JKR Kedah

JKR Kedah "PELANGGAN DIUTAMAKAN, JANJI DIKOTAKAN"

Perlukan bantuan atau ingin membuat aduan? Layari:
https://a

KUNJUNGAN HORMAT KETUA JURUTERA NEGERI (KEDAH & PERLIS) TENAGA NASIONAL BERHAD KE JKR NEGERI KEDAH 9 JULAI 2026Pengarah ...
10/08/2026

KUNJUNGAN HORMAT KETUA JURUTERA NEGERI (KEDAH & PERLIS) TENAGA NASIONAL BERHAD KE JKR NEGERI KEDAH

9 JULAI 2026

Pengarah JKR Negeri Kedah, Ir. Mohd Fisal bin Ismail, telah menerima kunjungan hormat daripada En. Ahmad Shahrimi bin Ismail, Ketua Jurutera Negeri (Kedah & Perlis), Tenaga Nasional Berhad (TNB) bersama pegawai-pegawai TNB.

Kunjungan hormat ini diadakan bagi memperkenalkan En. Ahmad Shahrimi bin Ismail selaku Ketua Jurutera Negeri (Kedah & Perlis) TNB yang baharu, di samping mengeratkan hubungan serta memperkukuh kerjasama strategik antara JKR Negeri Kedah dan Tenaga Nasional Berhad.
Pertemuan ini turut menjadi platform untuk bertukar pandangan serta membincangkan perkara-perkara berkaitan kepentingan bersama bagi memastikan hubungan kerjasama antara kedua-dua pihak terus diperkasakan.

Turut hadir dalam kunjungan tersebut ialah Tuan Ir. Muhammad Yusri Bin Hamid, Jurutera Awam Penguasa Bahagian Jalan dan Puan Ir. Amalina Binti Taib, Ketua Jurutera Elektrik Negeri serta Pegawai-pegawai TNB.
Semoga dengan pelantikan Ketua Jurutera Negeri (Kedah & Perlis) yang baharu ini, jalinan kerjasama yang erat antara JKR Negeri Kedah dan TNB akan terus diperkukuh demi kelancaran penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat.

Kementerian Kerja Raya Malaysia
Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )

08/08/2026
08/08/2026
08/08/2026

🎁 π—›π—”π——π—œπ—”π—› π—”π——π—”π—Ÿπ—”π—› 𝗕𝗒𝗠! πŸ’£

Penerimaan atau pemberian hadiah yang tidak mengikut peraturan boleh menimbulkan konflik kepentingan, menjejaskan integriti serta mencemarkan imej jabatan.

🚫 Tolak hadiah yang tidak sepatutnya.

🀝 Jika sukar untuk menolak, sila rujuk Ketua Jabatan bagi mendapatkan nasihat dan tindakan yang sewajarnya.
Marilah kita bersama-sama membudayakan integriti dalam setiap urusan dan memastikan penyampaian perkhidmatan awam sentiasa telus, amanah dan bebas rasuah.

π—§π—’π—Ÿπ—”π—ž π—›π—”π——π—œπ—”π—›. π—žπ—˜π—žπ—”π—Ÿπ—žπ—”π—‘ π—œπ—‘π—§π—˜π—šπ—₯π—œπ—§π—œ




03/08/2026
LAWATAN LIBAT URUS KPKR KE JKR KEDAH Pada  02 Ogos 2026 (Ahad), JKR Negeri Kedah menerima Lawatan Libat Urus daripada YB...
03/08/2026

LAWATAN LIBAT URUS KPKR KE JKR KEDAH

Pada 02 Ogos 2026 (Ahad), JKR Negeri Kedah menerima Lawatan Libat Urus daripada YBhg. Dato' Ir. Ibrahim bin Esa, Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia di JKR Negeri Kedah, Dewan Persidangan Aras 12, Bangunan Sultan Abdul Halim, Alor Setar.

Kehadiran YBhg. Dato' KPKR disambut oleh Pengarah JKR Kedah, Ir. Mohd Fisal bin Ismail, SDK., BCN. bersama warga kerja jabatan. Program sarat dengan perkongsian amanat khas daripada YBhg. Dato' KPKR, sesi pembentangan ringkas, serta sesi soal jawab interaktif.

Selesai sesi di dewan, YBhg. Dato' KPKR turut menyempurnakan Program Penyerahan Projek Menaiktaraf Fasiliti Rekreasi dan Sukan (iLead Park INTURA) dan merasmikan Dewan Al-Amin, INTURA.

Terima kasih diucapkan kepada YBhg. Dato' KPKR atas bimbingan dan amanat yang diberikan demi kelangsungan pembangunan infrastruktur terbaik di negeri Kedah.

"KEDAH SEJAHTERA NIKMAT UNTUK SEMUA"

Kementerian Kerja Raya Malaysia
Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )









Tahniah diucapkan kepada JKR DAERAH KOTA SETAR, JKR DAERAH PENDANG DAN JKR DAERAH S*K di atas pencapaian Gred A bagi Ses...
31/07/2026

Tahniah diucapkan kepada JKR DAERAH KOTA SETAR, JKR DAERAH PENDANG DAN JKR DAERAH S*K di atas pencapaian Gred A bagi Sesi Audit Dalaman Sistem Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (SPKKP) JKR Malaysia Tahun 2026.
Terima Kasih di Atas Komitmen Pihak Auditee.

Audit telah berlangsung dari 27/7/2026 hingga 30/7/2026

Kementerian Kerja Raya Malaysia
Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )

31/07/2026

Penyalahgunaan dadah bukan sahaja menyalahi undang-undang, malah menjejaskan integriti, produktiviti dan kepercayaan terhadap perkhidmatan awam.

Marilah bersama-sama memupuk budaya kerja yang berintegriti, bebas dadah dan beretika demi memastikan penyampaian perkhidmatan terbaik kepada rakyat.




Address

Bangunan Sultan Abdul Halim
Alor Setar
05000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when JKR Kedah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to JKR Kedah:

Shortcuts

Share