit bertujuan menilai dan memastikan sistem pengurusan kualiti makmal adalah selari dan mematuhi keperluan-keperluan Pensijilan Akreditasi ANAB ISO/IEC 17025:2017. Skop audit merangkumi perkhidmatan analisis sains forensik dalam bidang narkotik, toksikologi dan kriminalistik di mana ia melibatkan semakan dokumen serta pemeriksaan fizikal di makmal-makmal berkaitan.

Audit ini telah dijalankan oleh Mr Ryan Black dan Ms. Rachel Lucas yang merupakan juruaudit daripada ANSI National Accreditation Board (ANAB).
Mesyuarat pembukaan audit telah dipengerusikan oleh YBrs. ChM Encik Muhamad Hasirun bin Khalid, Pengarah KIMIA Kedah serta dihadiri oleh pegawai-pegawai sains dari Bahagian Analisis Sains Forensik.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada Mr Ryan Black dan Ms Rachel Lucas serta seluruh kakitangan Bahagian Analisis Sains Forensik KIMIA Kedah atas komitmen yang diberikan sepanjang proses audit berlangsung.






11/08/2026

YBrs. ChM Puan Marhayani binti Md Saad, Ketua Pengarah Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia) telah mengadakan lawatan tapak ke Kampung Seberang Chegar, Alor Setar pada 10 Ogos 2026 bagi meninjau perkembangan projek di bawah Inisiatif Kampung Angkat MADANI (KAM) yang diselaraskan oleh Pejabat Daerah dan Tanah Kota Setar.

Antara perancangan projek yang akan dilaksanakan termasuklah projek pembesaran jalan kampung, pembinaan jambatan baharu bagi menggantikan jambatan sedia ada yang usang dan terhad, penambahan papan tanda di setiap lorong kampung serta pemasangan lampu tenaga solar di jalan utama kampung.

Turut mengiringi YBrs. Puan Ketua Pengarah adalah pegawai-pegawai dari Jabatan Kimia Malaysia Negeri Kedah (KIMIA Kedah) iaitu YBrs. ChM Encik Muhamad Hasirun bin Khalid, Pengarah KIMIA Kedah, ChM Puan Faesmaziana binti Napiah, ChM Puan Haslinda binti Ismail dan Encik Mat Hadzir bin Ab Razak.

YBrs. Puan Ketua Pengarah telah diberikan taklimat ringkas oleh wakil dari Penghulu Mukim Anak Bukit iaitu Encik Mohd Ridzuan bin Abdul Razak serta wakil pegawai dari Pejabat Daerah dan Tanah Kota Setar iaitu Puan Zuneca binti Ramli.

Pelaksanaan projek-projek ini dijangka memberi manfaat besar dalam meningkatkan kesejahteraan masyarakat setempat terutamanya penduduk Kampung Seberang Chegar melalui pembaikan prasarana awam serta penyediaan kemudahan asas yang lebih kondusif.





11/08/2026

Jabatan Kimia Malaysia Negeri Kedah (KIMIA Kedah) amat berbesar hati menerima lawatan kerja rasmi daripada YBrs. ChM Puan Marhayani binti Md Saad, Ketua Pengarah Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia) pada hari ini.

Majlis membuka tirai menerusi ucapan alu-aluan daripada Pengarah KIMIA Kedah, YBrs. ChM Encik Muhamad Hasirun bin Khalid. Tuan Pengarah berkongsi maklumat berhubung perkembangan projek pembangunan semasa serta beberapa perancangan projek baharu yang bakal dilaksanakan di KIMIA Kedah.

Seterusnya, YBrs. ChM Puan Ketua Pengarah KIMIA Malaysia telah menyampaikan amanat beliau. Dalam ucapan beliau, YBrs. Puan Ketua Pengarah berkongsi perancangan hala tuju strategik KIMIA Malaysia kepada warga kerja KIMIA Kedah. Usaha dan strategi berterusan ini bertujuan memperkukuh keupayaan operasi analisis saintifik, sekali gus meningkatkan penyampaian perkhidmatan yang cekap dan berintegriti.

Sesi Townhall bersama warga kerja KIMIA Kedah turut diadakan, disusuli acara memotong pulut kuning oleh YBrs. ChM Puan Marhayani binti Md Saad sebagai simbolik penyempurnaan lawatan kerja rasmi beliau.

Semoga lawatan YBrs. Puan Ketua Pengarah ke KIMIA Kedah menyuntik semangat baharu buat seluruh warga kerja untuk terus komited melaksanakan amanah serta memberikan perkhidmatan analisis saintifik yang cemerlang, cekap dan berintegriti demi negara.




Address

Jalan S**a Menanti
Alor Setar
05150

Opening Hours

Monday 07:30 - 17:30
Tuesday 07:30 - 17:30
Wednesday 07:30 - 17:30
Thursday 07:30 - 17:30
Sunday 07:30 - 17:30

Telephone

+6047357001

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Kimia Malaysia Negeri Kedah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share