Buletin KEMAS Kedah

Buletin KEMAS Kedah Kedah Official page is the official account of the Community Development Department (KEMAS) Kedah.

You can find out various announcements, programs and activities conducted by this Department as well as government policies and current affairs.

03/09/2026
03/09/2026
๐Ÿš€ ๐Š๐„๐‚๐ˆ๐‹-๐Š๐„๐‚๐ˆ๐‹ ๐’๐”๐ƒ๐€๐‡ ๐‰๐€๐ƒ๐ˆ ๐ƒ๐ˆ๐†๐ˆ๐“๐€๐‹ ๐‡๐„๐‘๐Ž โ€” ๐ƒ๐”๐€ ๐๐ˆ๐๐“๐€๐๐† ๐‚๐ˆ๐‹๐ˆ๐Š ๐Š๐„๐ƒ๐€๐‡ ๐Œ๐„๐๐”๐‰๐” ๐๐„๐๐“๐€๐’ ๐Š๐„๐๐€๐๐†๐’๐€๐€๐! ๐Ÿ’ป๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พANAK BUKIT | 3 September 20...
03/09/2026

๐Ÿš€ ๐Š๐„๐‚๐ˆ๐‹-๐Š๐„๐‚๐ˆ๐‹ ๐’๐”๐ƒ๐€๐‡ ๐‰๐€๐ƒ๐ˆ ๐ƒ๐ˆ๐†๐ˆ๐“๐€๐‹ ๐‡๐„๐‘๐Ž โ€” ๐ƒ๐”๐€ ๐๐ˆ๐๐“๐€๐๐† ๐‚๐ˆ๐‹๐ˆ๐Š ๐Š๐„๐ƒ๐€๐‡ ๐Œ๐„๐๐”๐‰๐” ๐๐„๐๐“๐€๐’ ๐Š๐„๐๐€๐๐†๐’๐€๐€๐! ๐Ÿ’ป๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

ANAK BUKIT | 3 September 2026

Dua orang kanak-kanak TABIKA KEMAS yang mewakili KEMAS Negeri Kedah telah berlepas dari Wisma Persekutuan Anak Bukit pagi tadi bagi menyertai Program Digital Hero Peringkat Kebangsaan Tahun 2026 di Institut Latihan KEMAS Kuala Lumpur (ILK KL). Program anjuran Bahagian Pendidikan Awal Kanak-Kanak, KEMAS Ibu Pejabat dengan kerjasama Yayasan KRU itu berlangsung selama tiga hari bermula 3 hingga 5 September 2026 dan disertai wakil KEMAS dari seluruh negara.

KEMAS Negeri Kedah diwakili oleh adik Aakif Rifqi bin Mohammad Faiz dari TABIKA KEMAS Taman Tunku Husna 2, Alor Setar dengan bimbingan guru pengiringnya, Ainnul Atiqah Syahadah binti Azizan. Seorang lagi wakil ialah adik Iman Sakinah binti Mohd Faqih โ€˜Izat dari TABIKA KEMAS Taman Tabung Haji, Jitra yang dibimbing oleh guru pengiringnya, Hazirah binti Mohamed.

Sebelum mereka bertolak, Encik Mohd Ali Hanafiah bin Abu Hassan, Pengarah KEMAS Negeri Kedah, sempat mengadakan panggilan video bersama adik Aakif Rifqi dan adik Iman Sakinah bagi menyampaikan kata-kata semangat. Beliau turut menitipkan pesanan agar kedua-dua peserta sentiasa tenang, yakin dan memberikan persembahan yang terbaik sepanjang pertandingan berlangsung.

Dalam pertandingan ini, peserta perlu menghasilkan projek inovasi komik digital bertemakan โ€œSaya Sayang Orang Utanโ€ menggunakan aplikasi Brush Ninja, seterusnya menceritakan semula dan membentangkan hasil komik digital dalam Bahasa Melayu melalui aplikasi AnyFlip. Majlis penyampaian hadiah dijadualkan berlangsung pada 5 September 2026 di Wetland Studios, Putrajaya.

Program Digital Hero menjadi platform untuk mencungkil dan memupuk bakat digital kanak-kanak melalui penghasilan komik yang berasaskan nilai-nilai murni dan kreativiti. Selain membina keyakinan serta kemahiran komunikasi, pertandingan ini turut melahirkan generasi yang bukan sahaja mahir menggunakan teknologi, malah mampu menjadi pencipta kandungan digital yang kreatif.

Jom kita sama-sama mendoakan agar adik Aakif Rifqi dan adik Iman Sakinah diberikan ketenangan, keyakinan serta dipermudahkan sepanjang pertandingan. Semoga mereka dapat mempersembahkan hasil terbaik dan seterusnya mengharumkan nama KEMAS Negeri Kedah di peringkat kebangsaan.

Selamat maju jaya! Kedah Boleh!๐Ÿ’š๐Ÿ’›


02/09/2026
01/09/2026

๐๐ˆ๐‚๐€๐‘๐€ ๐„๐Š๐’๐„๐Š๐”๐“๐ˆ๐… ๐๐„๐‘๐’๐€๐Œ๐€ ๐”๐’๐“๐€๐™ ๐’๐˜๐€๐Œ๐’๐”๐‹ ๐ƒ๐„๐๐€๐“
โ€œ๐‹๐„๐‹๐€๐‡ ๐Œ๐„๐๐‰๐€๐ƒ๐ˆ ๐‹๐ˆ๐‹๐‹๐€๐‡: ๐‰๐ˆ๐–๐€ ๐Œ๐„๐‘๐ƒ๐„๐Š๐€, ๐Š๐„๐‘๐‰๐€ ๐๐„๐‘๐Š๐€๐“โ€

Dalam kesibukan melaksanakan amanah dan tanggungjawab, adakalanya kita perlu berhenti seketika untuk mengisi semula semangat, menyegarkan minda dan menguatkan motivasi.

Saksikan Bicara Eksekutif bersama Ustaz Syamsul Debat, Penceramah Motivasi, yang akan mengupas tema:

โ€œ๐‹๐ž๐ฅ๐š๐ก ๐Œ๐ž๐ง๐ฃ๐š๐๐ข ๐‹๐ข๐ฅ๐ฅ๐š๐ก: ๐‰๐ข๐ฐ๐š ๐Œ๐ž๐ซ๐๐ž๐ค๐š, ๐Š๐ž๐ซ๐ฃ๐š ๐๐ž๐ซ๐ค๐š๐ญโ€

Satu sesi yang pastinya sarat dengan inspirasi, motivasi dan perkongsian bermakna untuk kita sama-sama membina jiwa yang lebih positif serta melaksanakan tugas dengan penuh keikhlasan dan keberkatan.

๐Ÿ“… 2 September 2026 (Rabu)
โฐ 10.00 pagi
๐Ÿ“ Dewan Seri Lestari, KKDW

๐ŸŽฅ Boleh juga disaksikan secara langsung melalui:
๐Ÿ”ด Facebook: KEMASOFFICIAL

Mari bersama-sama semarakkan semangat, cetuskan inspirasi dan bawa pulang energi positif untuk terus melangkah dengan jiwa yang merdeka dan kerja yang berkat.

01/09/2026

๐Ÿ“ข ๐Œ๐€๐Š๐‹๐”๐Œ๐€๐ ๐’๐“๐€๐“๐”๐’ ๐๐„๐‘๐Œ๐Ž๐‡๐Ž๐๐€๐ ๐“๐€๐๐ˆ๐Š๐€/๐“๐€๐’๐Š๐€ ๐Š๐„๐Œ๐€๐’ ๐’๐„๐’๐ˆ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ•

Ibu bapa/penjaga yang telah membuat permohonan kemasukan anak ke ๐“๐€๐๐ˆ๐Š๐€/๐“๐€๐’๐Š๐€ ๐Š๐„๐Œ๐€๐’ ๐›๐š๐ ๐ข ๐ฌ๐ž๐ฌ๐ข ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ•, boleh mula menyemak status permohonan mulai ๐Ÿ ๐’๐ž๐ฉ๐ญ๐ž๐ฆ๐›๐ž๐ซ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”.

๐Ÿ“ง ๐๐ž๐ฆ๐š๐ค๐ฅ๐ฎ๐ฆ๐š๐ง ๐ฆ๐ž๐ฅ๐š๐ฅ๐ฎ๐ข ๐ž-๐ฆ๐ž๐ฅ
Ibu bapa/penjaga akan menerima e-mel pemakluman keputusan permohonan secara berperingkat melalui alamat e-mel yang telah didaftarkan dalam sistem KEMAS EduCeria.

๐Ÿ“Œ ๐„-๐ฆ๐ž๐ฅ ๐ญ๐ž๐ซ๐ฌ๐ž๐›๐ฎ๐ญ ๐š๐ค๐š๐ง ๐ฆ๐ž๐ฆ๐š๐ค๐ฅ๐ฎ๐ฆ๐ค๐š๐ง ๐ง๐š๐ฆ๐š ๐“๐€๐๐ˆ๐Š๐€/๐“๐€๐’๐Š๐€ ๐Š๐„๐Œ๐€๐’ ๐ฒ๐š๐ง๐  ๐๐ข๐ญ๐š๐ฐ๐š๐ซ๐ค๐š๐ง.

๐Ÿ’ป Selepas menerima e-mel, ibu bapa/penjaga perlu log masuk ke sistem KEMAS EduCeria untuk membuat pengesahan tawaran dengan memilih salah satu pilihan berikut:

โœ… โ€œ๐“๐ž๐ซ๐ข๐ฆ๐š ๐“๐š๐ฐ๐š๐ซ๐š๐งโ€
โŒ โ€œ๐“๐จ๐ฅ๐š๐ค ๐“๐š๐ฐ๐š๐ซ๐š๐งโ€

โš ๏ธ ๐๐„๐‘๐‡๐€๐“๐ˆ๐€๐!
Tawaran kemasukan akan ๐ญ๐ž๐ซ๐›๐š๐ญ๐š๐ฅ sekiranya ibu bapa/penjaga tidak membuat pengesahan dengan mengklik โ€œ๐“๐ž๐ซ๐ข๐ฆ๐š ๐“๐š๐ฐ๐š๐ซ๐š๐งโ€ selewat-lewatnya pada ๐Ÿ๐ŸŽ ๐’๐ž๐ฉ๐ญ๐ž๐ฆ๐›๐ž๐ซ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”.

โ— Sekiranya ibu bapa/penjaga ๐ฆ๐ž๐ง๐จ๐ฅ๐š๐ค ๐ญ๐š๐ฐ๐š๐ซ๐š๐ง, permohonan tersebut ๐๐ข๐ค๐ข๐ซ๐š ๐ญ๐ข๐๐š๐ค ๐ฅ๐š๐ฒ๐š๐ค ๐ฎ๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐ฆ๐ž๐ฆ๐›๐ฎ๐š๐ญ ๐ซ๐š๐ฒ๐ฎ๐š๐ง.

๐Ÿ“ Bagi permohonan yang tidak berjaya, ๐ซ๐š๐ฒ๐ฎ๐š๐ง boleh dibuat mulai ๐Ÿ๐Ÿ ๐’๐ž๐ฉ๐ญ๐ž๐ฆ๐›๐ž๐ซ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐ก๐ข๐ง๐ ๐ ๐š ๐Ÿ๐Ÿ– ๐’๐ž๐ฉ๐ญ๐ž๐ฆ๐›๐ž๐ซ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”.

๐Ÿ”— Semakan melalui sistem KEMAS EduCeria:
ceria.kemas.gov.my

๐Ÿ“ฉ Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan melalui e-mel:
[email protected]

๐Ÿ“Œ Ibu bapa/penjaga disarankan untuk membaca dan memahami maklumat yang diberikan serta memastikan tindakan pengesahan dibuat dalam tempoh yang telah ditetapkan.

KEMAS.....Di Sini Bermula

30/08/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ ๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐Œ๐„๐๐˜๐€๐Œ๐๐”๐“ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐Š๐„๐๐€๐๐†๐’๐€๐€๐ ๐Š๐„-๐Ÿ”๐Ÿ— ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Semangat kemerdekaan terus mekar dalam jiwa setiap rakyat Malaysia. Marilah kita bersama-sama menyemarakkan rasa cinta kepada tanah air, memperkukuh perpaduan serta menghargai nikmat keamanan dan keharmonian yang dikecapi.

Semoga semangat Malaysia MADANI terus menjadi pemangkin untuk kita melangkah bersama membina Malaysia yang lebih sejahtera, maju dan harmoni.

Ayuh, terus semarakkan jiwa merdeka!
๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Merdeka! Merdeka! Merdeka! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Ikhlas daripada
Pengurusan Tertinggi dan Seluruh Warga KEMAS

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Š๐ˆ๐“๐€ ๐Œ๐”๐๐†๐Š๐ˆ๐ ๐๐„๐‘๐๐„๐™๐€, ๐“๐€๐๐ˆ ๐Š๐ˆ๐“๐€ ๐Œ๐„๐‹๐„๐๐†๐Š๐€๐๐Š๐€๐ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€ ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐Œ๐„๐๐˜๐€๐Œ๐๐”๐“ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐Š๐„๐๐€๐๐†๐’๐€๐€๐ ๐Š๐„-๐Ÿ”๐Ÿ—.69 tahun merdeka, kita...
30/08/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Š๐ˆ๐“๐€ ๐Œ๐”๐๐†๐Š๐ˆ๐ ๐๐„๐‘๐๐„๐™๐€, ๐“๐€๐๐ˆ ๐Š๐ˆ๐“๐€ ๐Œ๐„๐‹๐„๐๐†๐Š๐€๐๐Š๐€๐ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€ ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐Œ๐„๐๐˜๐€๐Œ๐๐”๐“ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐Š๐„๐๐€๐๐†๐’๐€๐€๐ ๐Š๐„-๐Ÿ”๐Ÿ—.

69 tahun merdeka, kita terus melangkah sebagai satu Malaysia. Berbeza budaya, berbeza latar, namun bersama-sama melengkapkan sebuah negara yang kita cintai.

Seperti kepingan puzzle, setiap daripada kita punya peranan. Apabila disatukan, terbinalah Malaysia yang aman, makmur dan sejahtera, untuk kita nikmati hari ini dan diwariskan kepada generasi akan datang. โค๏ธ

๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€ ๐Œ๐€๐ƒ๐€๐๐ˆ
๐Š๐ž๐ฌ๐ž๐ฃ๐š๐ก๐ญ๐ž๐ซ๐š๐š๐ง ๐ƒ๐ข๐ง๐ข๐ค๐ฆ๐š๐ญ๐ข

Selamat Hari Kebangsaan ke-69 kepada seluruh rakyat Malaysia. ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

๐Œ๐ž๐ซ๐๐ž๐ค๐š! ๐Œ๐ž๐ซ๐๐ž๐ค๐š! ๐Œ๐ž๐ซ๐๐ž๐ค๐š!

Ikhlas Dari,
Pengarah & Seluruh Warga Kerja
KEMAS Negeri Kedah

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ 69 tahun Malaysia merdekaโ€ฆ apa doa anda untuk Malaysia yang kita cintai?

Jom titipkan doa dan harapan anda untuk Malaysia di ruangan komen. โค๏ธ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ
Semoga setiap doa yang baik menjadi harapan untuk Malaysia yang lebih aman, bersatu dan sejahtera.

Kita mungkin berbeza, tapi kita melengkapkan Malaysia. ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ



Address

Aras 2, Zon A, Wisma Persekutuan Pusat Pentadbiran Kerajaan Bandar Muadzam Shah Anak Bukit
Alor Setar
06550

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Buletin KEMAS Kedah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Buletin KEMAS Kedah:

Shortcuts

Share