01/09/2026
🚨 PENAFIAN JAWATAN KOSONG | UiDA
Utiliti Infra Darulaman (UiDA) tidak melantik mana-mana ejen atau pihak ketiga untuk menguruskan proses pengambilan pekerja.
⚠️UiDA tidak bertanggungjawab terhadap sebarang iklan, pautan atau kod QR berkaitan jawatan kosong yang dikongsikan melalui saluran tidak rasmi.
📌Orang ramai dinasihatkan agar berwaspada terhadap iklan dan tawaran pekerjaan palsu. Sebarang maklumat peribadi, permintaan bayaran atau mengakses pautan dan kod QR yang terdapat dalam hebahan tersebut hendaklah dielakkan.
Sila dapatkan maklumat kerjaya yang sah hanya melalui laman web dan media sosial rasmi UiDA.
UiDA memandang serius sebarang penyalahgunaan nama, logo dan identiti UiDA.