23/08/2026
🇲🇾 𝗖𝗔𝗥𝗧𝗔 𝗔𝗟𝗜𝗥 𝗣𝗥𝗢𝗦𝗘𝗦 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗚𝗔𝗝𝗜𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗞𝗘𝗥𝗝𝗔 𝗔𝗦𝗜𝗡𝗚
Majikan yang berhasrat menggajikan pekerja asing perlu memahami proses dan mematuhi tatacara yang ditetapkan bagi memastikan urusan penggajian dilaksanakan dengan teratur, telus dan mengikut ketetapan semasa.
🔹 8 langkah utama proses penggajian pekerja asing:
1️⃣ FWe Approval FWCMS – Majikan memohon Seksyen 60K (JTKSM) serta mengiklankan kekosongan melalui MYFutureJobs.
2️⃣ eQuota – OSC KESUMA (FWCMS) – Permohonan kuota, semakan dokumen secara dalam talian, penetapan tarikh temu duga, temu duga fizikal oleh AKS dan keputusan kelulusan kuota.
3️⃣ Bayaran Levi – Urusan melalui Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan MyIMMs.
4️⃣ Surat Kelulusan Bersyarat (SKB) – Melalui OSC KESUMA (FWCMS).
5️⃣ Urusan di Kedutaan
6️⃣ Pengambilan di Negara Sumber – Dikendalikan oleh Recruitment Agency (RA).
7️⃣ Visa Dengan Rujukan (VDR) – Melalui FWCMS.
8️⃣ Kemasukan Pekerja Asing – Proses selesai.
⚠️ PERHATIAN KEPADA MAJIKAN
Majikan yang berhasrat menggajikan pekerja asing dari Bangladesh, India, Myanmar, Pakistan dan Nepal hendaklah menggunakan senarai Recruitment Agency (RA) yang dipaparkan di portal FWCMS.
📌 Layari portal FWCMS untuk maklumat lanjut:
www.fwcms.com.my
Pastikan setiap proses dilaksanakan mengikut saluran yang ditetapkan demi pengurusan pekerja asing yang lebih teratur, telus dan berintegriti.