FAQ ttg Jabatan Pertanian Negeri Kedah
Soalan 1 : Apakah bidang Khidmat Kepakaran yang ditawarkan ? Jawapan : Antara Khidmat Kepakaran yg ditawarkan adalah :
1. Khidmat Nasihat & Perundingan Pertanian
2. Perkhidmatan Persijilan Berkualiti
4. Khidmat Regulatori dan Penguatkuasaan
5. Khidmat Sokongan Teknikal
- Pembangunan Komoditi
- Kawalan Racun dan Perosak
- Pengurusan & Pemuliharaan Tanah
- Kej
uteraan Pertanian
- Perlindungan Tanaman & Kuarantin Tumbuhan
Soalan 2 : Saya telah difahamkan bahawa teras perkhidmatan Jabatan Pertanian ialah Pengembangan Pertanian. Apakah yang dimaksudkan dengan Pengembangan Pertanian ? Jawapan : Pengembangan Pertanian bermaksud usaha/kerja yang terancang untuk memperkasakan kumpulan sasar melalui penyampaian maklumat dan teknologi yang sesuai dengan menggunakan kaedah-kaedah yang terkini yang terbukti berkesan. Soalan 3 : Di manakah maklumat mengenai Panduan Menanam sayur-sayuran dan buah-buahan seperti yang terdapatdalam pelaksanaan Kempen Bumi Hijau boleh diperolehi ? Jawapan : Jabatan Pertanian telah menerbitkan Panduan Menanam pelbagai sayur-sayuran, ulam-ulaman, herba dan buah-buahan dalam bentuk risalah (Infotani). Oleh itu, risalah ini boleh didapati di Ibu Pejabat Jabatan Pertanian dan semua pejabat-pejabat Pertanian Negeri . Soalan 4 : Bagaimana hendak mengikuti Kursus Keusahawan Kemahiran Pemprosesan Makanan di Jabatan Pertanian Negeri Kedah? Jawapan : Iklan tawaran kursus ini akan dikeluarkan oleh Jabatan Pertanian sebelum sesi pengambilan baru dibuka .Borang permohonan boleh diperolehi melalui alamat Laman Web Jabatan Pertanian www.doa.gov.my atau Jabatan Pertanian Negeri dan Pejabat Pertanian Daerah yang berhampiran. Soalan 5 : Apakah kelebihan mengikuti kursus ini ? Jawapan : Peserta akan didedahkan dgn pelbagai aspek penting yang perlu ada dalam perniagaan seperti Amalan Pengilangan Yang Baik (GMP), Pemasaran,Perakaunan, Keusahawanan dll. Peserta juga diberikan latihan secara hands-on berkaitan aktiviti pemprosesan produk mengikut bidang yang ditawarkan. Peserta juga dilatih untuk menjadi seoarang usahawan yang berjaya. Soalan 6 : Bagaimanakah hendak menyertai TKPM ? Jawapan : Pemohon boleh memohon iklan yang dibuat oleh pihak Jabatan Pertanian Negeri yang terbabit atau berjumpa dengan Pengarah Pertanian Negeri / Pegawai Pertanian Daerah bagi mendapat maklumat berkenaan perkara tersebut.Pengambilan peserta dibuat melalui proses temuduga. Soalan 7 : Adakah projek TKPM hanya untuk usahawan bumiputera ? Jawapan : Untuk mengatasi masalah kekurangan tenaga buruh, MADA telah merancang dan menggunakan pelbagai pendekatan untuk mengatasi masalah tersebut.Melalui program Estet padi yang dilancarkan baru-baru ini, ianya berkonsepkan pengurusan ladang secara berpusat yang diuruskan oleh Pertubuhan Peladang Kawasan. Melalui cara ini, penggunaan tenaga buruh dapat diminimakan. Selain itu, penggunaan jentera sepenuhnya digunakan daripada proses menabur benih, pembajaan, kerja-kerja meracun dan juga kerja-kerja menuai. Soalan 8 : Bagaimanakah cara mendaftar sebagai pengguna Agribazaar ? Jawapan : Pendaftaran sebagai pengguna Agribazaar boleh dibuat secara online dengan melawat portal Agribazaar. Soalan 9 : Apakah yang dimaksudkan dengan racun makhluk perosak ? Jawapan : Racun makhluk perosak ialah racun makhluk yang meliputi semua racun serangga, racun kulat, racun rumpai, racun tikus, racun siput dan racun makhluk lain yang digunakan dalam bidang pertanian, sektor kesihatan umum, sektor perhutanan dan yg digunakan dalam rumah. Soalan 10 : Apakah jenis khidmat siasatan tanah yg disediakan oleh Jabatan Pertanian ? Jawapan : Jenis khidmat siasatan tanah yang disediakan adalah
1) Siasatan lengkap
2) Siasatan separa lengkap
3) Adhoc
Utk sbrg pertanyaan lain, boleh hubungi :
EN. KAMARUZAMAN BIN MD. ISA
JABATAN PERTANIAN NEGERI KEDAH
TELOK CHENGAI , JALAN KUALA KEDAH
06600, KUALA KEDAH . No. Telefon : 04-777 5000
Email : [email protected]