E-Idaman Sdn Bhd

E-Idaman Sdn Bhd E-Idaman Sdn. Bhd. is a waste management solution provider currently operating in the Northern Region

RECYCLE2GO & JOM KITA BRISWALK SAMBIL KUTIP SAMPAH Sekitar kemeriahan Program Recycle2Go & Jom Kita Briswalk Sambil Kuti...
03/09/2026

RECYCLE2GO & JOM KITA BRISWALK SAMBIL KUTIP SAMPAH

Sekitar kemeriahan Program Recycle2Go & Jom Kita Briswalk Sambil Kutip Sampah bersama warga Felda Teloi Timur pada 2 September 2026 (Rabu).

Hasil daripada usaha warga setempat, sebanyak 626kg barangan kitar semula berjaya dikumpulkan! ♻️

Turut hadir, En. Ahmad Wahab, Ketua Peneroka Felda Teloi Timur yang memberikan sokongan terhadap usaha membudayakan amalan kitar semula dalam komuniti.

Program turut diserikan dengan Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Pengumpulan Barangan Kitar Semula Tertinggi sebagai penghargaan kepada peserta yang menunjukkan komitmen dalam amalan kitar semula.

Terima kasih dan tahniah kepada semua yang terlibat!

03/09/2026

TERIMA KASIH WARGA FELDA TELOI TIMUR!

Terima kasih kepada warga Felda Teloi Timur, S*k atas komitmen dalam mengamalkan kitar semula dan pengasingan barangan kitar semula menerusi Program Recycle2Go & Jom Kita Briswalk Sambil Kutip Sampah.

Hasilnya, sebanyak 626 kg barangan kitar semula berjaya dikumpulkan! 👏♻️

Tahniah dan syabas kepada semua yang terlibat. Bersama-sama kita membudayakan amalan kitar semula demi persekitaran yang lebih bersih dan lestari.

Kredit Video: Felda Teloi Timur

02/09/2026

WARGA SUNGAI PETANI & SEKITARNYA, JOM RECYCLE!

Jangan biarkan barangan kitar semula anda berakhir di tong sampah! Bawa barangan kitar semula seperti kertas, kotak, plastik, besi, tin dan banyak lagi untuk mendapatkan ganjaran berdasarkan kadar kitar semula semasa. Program ni merupakan kerjasama pertama E-Idaman dengan Paramount Property yang akan diadakan pada ketetapan berikut.

📅 5 September 2026 (Sabtu)
⏰ 9.00 pagi – 1.00 petang
📍 Banyan Avenue, Bukit Banyan

💳 Pembayaran secara tanpa tunai sahaja.
📱 Muat turun aplikasi IdamanXchange terlebih dahulu untuk pengalaman yang lebih mudah dan lancar.

Ajak keluarga dan rakan-rakan, kumpulkan barangan kitar semula dan jom sama-sama jadikan Sungai Petani lebih bersih, hijau dan lestari!

Kitar semula hari ini, nikmati ganjarannya! ♻️💰

31/08/2026

PEMBERSIHAN DATARAN MEDAN BANDAR ALOR SETAR (PASCA PERARAKAN KEMERDEKAAN PERINGKAT NEGERI KEDAH)

31/08/2026
🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69! 🇲🇾Kemerdekaan bukan sekadar tentang sejarah dan kibaran Jalur Gemilang, teta...
30/08/2026

🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69! 🇲🇾

Kemerdekaan bukan sekadar tentang sejarah dan kibaran Jalur Gemilang, tetapi juga tentang tanggungjawab kita bersama dalam menjaga kebersihan dan kelestarian tanah air.

Di sebalik persekitaran yang bersih, ada insan yang sentiasa menjalankan amanah. Para pekerja pembersihan E-Idaman terus berbakti demi memastikan Malaysia kekal bersih, selesa dan sejahtera.

Marilah kita bersama-sama menghargai kemerdekaan dengan menjaga kebersihan, mengurus sisa dengan betul dan membudayakan amalan kitar semula. ♻️

Kerana Malaysia yang bersih adalah tanggungjawab kita bersama.

🇲🇾 SELAMAT HARI KEBANGSAAN KE-69!
“Kesejahteraan Dinikmati”

PROGRAM KOMUNITI BERSIH, PERSEKITARAN SIHAT di LOKALITI KOMUNITI BEBAS DENGGI (KomBed) FELDA SUNGAI TIANGPENDANG, 28 Ogo...
30/08/2026

PROGRAM KOMUNITI BERSIH, PERSEKITARAN SIHAT di LOKALITI KOMUNITI BEBAS DENGGI (KomBed) FELDA SUNGAI TIANG

PENDANG, 28 Ogos 2026 - Program Komuniti Bersih, Persekitaran Sihat di Lokaliti (KomBed) Felda Sungai Tiang di bawah anjuran Pejabat Kesihatan Daerah Pendang.

Program anjuran Pejabat Kesihatan Daerah Pendang ini melibatkan kerjasama beberapa agensi serta rakan strategik termasuklah kerjasama dengan Unit Perkhidmatan E-Idaman Pendang dalam memastikan kelancaran dan juga objektif program ini dapat dicapai bersama.

Pelbagai pengisian sepanjang program berlangsung, antaranya senaman, gotong-royong disekitar felda yang menjadi tempat pembiakkan Aedes, pemeriksaan kesihatan, pameran agensi, kuiz dan pelbagai lagi aktiviti menarik di jalankan.

Pihak E-Idaman melalui Unit Perkhidmatan Pendang juga tidak melepaskan peluang dengan mengadakan aktiviti jualan barangan kitar semula dengan jumlah kutipan sebanyak 200kg hasil daripada penduduk sekitar Felda Sungai Tiang.

Dengan wujudnya program-program sebegini secara tidak langsung dapat mendidik masyarakat akan kesedaran penjagaan kebersihan di kawasan persekitaran dan dalam masa yang sama juga memberi nilai tambah dalam membentuk budaya amalan kitar semula dalam diri masyarakat khususnya di daerah Pendang. Syabas dan tahniah buat semua yang terlibat secara langsung dan semoga program sebegini diteruskan lagi pada masa akan datang.

HEBAHAN BERKENAAN PERUBAHAN JADUAL KUTIPAN SISA PEPEJAL BAGI KAWASAN KUBANG PASU Berkuatkuasa 1 September 2026 , jadual ...
30/08/2026

HEBAHAN BERKENAAN PERUBAHAN JADUAL KUTIPAN SISA PEPEJAL BAGI KAWASAN KUBANG PASU

Berkuatkuasa 1 September 2026 , jadual kutipan sisa pepejal di kawasan Kubang Pasu akan mengalami perubahan bagi meningkatkan kecekapan operasi dan penyampaian perkhidmatan.

E-Idaman Sdn Bhd (EISB) melalui Unit Perkhidmatan Kubang Pasu telah melakukan hebahan dari rumah ke rumah berkenaan perubahan jadual kutipan di kawasan perumahan khususnya. Antara taman terlibat ialah Taman Jelutong, Taman Delima, Taman Bersatu , Taman Rasa Sayang dan Taman Maluri.

Sehubungan itu, penduduk di kawasan Kubang Pasu perlu mengimbas kod QR yang telah disediakan bagi menyemak jadual kutipan terkini. Kerjasama dan perhatian semua amatlah dihargai.



Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam - SWCorp
SWCorp Negeri Kedah
KPKT Malaysia
Majlis Perbandaran Kubang Pasu

Address

WISMA IDAMAN, NO 163 & 164, Jalan BSG 4, BANDAR STARGATE
Alor Setar
05400

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:00
Tuesday 08:30 - 17:30
Wednesday 08:30 - 17:30
Thursday 08:30 - 17:30
Sunday 08:30 - 17:30

Telephone

+601800887472

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when E-Idaman Sdn Bhd posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category