03/09/2026
EXIT CONFERENCE NAZIRAN PEMATUHAN PERAKAUNAN AKRUAN HASIL DI JKDM DURIAN BURUNG
ALOR SETAR, 3 September 2026 – Selesai sudah sesi Exit Conference Naziran Pematuhan Perakaunan Akruan Hasil di JKDM Durian Burung yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 4, Blok B, Kompleks Kastam Alor Setar.
Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Ketua Bahagian PERTEK; YBrs. Tuan Mohd Rosli bin Said, turut serta Pasukan Naziran daripada Cawangan Akaun, JKDM Ibu Pejabat yang diketuai oleh YBrs. Puan Joliah binti Mahmud.
Sesi ini bukan sekadar pembentangan dapatan naziran, tetapi turut menjadi ruang untuk bertukar pandangan, mendapatkan penjelasan serta mengenal pasti ruang-ruang penambahbaikan dalam aspek pematuhan Perakaunan Akruan Hasil.
Komitmen dan kerjasama semua pihak amat penting bagi memastikan pengurusan perakaunan hasil jabatan terus dilaksanakan dengan cekap, teratur, tepat dan berintegriti.
Terima kasih dan tahniah kepada semua yang terlibat dalam menjayakan sesi naziran ini.
©️2026 Unit Korporat & Latihan | Jabatan Kastam Diraja Malaysia Negeri Kedah