Kelab Majlis Bandaraya Alor Setar

Kelab Majlis Bandaraya Alor Setar KMBAS

30/08/2026

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-69 & Hari Malaysia 2026! 🇲🇾

Marilah kita bersama-sama menyemarakkan semangat patriotisme dan memperkukuh perpaduan demi Malaysia yang terus maju, sejahtera dan harmoni.

“Malaysia MADANI, Kesejahteraan Dinikmati”

Ikhlas daripada Datuk Bandar, Setiausaha, Ahli Majlis dan seluruh warga kerja Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS).





25/08/2026

SALAM MAULIDUR RASUL 1448H/2026M

12 Rabiulawal merupakan hari yang bermakna buat umat Islam bagi memperingati kelahiran Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W.

Sama-samalah kita perbanyakkan selawat dan pujian ke atas Baginda Rasulullah S.A.W.

Semoga kita beroleh syafaat daripada Baginda di akhirat kelak.

Ikhlas daripada Datuk Bandar, Setiausaha, Ahli Majlis dan Seluruh Warga Kerja Majlis Bandaraya Alor Setar





🎯 KEJOHANAN KAROM BEREGU TERBUKA KAKITANGAN MBAS 2026​Jom rakan-rakan MBAS! Sambil menyihatkan badan, kita eratkan silat...
02/08/2026

🎯 KEJOHANAN KAROM BEREGU TERBUKA KAKITANGAN MBAS 2026

​Jom rakan-rakan MBAS! Sambil menyihatkan badan, kita eratkan silaturahim. Tunjuk kehebatan 'flick' padu anda di atas papan karom!

​📅 Tarikh: 14.09.2026 (Isnin)
📍 Tempat: Dewan Al Sakinah, Tingkat 7, MBAS
đź’° Yuran Penyertaan: RM30.00 sepasukan
⏳ Tarikh Tutup: 08.09.2026 (Selasa)
​🏆 Rebut Wang Tunai & Piala Menarik!

​Johan: RM300.00 + Piala
​Naib Johan: RM200.00 + Piala
​Ketiga & Keempat: RM100.00
​Tempat Ke-5 hingga Ke-8: RM30.00

​⚠️ Penting: Terhad kepada 50 penyertaan pertama sahaja!

​📞 Hubungi segera untuk daftar:
​Mohammad Azli (011-2401 5670)
​Wan Zuraimi (012-5818151)

​Bersukan, Bersatu, Bersemangat - Kelab MBAS

Sabtu 30 Mei 2026.Seawal pagi yang penuh barakah, pekarangan Bengkel Mekanikal MBAS, telah mula dibanjiri oleh warga ker...
30/05/2026

Sabtu 30 Mei 2026.

Seawal pagi yang penuh barakah, pekarangan Bengkel Mekanikal MBAS, telah mula dibanjiri oleh warga kerja Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS). Suasana hambar pagi bertukar ceria dan penuh semangat kebersamaan sempena Program Ibadah Korban Anggota MBAS anjuran Biro Agama Dan Dakwah Kelab MBAS.

​Ibadah korban tahun ini menyaksikan penyertaan yang amat menggalakkan daripada warga kerja MBAS dengan jumlah 5 ekor lembu sasa yang sedia untuk dikorbankan.

​Apa yang menarik perhatian adalah semangat gotong-royong yang ditunjukkan oleh anggota MBAS. Tiada istilah pangkat atau darjat; daripada pihak pengurusan tertinggi sehinggalah ke anggota lapangan, masing-masing menyingsing lengan baju demi menjayakan program mulia ini.



02/04/2026

"HEBAT BERPERSATUAN PERLU SEIRING KERJA HAKIKI" - Dato' Gafar.

30 Mac 2026,
Alor Setar.

Pak Gafar



MESYUARAT AGUNG KELAB MAJLIS BANDARAYA ALOR SETAR KALI KE-4630 Mac 2026, Isnin - Bertempat di Dewan As-Sakinah Tingkat 7...
01/04/2026

MESYUARAT AGUNG KELAB MAJLIS BANDARAYA ALOR SETAR KALI KE-46

30 Mac 2026, Isnin - Bertempat di Dewan As-Sakinah Tingkat 7, Menara MBAS, telah berlangsung Mesyuarat Agung KMBAS Kali Ke-46. Majlis telah dirasmikan oleh Datuk Bandar MBAS, YBhg. Dato' Haji Abdul Gafar Bin Yahya, DIMP., SDK., AMK., AMN., BCK. . Hadir sama Tuan Setiausaha En Mohamad Shahuri Bin Mohamad Norlin, AMK., BCK. Pengarah-Pengarah, Ketua-Ketua Bahagian serta semua ahli Kelab MBAS.

Mesyuarat dipengerusikan oleh Yang Dipertua Kelab MBAS, Tuan Haji Md. Nayan Bin Bahari. Agenda mesyuarat termasuk pengesahan minit Mesyuarat Agung Kelab MBAS bagi Kali Ke-45 yang telah diadakan pada 25 Mac 2025 yang lalu, membincangkan berkenaan perkara berbangkit dari minit Mesyuarat Agung Kali Ke-45, menerima laporan kewangan yang telah diaudit bagi tahun 2025 dan pembentangan laporan tahunan 2025 oleh pengerusi-pengerusi Biro Kelab.
Majlis diakhiri dengan acara cabutan bertuah berupa hamper dan barangan elektrik kepada penama yang bertuah dalam mesyuarat berkenaan. Mesyuarat telah berlangsung dengan jayanya.

📢 NOTIS MESYUARAT AGUNG KELAB MBAS KALI KE-46 TAHUN 2026 📢​Semua ahli Kelab Majlis Bandaraya Alor Setar (KMBAS) dengan s...
17/03/2026

📢 NOTIS MESYUARAT AGUNG KELAB MBAS KALI KE-46 TAHUN 2026 📢

​Semua ahli Kelab Majlis Bandaraya Alor Setar (KMBAS) dengan segala hormatnya dijemput hadir ke Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-46 bagi penggal 2025-2027 yang akan diadakan pada:

​🗓 Tarikh: 30 Mac 2026 (Isnin)
⏰ Masa: 2.00 Petang – 5.00 Petang
📍 Tempat: Dewan As-Sakinah, Tingkat 7, Menara MBAS

​Kehadiran tuan/puan amatlah dihargai bagi melancarkan urusan kelab kita. Jumpa di sana!

​

03/02/2026
02/02/2026

SALAM NISFU SYA'BAN 1447H

Malam Nisfu Sya'ban adalah malam pertengahan bulan Sya'ban, iaitu pada malam ke-15.

Di dalam Islam, malam ini dianggap sebagai malam yang dipenuhi dengan keberkatan, di mana rahmat dan keampunan Allah SWT melimpah kepada hamba-hamba-Nya.

Antara amalan yang dianjurkan pada malam ini ialah membaca Surah Yasin sebanyak tiga kali, berdoa, berzikir, serta memperbanyakkan solat sunat dan istighfar.

Malam ini juga menjadi tanda bahawa Ramadan semakin hampir, memberi peluang kepada umat Islam untuk memperbanyakkan ibadah dan memohon keberkatan daripada Allah SWT.

Ikhlas daripada Datuk Bandar, Setiausaha, Ahli Majlis dan Seluruh Warga Kerja Majlis Bandaraya Alor Setar.

Pak Gafar





MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN PERALATAN PERSEKOLAHAN KELAB MBASAlor Setar, 24 Disember 2025 –Kelab Majlis Bandaraya Alor S...
11/01/2026

MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN PERALATAN PERSEKOLAHAN KELAB MBAS

Alor Setar, 24 Disember 2025 –Kelab Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) melalui Biro Pelajaran Kelab MBAS telah mengadakan Majlis Penyerahan Sumbangan Peralatan Persekolahan bagi sesi persekolahan Tahun 2026. Majlis tersebut telah berlangsung bertempat di Dewan Besar As-Sakinah, Tingkat 7, Menara MBAS dan telah disempurnakan oleh Datuk Bandar Alor Setar, YBhg. Dato’ Haji Abdul Gafar Yahya.

Program murni ini dianjurkan sebagai inisiatif tahunan untuk meringankan beban kewangan kakitangan dalam menyediakan keperluan sekolah anak-anak mereka. Keperihatinan kelab ini mencerminkan semangat kekeluargaan yang erat dalam kalangan warga kerja Majlis Bandaraya Alor Setar.

Penyerahan sumbangan ini diharapkan dapat memberi suntikan semangat kepada para pelajar untuk memulakan sesi persekolahan dengan lebih ceria dan berazam untuk mencapai kejayaan yang cemerlang. Hadir sama dalam majlis tersebut ialah barisan jawatankuasa Kelab MBAS serta kakitangan yang terlibat.

Address

Jalan Kolam Air
Alor Setar

Opening Hours

Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6047332499

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kelab Majlis Bandaraya Alor Setar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Kelab Majlis Bandaraya Alor Setar:

Shortcuts

Share