Gunung Keriang

Gunung Keriang Orang tua-tua di tempat ini ada menceritakan di dalam gua ini dahulunya terdapat banyak pinggan mangkuk yang dipercayai dibawa oleh kapal tersebut.

Terdapat mitos yang menceritakan bahawa gunung ini asalnya dari sebuah kapal yang disumpah oleh Sang Gedembai menjadi batu kerana hajatnya untuk mengahwini puteri yang berada di dalam kapal itu tidak dipenuhi. Masyarakat yang mendiami kawasan ini ketika dahulu meminjam mangkuk berkenaan untuk majlis keramaian. Gunung Keriang ini terletak kira-kira 7 km dari bandar Alor Star. Dahulunya di sini terd

apat kuari, tetapi sekarang ianya telah dijadikan sebagai taman rekreasi. Taman ini kaya dengan keindahan alam semulajadi dan amat sini sesuai kepada mereka yang ingin merehatkan diri setelah penat bekerja. Kemudahan seperti tempat meletak kenderaan, tandas awam dan taman permainan ada disediakan di sini. Ia juga sesuai sekiranya kita datang untuk bersenam. Selain itu, Gunung Keriang ini juga kaya dengan baja tahi kelawar dan batu bunga (kristal) . Batu ini dicari di dalam gua-gua yang terdapat di dalam gua oleh penduduk tempatan. Sekiranya kita ingin mendapatkan batu ini, kita boleh membelinya dari peniaga yang menjualnya di sekitar taman rekreasi ini. Batu-batu ini masih dijual sehingga sekarang.

Address

Coordinates Of The Park Are N6° 11. 336′ E100° 20. 157′
Alor Setar
06570

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Gunung Keriang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share