Polis Kota Setar

Polis Kota Setar Laman ini merupakan Facebook Rasmi Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar. Sebarang maklumat hendaklah disalurkan kepada Bilik Gerakan (DCC) - 04-7326999.
(1)

17/08/2026
π…πˆπ“πˆπŠ 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐍𝐀 ππ„π‘πˆππ†πŠπ€π“ πˆππƒ πŠπŽπ“π€ 𝐒𝐄𝐓𝐀𝐑 – ππ„π‘π€ππ†πˆ 𝐀𝐄𝐃𝐄𝐒KOTA SETAR, 16 Ogos 2026 – Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar har...
16/08/2026

π…πˆπ“πˆπŠ 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐍𝐀 ππ„π‘πˆππ†πŠπ€π“ πˆππƒ πŠπŽπ“π€ 𝐒𝐄𝐓𝐀𝐑 – ππ„π‘π€ππ†πˆ 𝐀𝐄𝐃𝐄𝐒

KOTA SETAR, 16 Ogos 2026 – Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar hari ini melaksanakan Fitik Perdana – Perangi Aedes di Perumahan Kolam Air, IPD Kota Setar sebagai langkah proaktif susulan tiga (3) kes denggi yang melibatkan penghuni perumahan berkenaan.

Program melibatkan pegawai kanan dan anggota polis, pegawai awam serta penghuni Perumahan Kolam Air, dengan tumpuan kepada pembersihan kawasan sekitar Blok Bakawali dan Blok Angsana serta penghapusan tempat berpotensi menjadi lokasi pembiakan nyamuk Aedes.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Syed Basri bin Syed Ali, turut turun padang meninjau pelaksanaan aktiviti dan keadaan persekitaran perumahan serta menyeru semua penghuni supaya bersama-sama menjaga kebersihan dan memastikan kawasan kediaman bebas daripada tempat pembiakan Aedes.

Sebelum ini, PKD Kota Setar turut melaksanakan aktiviti fogging serta pemasangan banner berkaitan pencegahan Aedes sebagai langkah pencegahan dan meningkatkan kesedaran penghuni.

IPD Kota Setar akan terus memberikan perhatian terhadap aspek kebersihan dan keselamatan persekitaran perumahan bagi membantu membendung penularan denggi serta memastikan kesejahteraan warga pasukan dan keluarga terjamin.

πˆπ’π“πˆπ€πƒπ€π“ ππ„π‘ππ€π‘πˆπ’π€π ππ„ππ˜π€πŒππ€πˆπ€π π’π€π˜π€π 𝐏𝐄𝐍𝐄𝐑𝐁𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 πŠπŽπ‹π„π‰ 𝐓𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐀 𝐔𝐃𝐀𝐑𝐀KOTA SETAR, 15 Ogos 2026 – Kebawah Duli Paduka Bagi...
15/08/2026

πˆπ’π“πˆπ€πƒπ€π“ ππ„π‘ππ€π‘πˆπ’π€π ππ„ππ˜π€πŒππ€πˆπ€π π’π€π˜π€π 𝐏𝐄𝐍𝐄𝐑𝐁𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 πŠπŽπ‹π„π‰ 𝐓𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐀 𝐔𝐃𝐀𝐑𝐀

KOTA SETAR, 15 Ogos 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah, Tuanku Sultan Pahang merangkap Kolonel Yang Dipertua TUDM berkenan menghadiri Istiadat Perbarisan Penyampaian Sayap Penerbangan Kolej Tentera Udara di Kolej Tentera Udara, hari ini.

Turut hadir ialah Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Haji Muhamad Norazlan bin Aris, Timbalan Ketua Polis Kedah, DCP Baderulhisham bin Baharudin serta Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Syed Basri bin Syed Ali.

Istiadat dimulakan dengan pemeriksaan baris oleh Tuanku Sultan Pahang, diikuti penyampaian Sayap Penerbangan kepada para graduan serta hadiah kepada graduan terbaik. Tengku Mahkota Pahang turut merupakan antara peserta perbarisan yang berjaya menamatkan kursus tersebut.

Majlis diteruskan dengan ucapan Panglima Tentera Udara, Hormat Diraja, tayangan montaj serta penyampaian cenderamata. Tuanku Sultan Pahang turut berkenan menyantuni waris para graduan sebelum sesi bergambar.

Gambar: Sjn Rahimi D6 BSJ IPD Kota Setar

ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ πŽπ’π‚π€π‘ ππ„π‘πŠπŽππ’π„π β€œπ‡πˆπ†π‡ ππ‘πŽπ…πˆπ‹π„ ππŽπ‹πˆπ‚πˆππ†β€ πŠπ„π“π”π€ ππŽπ‹πˆπ’ 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 πŠπŽπ“π€ 𝐒𝐄𝐓𝐀𝐑 ππ„π‘π’π€πŒπ€ πŠπŽπŒπ”ππˆπ“πˆ π‚πˆππ€ ππ”πŠπˆπ“ π‚πˆππ€, πŠπ„ππ€π‹π€ 𝐁...
13/08/2026

ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ πŽπ’π‚π€π‘ ππ„π‘πŠπŽππ’π„π β€œπ‡πˆπ†π‡ ππ‘πŽπ…πˆπ‹π„ ππŽπ‹πˆπ‚πˆππ†β€ πŠπ„π“π”π€ ππŽπ‹πˆπ’ 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 πŠπŽπ“π€ 𝐒𝐄𝐓𝐀𝐑 ππ„π‘π’π€πŒπ€ πŠπŽπŒπ”ππˆπ“πˆ π‚πˆππ€ ππ”πŠπˆπ“ π‚πˆππ€, πŠπ„ππ€π‹π€ 𝐁𝐀𝐓𝐀𝐒, π€π‹πŽπ‘ 𝐒𝐄𝐓𝐀𝐑

KOTA SETAR, 13 Ogos 2026 – Ketua Polis Daerah Kota Setar, YDH ACP Syed Basri bin Syed Ali bersama YDH Supt Hilmi bin Ahmad, Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Setar serta Ketua-Ketua Bahagian IPD Kota Setar telah melaksanakan Program OSCAR berkonsepkan β€œHigh Profile Policing” bersama komuniti Cina Bukit Cina, Kepala Batas bertempat di Tokong Bukit Cina, Bukit Pinang.

Program ini bertujuan memberi penerangan dan kesedaran secara terus kepada komuniti setempat berkaitan situasi semasa jenayah harta benda, jenayah kekerasan, jenayah komersil khususnya penipuan (scam), jenayah narkotik serta kesalahan trafik.

Antara pengisian utama adalah perkongsian mengenai modus operandi scam seperti pembelian atas talian, pelaburan tidak wujud dan penyamaran sebagai agensi kerajaan, selain langkah-langkah pencegahan serta saluran National Scam Response Centre (NSRC) 997. Penerangan berkaitan scam turut disampaikan dalam Bahasa Mandarin bagi memastikan maklumat lebih mudah difahami oleh komuniti Cina yang hadir.

Turut diberikan penekanan ialah pencegahan pecah rumah, bahaya pinjaman ahlong secara dalam talian, penyalahgunaan dadah, pematuhan peraturan trafik serta keselamatan ketika menunggang motosikal.

Program turut menjadi platform interaksi dua hala antara PDRM dan masyarakat apabila wakil penduduk membangkitkan isu kegiatan lumba haram di kawasan sekitar. Pihak polis mengambil maklum perkara tersebut dan akan meningkatkan rondaan serta pemantauan di kawasan berkenaan.

Pada akhir program, Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Setar, YDH Supt. Hilmi bin Ahmad turut menerangkan tentang aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) sebagai medium kepada masyarakat untuk menyalurkan maklumat kepada pihak polis secara dalam talian dengan jaminan kerahsiaan pemberi maklumat.

Program seumpama ini mencerminkan komitmen berterusan PDRM dalam memperkukuh hubungan dengan masyarakat dan meningkatkan kesedaran awam terhadap pencegahan jenayah.

Jangan terpedaya dengan penipuan cek terapung. Jika baki dalam akaun bank anda belum menunjukkan amaun yang tepat, makna...
13/08/2026

Jangan terpedaya dengan penipuan cek terapung. Jika baki dalam akaun bank anda belum menunjukkan amaun yang tepat, maknanya anda belum menerima bayaran tersebut.

Sentiasa sahkan transaksi sebelum menyerahkan barangan.
__

Don’t fall for floating cheque scams. If the amount has not been reflected in your bank account balance, you have not been paid.

Always verify transaction before you release the goods.

🚨 AWAS! AKAUN PALSU MENYAMAR SEBAGAI NSRC 🚨Orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati dengan akaun media sosial yang m...
13/08/2026

🚨 AWAS! AKAUN PALSU MENYAMAR SEBAGAI NSRC 🚨

Orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati dengan akaun media sosial yang menyamar sebagai National Scam Response Centre (NSRC) dan mendakwa boleh membantu mendapatkan semula wang mangsa penipuan.

Antara taktik yang digunakan ialah:
❗️Menggunakan nama, logo dan imej berkaitan NSRC untuk meyakinkan mangsa;
❗️Mengajak mangsa menyertai kumpulan Telegram/WhatsApp tertentu;
❗️Menjanjikan wang boleh dikembalikan dalam tempoh singkat;
❗️Memaparkan resit atau β€œbukti pemulangan wang” bagi menimbulkan kepercayaan.

‼️JANGAN TERPEDAYA‼️

Sekiranya menjadi mangsa scam, segera hubungi NSRC hanya melalui panggilan telefon di talian 997.

Jangan serahkan OTP, TAC, maklumat perbankan atau membuat sebarang bayaran kepada individu yang mendakwa boleh memulangkan wang anda.

Jangan jadi mangsa untuk kali kedua.






LAWATAN KEBAJIKAN KETUA POLIS DAERAH KOTA SETARAlor Setar, 13 Ogos 2026 – YDH ACP Syed Basri bin Syed Ali, Ketua Polis D...
13/08/2026

LAWATAN KEBAJIKAN KETUA POLIS DAERAH KOTA SETAR

Alor Setar, 13 Ogos 2026 – YDH ACP Syed Basri bin Syed Ali, Ketua Polis Daerah Kota Setar, telah mengadakan lawatan kebajikan ke atas Kpl Siti Majidah binti Din, anggota Balai Polis Kepala Batas, IPD Kota Setar yang sedang menerima rawatan di Kedah Medical Center (KMC), Alor Setar akibat demam denggi.

Lawatan ini merupakan tanda keprihatinan dan sokongan moral daripada pihak pengurusan IPD Kota Setar terhadap kebajikan serta kesejahteraan warganya.

Turut hadir Insp Zulkifli bin Yahaya, Ketua Polis Balai Kepala Batas serta pegawai dan anggota IPD Kota Setar.
Semoga Kpl Siti Majidah diberikan kesembuhan dan dipermudahkan segala urusan.

πŠπ”ππ‰π”ππ† π‡πŽπ‘πŒπ€π“ πŠπ„π“π”π€ ππŽπ‹πˆπ’ 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 πŠπŽπ“π€ 𝐒𝐄𝐓𝐀𝐑 πŠπ„ππ€πƒπ€ π‡π€πŠπˆπŒ πŒπ€π‡πŠπ€πŒπ€π‡ π“πˆππ†π†πˆ π€π‹πŽπ‘ 𝐒𝐄𝐓𝐀𝐑KOTA SETAR, 13 Ogos 2026 – Ketua Pol...
13/08/2026

πŠπ”ππ‰π”ππ† π‡πŽπ‘πŒπ€π“ πŠπ„π“π”π€ ππŽπ‹πˆπ’ 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 πŠπŽπ“π€ 𝐒𝐄𝐓𝐀𝐑 πŠπ„ππ€πƒπ€ π‡π€πŠπˆπŒ πŒπ€π‡πŠπ€πŒπ€π‡ π“πˆππ†π†πˆ π€π‹πŽπ‘ 𝐒𝐄𝐓𝐀𝐑

KOTA SETAR, 13 Ogos 2026 – Ketua Polis Daerah Kota Setar, YDH ACP Syed Basri bin Syed Ali, hari ini mengadakan kunjung hormat kepada YA Dr. Mohamad Johan Lee, Hakim Kanan Mahkamah Tinggi Alor Setar.

Kunjung hormat yang berlangsung di Mahkamah Tinggi Alor Setar pada jam 8.30 pagi turut disertai Ketua-Ketua Bahagian IPD Kota Setar serta Pegawai-Pegawai Kanan.

Pertemuan tersebut menjadi platform sesi libat urus antara IPD Kota Setar dan pihak Mahkamah Tinggi Alor Setar dalam membincangkan perkara berkaitan siasatan, pertuduhan, pengendalian kes serta usaha memperkemas koordinasi antara kedua-dua pihak.

πŠπ”π‹πˆπ€π‡ ππ„ππˆππ†πŠπ€π“π€π πˆππ“π„π†π‘πˆπ“πˆ (𝐊𝐏𝐈) πˆππƒ πŠπŽπ“π€ 𝐒𝐄𝐓𝐀𝐑Kota Setar, 12 Ogos 2026 – Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar te...
12/08/2026

πŠπ”π‹πˆπ€π‡ ππ„ππˆππ†πŠπ€π“π€π πˆππ“π„π†π‘πˆπ“πˆ (𝐊𝐏𝐈) πˆππƒ πŠπŽπ“π€ 𝐒𝐄𝐓𝐀𝐑

Kota Setar, 12 Ogos 2026 – Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar telah melaksanakan Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) – Kuliah Peningkatan Integriti (KPI) bertempat di Surau Aisyah, IPD Kota Setar.

Program anjuran Cawangan Agama BIPS IPD Kota Setar dengan kerjasama JIPS IPK Kedah ini telah dihadiri oleh YDH ACP Syed Basri bin Syed Ali, Ketua Polis Daerah Kota Setar, YDH Supt. Hilmi bin Ahmad, Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Setar, Ketua-Ketua Bahagian, Ketua-Ketua Polis Balai serta warga IPD Kota Setar.

Program dimulakan dengan Solat Maghrib berjemaah, diikuti Kuliah Peningkatan Integriti yang disampaikan oleh YBhg. Syeikh Marwazi bin Dziyauddin, Timbalan M***i Negeri Kedah, sebelum diteruskan dengan Solat Isyak berjemaah dan doa selamat.

Program ini bertujuan memperkukuh penghayatan nilai integriti, memupuk amalan solat berjemaah serta mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan warga IPD Kota Setar

πŠπ€π–π€πƒ 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐍𝐀 πŠπ„π“π”π€ ππŽπ‹πˆπ’ 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 πŠπŽπ“π€ 𝐒𝐄𝐓𝐀𝐑 π’πˆπ‘πˆ 𝟏/πŸπŸŽπŸπŸ”Kota Setar, 12 Ogos 2026 – Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar te...
12/08/2026

πŠπ€π–π€πƒ 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐍𝐀 πŠπ„π“π”π€ ππŽπ‹πˆπ’ 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 πŠπŽπ“π€ 𝐒𝐄𝐓𝐀𝐑 π’πˆπ‘πˆ 𝟏/πŸπŸŽπŸπŸ”

Kota Setar, 12 Ogos 2026 – Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar telah melaksanakan Kawad Perdana Ketua Polis Daerah Kota Setar Siri 1/2026 di perkarangan lobi IPD Kota Setar.

Latihan ini diketuai oleh YDH ACP Syed Basri bin Syed Ali, Ketua Polis Daerah Kota Setar, dan turut disertai oleh YDH Supt. Hilmi bin Ahmad, Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Setar, Ketua-Ketua Bahagian, Ketua-Ketua Polis Balai serta pegawai dan anggota IPD Kota Setar.

Pelaksanaan kawad ini bertujuan memantapkan disiplin, pergerakan kawad, kekemasan diri dan etika pemakaian uniform, di samping memperkukuh integriti, keseragaman, profesionalisme serta semangat esprit de corps dalam kalangan warga IPD Kota Setar.

YDH Ketua Polis Daerah turut memberikan kata perintah kawad serta menyampaikan teguran dan penekanan berkaitan disiplin, kekemasan diri dan tahap pengetahuan pergerakan kawad.

Kawad Perdana ini akan dilaksanakan secara berkala sebagai salah satu program dalam Takwim IPD Kota Setar bagi memastikan tahap disiplin dan profesionalisme warga pasukan sentiasa berada pada tahap terbaik.

Address

Jalan Kolam Air
Alor Setar
05000

Telephone

+6047747222

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Polis Kota Setar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category