Arkib Negara Malaysia Negeri Kedah/Perlis

Arkib Negara Malaysia Negeri Kedah/Perlis Melahirkan warga Malaysia yang berilmu dan cintakan warisan Negara.

21/08/2026
21/08/2026

YTM TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL-HAJ MENGANGKAT SUMPAH SEBAGAI PERDANA MENTERI PERSEKUTUAN TANAH MELAYU

Pada hari ini dalam tahun 1959, YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu dalam satu istiadat yang berlangsung di Istana Negara, Kuala Lumpur. Pelantikan ini dibuat susulan kemenangan cemerlang Parti Perikatan dalam Pilihan Raya Umum 1959 yang berlangsung pada 19 Ogos 1959 apabila berjaya memenangi 72 daripada 104 kerusi Dewan Rakyat yang dipertandingkan. Keputusan pilihan raya turut menyaksikan Parti Islam Se-Malaya (PAS) memenangi 13 kerusi, Front Sosialis lapan kerusi, Parti Progresif Rakyat (PPR) empat kerusi, Parti Negara dan Parti Malaya masing-masing satu kerusi, manakala tiga kerusi dimenangi oleh calon bebas.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, layari Portal HIDS menerusi https://hids.arkib.gov.my atau muat turun aplikasi HIDS di Apple App Store. HIDS juga bersiaran di:
1) RTM TV pada pukul 6.59 pagi, 12.59 tengah hari, 4.59 petang dan 7.59 malam.
2) 31 stesen radio milik RTM.





20/08/2026
20/08/2026

🇲🇾 KOLEKSI TERPILIH | JEJAK KEMERDEKAAN DI MATA AYER, PERLIS

Mengimbau kembali detik bersejarah pada 19 November 1957, apabila YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj hadir ke Sekolah Kebangsaan Oran, Mata Ayer, Perlis bagi menyampaikan ucapan dan memeriahkan sambutan kemerdekaan bersama masyarakat setempat.

Kunjungan tersebut turut dihadiri oleh YAB Menteri Besar Perlis, Tan Sri Sheikh Ahmad dan ADUN Mata Ayer, YB Mahyuddin Dato’ Habib, serta dinantikan oleh penduduk setempat.

Rakaman fotografi ini bukan sekadar mengabadikan kehadiran tokoh negara, malah menjadi saksi kepada semangat, kegembiraan dan keterujaan rakyat menyambut kemerdekaan pada era awal pembentukan negara.

📜 Koleksi Arkib Negara Malaysia
📌 No. Penerimaan: 2010/0018156, 2010/0018157 & 2010/0018165

Setiap foto menyimpan cerita. Setiap cerita menjadi warisan. 🇲🇾





20/08/2026

MALAYSIA JUARA PERTANDINGAN HOKI SEKOLAH ASIA 2014

Pada hari ini dalam tahun 2014, pasukan Malaysia berjaya menjulang trofi kemenangan Piala Hoki Sekolah Asia 2014 selepas menewaskan Singapura pada aksi final di Stadium Azlan Shah, Ipoh, Perak. Malaysia selaku tuan rumah bagi edisi kali ini mempertahankan kejuaraannya pada edisi lepas dengan membelasah pihak lawan 10-0. Pada separuh babak pertama, Malaysia berjaya menghasilkan enam gol hasil daripada asakan tanpa henti ke kubu pihak lawan. Kemudian, pada separuh masa kedua, empat gol berjaya dijaringkan. Muhammed Hafizuddin Zaidi dan Muhd Najme Ahmad Hayazi masing-masing menjaringkan dua gol manakala baki enam gol dijaringkan setiap satunya oleh Nik Muhd Aiman Nik Rozemi, Mawardi Hamirin, Khairul Helmi Napi, Abdul Khaliq Hamirin, Muhd Luqman Haakim dan Luqman Nul Hakim. Selain menjaringkan dua gol, Muhammed Hafizudin Zaidi turut dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Perlawanan, manakala Luqman Nul Hakim p**a diangkat sebagai Pemain Terbaik Kejohanan.





20/08/2026
20/08/2026

30 Fakta Rukun Negara

#1 Penubuhan Majlis Perundingan Negara

Majlis Perundingan Negara (MAPEN) ditubuhkan pada 6 Oktober 1969 hasil keputusan Mesyuarat Majlis Gerakan Negara. MAPEN berperanan membincang isu perpaduan, mencari penyelesaian terbaik serta memastikan peristiwa hitam 13 Mei tidak berulang.

Penubuhan ini juga penting bagi menegakkan dan memperkukuh asas kenegaraan demi perpaduan nasional.




20/08/2026

Kunjungan Hormat Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah pada 20.8.2026

PROSES MEMBAWA KELUAR FAIL DARI PEJABAT SEMASA TEMPOH BEKERJA HIBRID (HBH)Pengurusan dan kawalan pergerakan fail merupak...
19/08/2026

PROSES MEMBAWA KELUAR FAIL DARI PEJABAT SEMASA TEMPOH BEKERJA HIBRID (HBH)

Pengurusan dan kawalan pergerakan fail merupakan elemen penting dalam memastikan keselamatan, kerahsiaan dan integriti rekod kerajaan sentiasa terpelihara, khususnya semasa pelaksanaan Hari Bekerja Hibrid (HBH).

Infografik ini disediakan bagi memberi panduan ringkas dan jelas berkaitan prosedur membawa keluar fail dari pejabat semasa tempoh Hari Bekerja Hibrid (HBH).

Prosedur ini merangkumi keperluan mendapatkan kelulusan, merekodkan pergerakan fail, memastikan keselamatan dan kerahsiaan fail serta memulangkan fail dalam keadaan lengkap dan baik.

Pematuhan terhadap prosedur ini amat penting bagi memastikan setiap pergerakan fail dapat dikawal dan direkodkan dengan teratur, sekali gus mengurangkan risiko kehilangan, kerosakan atau akses tanpa kebenaran terhadap rekod rasmi kerajaan.






13/08/2026

LAWATAN ROMBONGAN MUHIBAH PERTAMA INDONESIA KE MALAYSIA

Pada hari ini dalam tahun 1966, seramai 40 orang delegasi Indonesia yang diketuai Tuan Adam Malik, Menteri Luar Indonesia disambut dengan penuh meriah di Lapangan Terbang Subang, Selangor. Kira-kira 30,000 orang rakyat berbilang kaum meraikan rombongan ini dengan teriakan “merdeka” dan “berjaya”. Ini merupakan lawatan timbal balik kepada rombongan kerajaan Malaysia yang diketuai oleh YAB Tun Abdul Razak bin Dato’ Hussein, Timbalan Perdana Menteri ke Indonesia bagi menandatangani Perjanjian Damai pada 11 Ogos 1966 di Istana Merdeka, Jakarta. Tuan Adam kemudiannya diiring untuk menunaikan solat Jumaat di Masjid Negara sebelum sesi sambutan khas oleh YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, layari Portal HIDS menerusi https://hids.arkib.gov.my atau muat turun aplikasi HIDS di Apple App Store. HIDS juga bersiaran di:
1) RTM TV pada pukul 6.59 pagi, 12.59 tengah hari, 4.59 petang dan 7.59 malam.
2) 31 stesen radio milik RTM.





Address

Jalan Alor Merah
Alor Setar
05250

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6047204200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Arkib Negara Malaysia Negeri Kedah/Perlis posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Arkib Negara Malaysia Negeri Kedah/Perlis:

Shortcuts

Share