03/09/2026
ππππ ππππππππ ππππππ ππππ πππππππ πππππππ ππππππππππ ππππππ π-ππππ
πππππ πππππππ πππππππ πππππ ππππππ
ALOR SETAR, 2 September 2026 β Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) melalui Bahagian Pelaburan telah menganjurkan Bengkel Pemantapan Sistem e-Self Audit Kumpulan PKNK bersama Jabatan Audit Negara Malaysia (JAN) di The Jerai Hotel Alor Setar, Kedah, dengan penyertaan seramai 60 orang peserta daripada Perbadanan dan syarikat-syarikat Kumpulan PKNK.
Majlis perasmian disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PKNK, YBhg. Dato' Haji Mohd Sahil bin Zabidi.
Dalam ucapan perasmian, Dato' Haji Mohd Sahil menegaskan bahawa tatakelola yang baik, kawalan dalaman yang kukuh serta kecekapan pengurusan kewangan bukan lagi satu pilihan, sebaliknya merupakan satu kewajipan yang mutlak bagi PKNK sebagai badan berkanun negeri yang memikul amanah pembangunan ekonomi dan sosial Kedah.
Beliau turut menekankan bahawa pelaksanaan Sistem e-Self Audit merupakan inisiatif strategik yang berfungsi sebagai mekanisme amaran awal, membolehkan syarikat-syarikat Kumpulan PKNK menilai tahap pematuhan dan prestasi kewangan secara kendiri serta mengesan sebarang kelemahan kawalan dalaman sebelum tindakan audit luar dijalankan.
Bengkel ini menampilkan Puan Nik Mazian binti Mohammad (Timbalan Pengarah Audit, Sektor Audit Pengurusan Syarikat, JAN Ibu Pejabat) dan Puan Noor Faizah binti Ibrahim (Penolong Pengarah Audit, JAN Kedah) sebagai penceramah jemputan. Modul bengkel merangkumi pengenalan skop dan garis panduan e-Self Audit, tatacara pelaksanaan dan pengisian sistem, latihan praktikal (hands-on), semakan bersama pegawai JAN, serta perbincangan berhubung isu dan kesilapan lazim dalam pelaksanaan sistem.
Pelaksanaan bengkel ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan PKNK untuk memperkukuh amalan tadbir urus korporat, integriti dan akauntabiliti dalam pengurusan syarikat-syarikat Kumpulan PKNK.