03/09/2026
๐ฅ ๐ฉ๐๐๐๐ข ๐ฆ๐ข๐ฅ๐ข๐ง๐๐ก: ๐๐จ๐๐๐๐ก ๐๐๐ฅ๐ข ๐ ๐๐๐๐ก๐ ๐ฆ๐๐ ๐ฃ๐๐ก๐ ๐ ๐๐๐๐๐ฆ ๐ฃ๐๐๐๐ก๐๐๐ฅ๐๐ก ๐ฃ๐ฅ๐ข๐๐ฅ๐๐ ๐ฃ๐๐ฅ๐๐๐๐๐ ๐๐ง๐๐ก ๐๐๐จ๐ก๐ง๐๐ฅ ๐๐๐ง๐๐ ๐จ๐ก๐ง๐จ๐ ๐ฅ๐๐๐ฌ๐๐ง (๐๐ฒ๐ฅ๐ฎ๐) ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ ๐ณ
๐
03 September 2026 | Khamis
๐ Dewan Al-Hana, S*k, Kedah
Majlis Pelancaran Program Perkhidmatan Kaunter Getah untuk Rakyat (GeRaK) 2026 telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad, Menteri Perladangan dan Komoditi, yang berlangsung di Dewan Al-Hana, S*k, Kedah.
Turut menarik perhatian, YBhg. Datuk Seri meluangkan masa melancarkan โHappy Hourโ Kombo Jualan Agro MADANI, sebelum berkesempatan melawat khemah-khemah pempamer serta beramah mesra bersama para pengunjung dan penduduk setempat yang hadir memeriahkan program.
๐ Sepanjang program berlangsung, para pengunjung berpeluang menikmati pelbagai perkhidmatan dan aktiviti menarik antaranya:
๐น Pameran dan Kaunter Perkhidmatan Jabatan/Agensi Kerajaan
๐น Perkhidmatan Perbankan Bergerak
๐น Jualan Rahmah MADANI
๐น Jualan Produk Agromakanan Usahawan Tempatan
๐น Jualan Agro MADANI
Program GeRaK 2026 merupakan satu usaha mendekatkan perkhidmatan kerajaan kepada rakyat, khususnya komuniti pekebun kecil dan masyarakat setempat, di samping menyediakan akses kepada pelbagai perkhidmatan dalam suasana yang santai, mesra dan mudah.
FAMA Negeri Kedah terus komited memperluas akses pemasaran serta membantu usahawan agromakanan tempatan mendekati pengguna melalui pelaksanaan Jualan Agro MADANI.
โค๏ธ Jom sokong usahawan tempatan, semarakkan ekonomi MADANI!
Mohamad Sabu
Chan Foong Hin ้ๆณ็ผฃ
Abang Ahmad Kerdee
Faisal Iswardi
Shaiful Azhar
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
Kementerian Perladangan dan Komoditi - KPK
PMO Malaysia
FAMA Malaysia
Laman Rasmi Lembaga Getah Malaysia (LGM)
Galakan Pasaran Dan Kepenggunaan
*kKedah