01/07/2026
Selasa - 30 Jun 2026
๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐๐ฆ ๐๐๐ฅ๐๐ฃ๐๐ก ๐๐ฌ๐ฉ๐ข๐ซ๐๐ฌ๐ข ๐๐๐๐๐ฌ ๐๐๐๐๐ก & ๐๐๐ฒ๐ฎ๐ก๐๐ง ๐๐๐ซ๐ข๐ง๐๐จ๐ซ๐ฆ๐๐ฌ๐ข ๐๐๐ซ๐ข๐ง๐ ๐ค๐๐ญ ๐๐๐ ๐๐ซ๐ข ๐๐๐ซ๐ฅ๐ข๐ฌ ๐๐๐๐
Semalam telah diadakan Program Jelajah Aspirasi Bebas Dadah & Kayuhan Berinformasi Peringkat Negeri Perlis 2026 di FELDA Mata Air, Padang Besar, Perlis.
Turut hadir, Tn. Zainuddin bin Abdullah, Timb. Ketua Pengarah Operasi Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), En. Mohamad Zuandy bin Sukery, Wakil Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Perlis, DSP Dr. Ismaniza bt Ishak, Wakil Ketua Polis Perlis, En. Mahadzir bin Elias, Pengarah Penguatkuasaan & Keselamatan (AADK), En. Mohamad Zaki Farkhi bin Ahmad, Pengarah AADK Negeri Perlis, dan En.Shaiful Fauzi bin Md Saad, Pengurus FELDA Mata Air.
Di sebelah petang, keberangkatan Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Raja Muda Perlis dan YAM Waris Yang Kedua Negeri Perlis ke Masjid Al-Huda, FELDA Mata Air disambut YBHG. Dato' Ruslin bin Jusoh, Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan bersama Tn. Mohd Nazim Mohd Noor, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Pn. Rohana Abu Bakar, Pengarah Wilayah FELDA Wilayah Alor Setar bagi menjejaki dan menyantuni Asnaf Kariah Felda Mata Air dan Kok Mak.
Tuanku Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail turut berkesempatan menyerahkan zakat kepada penduduk Kariah FELDA Mata Air dan Kok Mak.
Objektif utama program yang diadakan ini adalah untuk mengekalkan KPI sokongan padu daripada Pengurusan FELDA Wilayah Alor Setar dan memartabatkan FELDA Mata Air sebagai model "Gold Standard" untuk perkampungan bebas dadah di Malaysia khususnya dalam kalangan belia.
Program ini secara tidak langsung dapat membina kapasiti komuniti yang berdaya tahan dan mampu melakukan advokasi kendiri secara proaktif dalam memerangi dadah.
AADK Daerah Perlis Utara AADK Perlis Agensi Antidadah Kebangsaan Malaysia FELDA MATA AIR