LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH KEDAH (KEDA)

LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH KEDAH (KEDA) LAMAN FACEBOOK RASMI LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH KEDAH (KEDA) Kawasan operasi KEDA meliputi keluasan 8,564 km persegi iaitu 89% daripada keseluruhan Negeri Kedah.

KEDA ditubuhkan pada 28 Mei 1981 di bawah Akta 249, Akta Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah 1981 dengan tujuan untuk membantu mempercepatkan pembangunan sosioekonomi dan infrastruktur dalam kawasan operasi KEDA. Sebagai agensi Kerajaan Persekutuan di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), KEDA dipertanggungjawabkan dalam pelbagai aspek pembangunan meliputi program pembasmian kemiskinan,

pembangunan kampung tradisional dan perumahan rakyat termiskin, pembangunan industri kecil dan sederhana serta program keusahawanan, latihan kemahiran, pembangunan modal insan, pembangunan infrastruktur dan ameniti sosial. KEDA komited dalam melaksanakan program pembangunan dan perkhidmatan yang berkualiti bagi memenuhi kepuasan pelanggan berteraskan perkhidmatan yang cekap, amanah, berkesan dan mesra bagi mencapai matlamat "Mensejahterakan Luar Bandar".

17/08/2026

PROGRAM GENERASI PEWARIS KEDA


Sejauh mana kita kenal dengan identiti tanah air sendiri? πŸ‡²πŸ‡ΎDaripada Jalur Gemilang hingga ke Rukun Negara, setiap lamba...
17/08/2026

Sejauh mana kita kenal dengan identiti tanah air sendiri? πŸ‡²πŸ‡Ύ
Daripada Jalur Gemilang hingga ke Rukun Negara, setiap lambang membawa makna perpaduan dan kedaulatan negara. Mari bersama menghayati dan mencintai Malaysia kita! ❀️
___________________________________
Sumber : Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, JPM




Sejauh mana kita kenal dengan identiti tanah air sendiri? πŸ‡²πŸ‡Ύ

Daripada Jalur Gemilang hingga ke Rukun Negara, setiap lambang membawa makna perpaduan dan kedaulatan negara. Mari bersama menghayati dan mencintai Malaysia kita! ❀️




GERAN HAK MILIK PENDUDUK DESA KEDA ZON 9 BANDAR BAHARU DISERAHKANBANDAR BAHARU – Majlis Penyerahan Geran Hak Milik Pendu...
16/08/2026

GERAN HAK MILIK PENDUDUK DESA KEDA ZON 9 BANDAR BAHARU DISERAHKAN

BANDAR BAHARU – Majlis Penyerahan Geran Hak Milik Penduduk Desa KEDA Zon 9, Bandar Baharu berlangsung hari ini, menandakan satu lagi pencapaian penting dalam usaha memastikan penduduk mendapat kepastian serta hak pemilikan kediaman dan tanah.

Majlis penyerahan geran hak milik yang berlangsung di Desa KEDA Leret telah disempurnakan oleh Pengurus Besar KEDA, Hajah Afifah binti Haji Omar. Turut hadir bersama adalah Tuan Haji Fadlee bin Ahmad, wakil kepada Datuk Haji Muhar bin Hussain, Penasihat Program dan Aktiviti KEDA Parlimen Kulim/Bandar Baharu.

Pegawai KEDA yang hadir adalah Pengurus Niagatani yang menjalankan tugas Timbalan Pengurus Besar (Operasi), Encik Mohd Azam bin Omar, Pengurus Pembangunan Komuniti, Pengurus Hartanah dan Prasarana, Encik Rojani bin Romeli dan tuan rumah, Encik Mohamad Noorhisham bin Mohd Taib, Pegawai Pembangunan KEDA Zon 9, Bandar Baharu.

Penyerahan geran ini mencerminkan komitmen KEDA dalam menjaga kebajikan serta kepentingan penduduk luar bandar, khususnya dalam memastikan status pemilikan tanah dan kediaman dapat diberi kepastian yang sewajarnya.

Pemilikan geran hak milik bukan sahaja memberikan jaminan dari segi pemilikan, malah menjadi asas penting kepada kesejahteraan keluarga serta pembangunan sosioekonomi penduduk di kawasan Desa KEDA.

Selain sesi serahan geran, Pejabat KEDA Zon 9, Bandar Baharu turut mengadakan beberapa aktiviti sempena kemerdekaan seperti pertandingan masakan rendang dan simbolik serahan bendera Jalur Gemilang kepada semua desa KEDA.

Selain itu, Puan Pengurus Besar turut meninjau keadaan ATV Desa KEDA Leret yang diperoleh dari program Sejati MADANI dan serahan bakul makanan kepada yang kurang bernasib baik.

Terima kasih penduduk desa KEDA atas layanan dan sambutan. Tahniah atas geran dan terus jaga nama baik KEDA dan negara. Merdeka Malaysiaku!

INFO KKDW@KEDAPROGRAM KEMAHIRAN KOMERSIAL KOLEJ KEDA (P4K)Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) melalui Lembaga K...
16/08/2026

INFO KKDW@KEDA
PROGRAM KEMAHIRAN KOMERSIAL KOLEJ KEDA (P4K)
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) melalui Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) terus komited memartabatkan bidang TVET dan pendidikan sepanjang hayat demi melahirkan modal insan berkemahiran tinggi.
Melalui P4K ini;
πŸ“ 2,127 peserta menerima manfaat
πŸ“ RM 1 Juta peruntukan diterima
πŸ“ Laksana pelbagai kursus kemahiran
Program P4K ini selaras dengan hasrat YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hanidi, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah merangkap Pengerusi Majlis TVET Negara dalam memperkasa agenda kemahiran negara.
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah
KKDW Negeri Kedah/Perlis/Pulau Pinang







KOLEJ KEDA RAIH 20 PINGAT DI i-COMPEX 2026JITRA – Kolej Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) mencipta kejayaan membangg...
14/08/2026

KOLEJ KEDA RAIH 20 PINGAT DI i-COMPEX 2026

JITRA – Kolej Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) mencipta kejayaan membanggakan menerusi penyertaan dalam i-COMPEX 2026 apabila berjaya meraih keseluruhan 20 pingat, termasuk enam pingat emas, 11 pingat perak dan tiga pingat gangsa.

Lebih membanggakan, pasuka Kolej KEDA turut dinobatkan sebagai Naib Juara (2nd Place) bagi kategori Best Project, sekali gus membuktikan keupayaan pelajar dan warga Kolej KEDA dalam menghasilkan projek inovasi yang berkualiti dan berdaya saing.

Pencapaian enam pingat emas yang diraih menjadi antara kejayaan utama kontinjen Kolej KEDA, di samping 11 pingat perak dan tiga pingat gangsa yang melengkapkan koleksi 20 pingat pada pertandingan tersebut.

Kejayaan ini mencerminkan komitmen serta kesungguhan pelajar dan warga Kolej KEDA dalam memperkasakan budaya inovasi, kreativiti dan kemahiran teknikal selaras dengan aspirasi pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET).

Pencapaian tersebut turut membuktikan bahawa Kolej KEDA mampu melahirkan bakat TVET yang berkemahiran tinggi serta berupaya mengetengahkan idea dan hasil inovasi di peringkat pertandingan.

KEDA merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada seluruh pasukan Kolej KEDA atas kejayaan cemerlang ini.
Semoga pencapaian tersebut menjadi pemangkin kepada lebih banyak kejayaan dalam bidang inovasi dan TVET pada masa akan datang.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.JUMAAT : Sayyidul Ayyam Allah SWT Sebagai WakilAllah SWT berfirman dalam Al-Quran ya...
14/08/2026

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
JUMAAT : Sayyidul Ayyam
Allah SWT Sebagai Wakil
Allah SWT berfirman dalam Al-Quran yang bermaksud;
"Dan bertawakkallah kepada Allah SWT. Cukuplah Allah SWT sebagai wakil."
- Surah Al-Ahzab, ayat 3.
KEDA

TAHNIAH! KOLEJ KEDA CEMERLANG DALAM I-COMPEX 2026.Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada  pelajar dan tenaga pengajar ...
13/08/2026

TAHNIAH! KOLEJ KEDA CEMERLANG DALAM I-COMPEX 2026.

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada pelajar dan tenaga pengajar Kolej KEDA atas pencapaian cemerlang dalam pertandingan i-CompEx 2026 (International Innovation and Invention Competition Through Exhibition 2026).

Kejayaan ini menjadi bukti kepada komitmen Kolej KEDA menjadi peneraju pendidikan TVET di tanah air. Semoga pencapaian cemerlang ini menjadi pemangkin untuk terus maju dan mencapai kejayaan yang lebih besar pada masa hadapan.







πŸ‡²πŸ‡Ύ Perpaduan negara bermula dengan rasa hormat terhadap Negaraku, Jalur Gemilang dan 5 Prinsip Rukun Negara.🀝 Amalan ini...
12/08/2026

πŸ‡²πŸ‡Ύ Perpaduan negara bermula dengan rasa hormat terhadap Negaraku, Jalur Gemilang dan 5 Prinsip Rukun Negara.

🀝 Amalan ini menjadi asas semangat cintakan negara dan mengukuhkan perpaduan rakyat Malaysia. ✨
_______________________________
Sumber: Merdeka360





πŸ‡²πŸ‡Ύ Perpaduan negara bermula dengan rasa hormat terhadap Negaraku, Jalur Gemilang dan 5 Prinsip Rukun Negara.

🀝 Amalan ini menjadi asas semangat cintakan negara dan mengukuhkan perpaduan rakyat Malaysia. ✨





Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.INFO KKDW@KEDAPROGRAM PEMERKASAAN GENERASI PEWARIS (GEN)Kementerian Kemajuan Desa da...
12/08/2026

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

INFO KKDW@KEDA

PROGRAM PEMERKASAAN GENERASI PEWARIS (GEN)

Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) melalui Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) terus memperkukuh pembangunan modal insan luar bandar melalui Program Pemerkasaan Generasi Pewaris (GEN).

Program ini memberi fokus kepada pembentukan generasi pewaris yang berpendidikan, berkemahiran, celik digtal serta mempunyai jati diri dan sahsiah unggul.

Melalui program GEN ini;
πŸ“ RM 1.2 Juta peruntukan.
πŸ“ 33,373 orang penerima manfaat.
πŸ“ Melibatkan 3 aktiviti utama iaitu;
1️⃣ keseimbangan ilmu
2️⃣ pembinaan sahsiah
3️⃣ pemerkasaan jati diri

KEDA Mensejahterakan Luar Bandar.

Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah
KKDW Negeri Kedah/Perlis/Pulau Pinang







πŸ€πŸ‡²πŸ‡Ύ Perpaduan diraikan, kesejahteraan dinikmati.Walaupun berbeza latar belakang, semangat saling membantu dan bekerjasam...
11/08/2026

πŸ€πŸ‡²πŸ‡Ύ Perpaduan diraikan, kesejahteraan dinikmati.
Walaupun berbeza latar belakang, semangat saling membantu dan bekerjasama terus menyatukan kita.

Melalui amalan inilah lahirnya masyarakat yang prihatin, saling menghormati dan sentiasa berganding bahu membina negara yang sejahtera. β€οΈπŸ’›πŸ’™πŸ€
_______________________________
Sumber: Merdeka360





πŸ€πŸ‡²πŸ‡Ύ Perpaduan diraikan, kesejahteraan dinikmati.

Walaupun berbeza latar belakang, semangat saling membantu dan bekerjasama terus menyatukan kita.

Melalui amalan inilah lahirnya masyarakat yang prihatin, saling menghormati dan sentiasa berganding bahu membina negara yang sejahtera. β€οΈπŸ’›πŸ’™πŸ€





Address

Kompleks Ibu Pejabat KEDA, KM 7 Jalan Langgar
Alor Setar
05460

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH KEDAH (KEDA) posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH KEDAH (KEDA):

Shortcuts

Share