Majlis Bandaraya Alor Setar-MBAS

Majlis Bandaraya Alor Setar-MBAS Akaun Facebook Rasmi Majlis Bandaraya Alor Setar(MBAS) ๐Ÿ‘‰Aduan Awam sila ke Laman Facebook ADUAN MBAS

Bermula dari sebuah Badan Kebersihan Bandar atau "Sanitary Board" pada tahun 1905, pentadbiran Bandar Alor Setar bertukar kepada "Lembaga Bandaran Kota Setar" pada tahun 1958 yang kemudiannya dinaikkan taraf sebagai "Majlis Daerah Kerajaan Tempatan Kota Setar" pada Mac 1976, sekali lagi dinaiktaraf sebagai "Majlis Perbandaran Kota Setar" pada Februari 1978 dan akhirnya pada tanggal 28 November 20

03 bersamaan 04 Syawwal 1424H, bandar Alor Setar telah diisytiharkan sebagai bandar raya Alor Setar ke-9 dengan gelaran Majlis Bandaraya Alor Setar selepas bandaraya-bandaraya Kuala Lumpur, Ipoh, Kuching Utara, Kuching Selatan, Johor Bahru, Kota Kinabalu, Shah Alam dan Melaka Bersejarah.

๐ŸŽ™๏ธ ๐๐Ž๐ƒ๐‚๐€๐’๐“ :  ๐‰๐€๐‘๐ˆ๐๐†๐€๐ ๐ˆ๐๐ƒ๐”๐’๐“๐‘๐ˆ ๐— ๐Š๐๐“๐Œ ๐€๐‹๐Ž๐‘ ๐’๐„๐“๐€๐‘ - โ€œ๐ƒ๐š๐ซ๐ข ๐Š๐š๐ฆ๐ฉ๐ฎ๐ฌ ๐Š๐ž ๐ˆ๐ง๐๐ฎ๐ฌ๐ญ๐ซ๐ขโ€Kampus dan industri, bila digabungkan pasti...
01/09/2026

๐ŸŽ™๏ธ ๐๐Ž๐ƒ๐‚๐€๐’๐“ : ๐‰๐€๐‘๐ˆ๐๐†๐€๐ ๐ˆ๐๐ƒ๐”๐’๐“๐‘๐ˆ ๐— ๐Š๐๐“๐Œ ๐€๐‹๐Ž๐‘ ๐’๐„๐“๐€๐‘ - โ€œ๐ƒ๐š๐ซ๐ข ๐Š๐š๐ฆ๐ฉ๐ฎ๐ฌ ๐Š๐ž ๐ˆ๐ง๐๐ฎ๐ฌ๐ญ๐ซ๐ขโ€

Kampus dan industri, bila digabungkan pasti ada cerita menarik! ๐Ÿ‘€โœจ

Jom ikuti LIVE PODCAST berkaitan dengan Jaringan Industri & KPTM Alor Setar dan dengarkan perkongsian menarik tentang hubungan, pengalaman serta kerjasama antara kampus dan industri. ๐ŸŽง๐Ÿ”ฅ

๐Ÿ“… 2 September 2026 | Rabu
โฐ 2:30 Petang
๐Ÿ“ฑ TikTok & YouTube KPTM Alor Setar

๐ŸŽ™๏ธ ๐๐Ž๐ƒ๐‚๐€๐’๐“ : ๐‰๐€๐‘๐ˆ๐๐†๐€๐ ๐ˆ๐๐ƒ๐”๐’๐“๐‘๐ˆ ๐— ๐Š๐๐“๐Œ ๐€๐‹๐Ž๐‘ ๐’๐„๐“๐€๐‘ - โ€œ๐ƒ๐š๐ซ๐ข ๐Š๐š๐ฆ๐ฉ๐ฎ๐ฌ ๐Š๐ž ๐ˆ๐ง๐๐ฎ๐ฌ๐ญ๐ซ๐ขโ€

Kampus dan industri, bila digabungkan pasti ada cerita menarik! ๐Ÿ‘€โœจ

Jom ikuti LIVE PODCAST berkaitan dengan Jaringan Industri & KPTM Alor Setar dan dengarkan perkongsian menarik tentang hubungan, pengalaman serta kerjasama antara kampus dan industri. ๐ŸŽง๐Ÿ”ฅ

๐Ÿ“… 2 September 2026 | Rabu
โฐ 2:30 Petang
๐Ÿ“ฑ TikTok & YouTube KPTM Alor Setar

๐Ÿ”ฅ Jangan lupa set reminder & join LIVE kami!
Jom dengarkan. Jom bersama kami! ๐ŸŽ™๏ธ









ISTIADAT PERBARISAN DAN PERARAKAN SEMPENA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN KE-69 PERINGKAT NEGERI KEDAH 2026Alor Setar, 31 Ogos ...
01/09/2026

ISTIADAT PERBARISAN DAN PERARAKAN SEMPENA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN KE-69 PERINGKAT NEGERI KEDAH 2026

Alor Setar, 31 Ogos 2026 - Sorotan foto (2/2) sambutan Hari Kebangsaan Ke-69 Peringkat Negeri Kedah 2026 yang telah berlangsung di Dataran Medan Bandar, Alor Setar.





ISTIADAT PERBARISAN DAN PERARAKAN SEMPENA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN KE-69 PERINGKAT NEGERI KEDAH 2026Alor Setar, 31 Ogos ...
01/09/2026

ISTIADAT PERBARISAN DAN PERARAKAN SEMPENA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN KE-69 PERINGKAT NEGERI KEDAH 2026

Alor Setar, 31 Ogos 2026 - Sorotan foto (1/2) sambutan Hari Kebangsaan Ke-69 Peringkat Negeri Kedah 2026 yang telah berlangsung di Dataran Medan Bandar, Alor Setar.





ISTIADAT PERBARISAN DAN PERARAKAN SEMPENA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN KE-69 PERINGKAT NEGERI KEDAH 2026Alor Setar, 31 Ogos ...
01/09/2026

ISTIADAT PERBARISAN DAN PERARAKAN SEMPENA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN KE-69 PERINGKAT NEGERI KEDAH 2026

Alor Setar, 31 Ogos 2026 - Sambutan Hari Kebangsaan Ke-69 Peringkat Negeri Kedah berjalan dengan penuh gilang-gemilang dengan dianggarkan kira-kira 45 ribu rakyat negeri Kedah membanjiri Dataran Medan Bandar bagi menyaksikan Istiadat Perbarisan dan Perarakan Sempena Sambutan Hari Kebangsaan Ke-69 Peringkat Negeri Kedah Darul Aman Tahun 2026. Istiadat Perbarisan dan Perarakan sempena Sambutan Hari Kebangsaan Ke-69 Peringkat Negeri Kedah telah disempurnakan oleh Sultan Negeri Kedah Darul Aman, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah.

โ€ŽIstiadat dimulakan dengan Kawalan Kehormatan Utama 'Hormat DiRaja' serta nyanyian lagu 'Allah Selamat Sultan' oleh Batalion Ke-6 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) bersama Panji-Panji Batalion yang terdiri daripada tiga pegawai dan 103 anggota lain-lain pangkat, diketuai Mejar Mohd Fauzi Abu Bakar dan diiringi gabungan Pancaragam Batalion Ke-2 dan Ke-6 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) di bawah pimpinan Pegawai Waran 2, Drum Mejar Zulkarnain Hashim.
โ€Ž
โ€ŽAcara diteruskan dengan persembahan koir oleh Koir Jabatan Pendidikan Negeri Kedah yang mendendangkan tiga buah lagu, iaitu 'Warisan', 'Sejahtera Malaysia' dan 'Untukmu Hijau Kuning' melibatkan gabungan pelajar dari Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Pak Kiau, Pokok Sena dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Baru Darulaman, Jitra.
โ€Ž
โ€ŽBilangan kontinjen yang terlibat dalam perbarisan dan perarakan pada tahun ini adalah sebanyak 96 kontinjen, yang mewakili Jabatan dan Agensi Kerajaan (Negeri & Persekutuan), PBT/ Badan Berkanun/ Swasta, Persatuan/ NGO/ Pertubuhan/ Kelab, Badan Beruniform Institusi Pendidikan (Sekolah/ Kolej/ IPTA/ IPTS), Pancaragam Sekolah Menengah, Pancaragam Sekolah Rendah, Badan Beruniform Kerajaan serta Kontinjen Pertunjukan termasuk persembahan kenderaan klasik dan jentera agensi.
โ€Ž
โ€ŽIstiadat turut diserikan dengan acara terbang lintas hormat sempena Sambutan Hari Kebangsaan Ke-69 melibatkan aset udara Angkatan Tentera Malaysia, iaitu tiga (3) buah pesawat Pilatus PC-7 MkII dari INSPEN 1 serta dua (2) buah pesawat EC 120B dari INSPEN 2 yang berpangkalan di Kolej Tentera Udara, Alor Setar.
โ€Ž
โ€ŽIstiadat Perbarisan dan Perarakan diteruskan dengan persembahan Tari Pencak Silat serta tarian Warna-Warna Malaysiaku yang dipersembahkan oleh Pesilat-pesilat Akademi Panglima dan Unit Kesenian dan Kebudayaan Negeri Kedah. Persembahan ini menggabungkan 236 murid serta 50 tenaga pengajar dari seluruh negeri Kedah.
โ€Ž
โ€ŽIstiadat diakhiri dengan penyampaian hadiah kawad kaki sempena perbarisan kemerdekaan sebelum keberangkatan pulang Tuanku Sultan Kedah, Kerabat-kerabat Diraja Kedah serta dif-dif kenamaan.
โ€Ž
โ€ŽBerangkat hadir sama Raja Muda Kedah, Duli Yang Teramat Mulia Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Sultan Sallehuddin; Tunku Mahkota Kedah, Duli Yang Amat Mulia Tunku Shazuddin Ariff Ibni Sultan Sallehuddin; Tunku Bendahara Kedah, Yang Teramat Mulia Dato' Seri DiRaja Tan Sri Tunku Abdul Hamid Thani Ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Tunku Temenggong Kedah, Yang Teramat Mulia Dato' Seri DiRaja Tan Sri Tunku Puteri Intan Syafinaz Almarhum Sultan Abdul Halim.
โ€Ž
โ€ŽHadir sama Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Muhammad Sanusi Md. Nor; Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Dato' Seri Norizan Khazali; Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah, Dato' Zubir Ahmad dan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesihatan Negeri, Mej (B) Mansor Zakaria merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kerja Istiadat Perbarisan dan Perarakan.





MBAS SERTAI PERBARISAN SEMPENA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN KE-69 PERINGKAT NEGERI KEDAH TAHUN 2026Alor Setar, 31 Ogos 2026 ...
01/09/2026

MBAS SERTAI PERBARISAN SEMPENA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN KE-69 PERINGKAT NEGERI KEDAH TAHUN 2026

Alor Setar, 31 Ogos 2026 - Majlis Bandaraya Alor Setar telah menyertai Perbarisan Sempena Sambutan Hari Kebangsaan ke-69 peringkat Negeri Kedah Tahun 2026yang telah diadakan bertempat di Dataran Medan Bandar, Alor Setar, pagi semalam. Pada kali ini MBAS menampilkan pakaian korporat dengan serba biru dan hijau membawa slogan "Perkhidmatan Tanpa Sempadan".

Kontinjen Kawad MBAS yang terdiri daripada 33 anggota dan 2 jurulatih diketuai oleh Encik Mohammad Nur Hamizan Bin Ismail. Tahniah diucapkan kepada Kontinjen Kawad MBAS di atas komitmen yang terbaik dalam Istiadat Perbarisan dan Perarakan Sempena Sambutan Hari Kebangsaan ke-69 peringkat Negeri Kedah Tahun 2026.






31/08/2026

TAHNIAH KONTINJEN MBAS ATAS SEMANGAT DAN KOMITMEN YANG TELAH DITUNJUKKAN.

Sempena Sambutan Hari Kebangsaan Ke - 69 Peringkat Negeri Kedah Tahun 2026.

31 Ogos 2026,
Alor Setar.

Pak Gafar
Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA
Warta Kedah
Berita RTM
Radio Malaysia Kedahfm



30/08/2026

LAUNGAN KERAMAT "MERDEKA" BERGEMA DI DATARAN STARWALK TEPAT DETIK 12 MALAM SERTA DIHIASI PERCIKAN BUNGA API.

31 Ogos 2026,
Alor Setar.

Pak Gafar
Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA
Warta Kedah
Berita RTM
Radio Malaysia Kedahfm



Send a message to learn more

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-69 & Hari Malaysia 2026! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พMarilah kita bersama-sama menyemarakkan semangat patrio...
30/08/2026

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-69 & Hari Malaysia 2026! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Marilah kita bersama-sama menyemarakkan semangat patriotisme dan memperkukuh perpaduan demi Malaysia yang terus maju, sejahtera dan harmoni.

โ€œMalaysia MADANI, Kesejahteraan Dinikmatiโ€

Ikhlas daripada Datuk Bandar, Setiausaha, Ahli Majlis dan seluruh warga kerja Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS).





๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN KE-69 | ZON 15 SIMPANG EMPAT ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พโ€œMERDEKA! TANAH AIRKU TERCINTAโ€ โค๏ธ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พAlhamdulillah, telah ber...
30/08/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN KE-69 | ZON 15 SIMPANG EMPAT ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

โ€œMERDEKA! TANAH AIRKU TERCINTAโ€ โค๏ธ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Alhamdulillah, telah berlangsung Program Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-69 anjuran Ahli Majlis Zon 15 (Simpang Empat), Tuan Haji Ridzuan bin Othman, PJK. (Ketua Whip) bertempat di Tapak Pekan Sehari, Kota Sarang Semut.

Program ini turut diserikan dengan kehadiran:

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ YB Mardhiyyah binti Johari
Ahli Dewan Undangan Negeri N.17 โ€“ Pengkalan Kundur

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ YB Dr. Ahmad Fakharuddin bin Fakhrurazi
Ahli Parlimen P.010 โ€“ Kuala Kedah

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Mohd Azizi bin Abdullah
Ahli Majlis Zon 1 โ€“ Kubang Rotan

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Puan Robiah binti Dahaman, PJK.
Ahli Majlis Zon 17 โ€“ Sena

Turut bersama Penghulu Mukim Sala Kecil, Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kota Sarang Semut serta Pasukan Bomba Sukarela Kota Sarang Semut.

๐ŸŽ‰ Program dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti menarik yang melibatkan komuniti setempat antaranya:

๐Ÿ”ธ Pertandingan Gubahan Pulut Kuning
๐Ÿ”ธ Pertandingan Kukur Kelapa
๐Ÿ”ธ Pertandingan Mewarna Kanak-kanak
๐Ÿ”ธ Pertandingan Karom
๐Ÿ”ธ Cabutan Bertuah
๐Ÿ”ธ Persembahan Gendang Silat & Silat
๐Ÿ”ธ Jualan Rahmah dan jualan awam
๐Ÿ”ธ Pameran serta aktiviti agensi dan pihak swasta
๐Ÿ”ธ Kenduri secara pakatan

Turut mengambil bahagian dalam pameran dan jualan ialah Kaunter Bayaran Cukai Pintu MBAS, Pejabat Kesihatan Daerah Kota Setar melalui ujian saringan kesihatan percuma dan kempen kesedaran Aedes, serta ADABI Alor Setar, Epi Herbs Coffee dan Prudential BSN Takaful.

Program sebegini bukan sahaja menyemarakkan semangat patriotisme dan kecintaan kepada tanah air, malah menjadi wadah untuk mengeratkan silaturahim, memperkukuh perpaduan serta mendekatkan hubungan antara pemimpin, agensi kerajaan dan masyarakat setempat.

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Kemerdekaan bukan sekadar sejarah untuk dikenang, tetapi amanah untuk terus dipelihara.

Semoga semangat Malaysia MADANI, perpaduan dan kecintaan kepada tanah air terus subur dalam diri setiap lapisan masyarakat.

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พโค๏ธ

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ”ฅ










[NOTIS MAKLUMAN: PERMOHONAN PERMIT SEMENTARA BERMUSIM SEMPENA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN PERINGKAT NEGERI KEDAH]Perhatian ...
30/08/2026

[NOTIS MAKLUMAN: PERMOHONAN PERMIT SEMENTARA BERMUSIM SEMPENA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN PERINGKAT NEGERI KEDAH]

Perhatian kepada para peniaga dan penjaja di sekitar Alor Setar!

Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) kini membuka permohonan bagi Permit Sementara Bermusim sempena Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Kedah.

Maklumat Tempat & Tarikh:
* Tarikh Permit: 31 Ogos 2026 (1 Hari Sahaja)
* Kuota Tapak: Terhad kepada 24 TAPAK SAHAJA (First Come First Served)

Jenis Jualan Dibenarkan:
* Pakaian, aksesori, mainan, dan perniagaan lain yang bersesuaian.
* Makanan & minuman berkonsepkan makanan ringan sahaja (tidak dibenarkan memasak/menggoreng di tapak).

Dokumen Yang Diperlukan:
* Borang Permohonan Permit Sementara Penjaja
* Salinan Kad Pengenalan Pemohon
* Salinan Sijil Kursus Pengendalian Makanan (Pemohon & Pembantu)
* Salinan Sijil Suntikan Typhoid (Pemohon & Pembantu)

Butiran Caj & Fee:
* Wang Proses & Sticker: RM 25.00
* Permit Sementara: RM 120.00
* Permit Khemah 10'x10': RM 1.00
* Cagaran Khemah: RM 150.00

Penyerahan Dokumen & Permohonan:
Permohonan boleh diakses melalui imbasan Kod QR pada poster atau diserahkan bersama dokumen lengkap secara terus sebelum 30 Ogos 2025 (4.00 petang) di alamat berikut:

๐Ÿ“ Alamat Penghantaran:
Bhg Pengurusan Pasar & Penjaja,
Jabatan Kesihatan Persekitaran, Majlis Bandaraya Alor Setar,
Tingkat 2, UTC Kedah.

๐Ÿ“ž Sebarang Pertanyaan:
Sila hubungi Bhg Pengurusan Pasar & Penjaja di talian 04-7308751.






Address

Jalan Kolam Air
Alor Setar
05675

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6047332499

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Majlis Bandaraya Alor Setar-MBAS posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Majlis Bandaraya Alor Setar-MBAS:

Shortcuts

Share