JPN Kedah - Jabatan Pendidikan Negeri Kedah

JPN Kedah - Jabatan Pendidikan Negeri Kedah Informasi terkini dari Jabatan Pendidikan Negeri Kedah

πŸ”΄ INSIDEN KEBAKARAN DI SK BALINGJPN KEDAH TURUN SEGERA KE LOKASIHari ini, 21 November 2025, telah berlaku insiden kebaka...
21/11/2025

πŸ”΄ INSIDEN KEBAKARAN DI SK BALING

JPN KEDAH TURUN SEGERA KE LOKASI

Hari ini, 21 November 2025, telah berlaku insiden kebakaran di Blok B, Sekolah Kebangsaan Baling sekitar jam 10.45 pagi. Alhamdulillah, tiada murid atau guru berada di sekolah kerana hari ini merupakan cuti mingguan bagi Kedah.

Pasukan Bomba tiba dengan segera dan berjaya memadamkan api sepenuhnya pada jam 12.45 tengah hari.

Ketika operasi pemadaman sedang berlangsung, Ketua Penolong Pengarah Kanan Sektor Pengurusan Sekolah yang menjalankan tugas Timbalan Pengarah SPS, Encik Wan Nor Azman Zainol, BCK., telah hadir ke lokasi untuk mendapatkan maklumat awal dan menyelaras tindakan bersama PPD Baling serta pihak keselamatan.

Pada petang ini, Tuan Pengarah Pendidikan Negeri Kedah, Encik Abdul Rahim bin Mat, AMK., BCK., turut turun ke SK Baling bagi meninjau bangunan terjejas dan berbincang mengenai langkah pemulihan segera.

TNB telah menutup bekalan elektrik bagi tujuan keselamatan, manakala JKR Elektrik dan JKR Bangunan akan menjalankan pemeriksaan lanjut. Sebagai langkah sementara, PdPR akan bermula pada 23 November 2025 sehingga keselamatan bangunan dipastikan.

JPN Kedah komited memastikan keselamatan murid dan warga sekolah sentiasa menjadi keutamaan. Terima kasih kepada pasukan Bomba, PPD Baling dan semua pihak terlibat atas tindakan pantas dan kerjasama yang diberikan.




πŸ”°MAJLIS ANUGERAH BINTANG SK KILIM PULAU LANGKAWI KEDAHTARIKH : 20 NOVEMBER 2025/KHAMISMASA : 9.00 PAGITEMPAT : SK KILIM ...
20/11/2025

πŸ”°MAJLIS ANUGERAH BINTANG SK KILIM PULAU LANGKAWI KEDAH

TARIKH : 20 NOVEMBER 2025/KHAMIS
MASA : 9.00 PAGI
TEMPAT : SK KILIM PULAU LANGKAWI KEDAH

Yang Teramat Mulia
Dato’ Seri DiRaja Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz binti
Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah,
Tunku Temenggong Kedah, Merangkap
Pengerusi Yayasan Sultanah Bahiyah dan
Duli Yang Amat Mulia
Raja Puan Muda Perak Darul Ridzuan,
Tunku Soraya binti Almarhum Sultan Abdul Halim Mu'adzam
Shah, Ahli Lembaga Amanah
Yayasan Sultanah Bahiyah,
Merangkap Pengerusi Program Pendidikan YSB berkenaan untuk berangkat menyempurnakan majlis.

Turut hadir Ybrs Encik Abdul Rahim Bin Mat,
Pengarah Pendidikan,
Jabatan Pendidikan Negeri Kedah, Tuan Haji Zulkifli bin Abdullah, Mewakili Tuan Pegawai DaerahLangkawi,
Puan Adira Binti Samsudin,
Guru Besar
SK Kilim, Encik Ahmad Fuad bin Ishak,
Mewakili Ketua Pegawai Eksekutif LADA Langkawi dan
Encik Mohamad Fisol bin Mohd Salleh,
Pegawai Pendidikan Daerah, Pejabat Pendidikan Daerah Langkawi.



πŸ”°MAJLIS PENYERAHAN BANGUNAN BENGKEL SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA (OPERASI PENGELUARAN TANAMAN) PPKI SMK LANGKAWI PULAU TUBAT...
19/11/2025

πŸ”°MAJLIS PENYERAHAN BANGUNAN BENGKEL SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA (OPERASI PENGELUARAN TANAMAN) PPKI SMK LANGKAWI PULAU TUBA

TARIKH : 19 NOVEMBER 2025
MASA : 5.30 PETANG
TEMPAT: SMK LANGKAWI PULAU TUBA

Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri Kedah En Abdul Rahim bin Mat AMK,.BCK. hadir menyempurnakan Majlis Penyerahan Bangunan Bengkel Sijil Kemahiran Malaysia Operasi Pengeluaran Tanaman PPKI SMK Langkawi Pulau Tuba.

πŸ“ŒKepentingan Bengkel SKM
β€’ Selaras hasrat KPM memperkukuh laluan kemahiran untuk murid PPKI.
β€’ Bengkel membolehkan murid memperoleh Sijil Kemahiran Malaysia
dalam bidang pertanian.
β€’ Sokong agenda pendidikan inklusif β€œno one left behind”.
β€’ Kemahiran operasi tanaman: hidroponik, fertigasi, penyediaan media,
nutrien, penuaian.

Turut hadir Dalam majlis Ini Pegawai Pendidikan Daerah, Pejabat Pendidikan Daerah Langkawi En Mohamad Fisol bin Mohd Salleh, Pegawai-pegawai Jabatan Pendidikan Negeri Kedah Dan Pejabat Pendidikan Daerah Langkawi Serta Pasukan Kontraktor yang menyiapkan Projek ini.

πŸ“ŒManfaat kepada Murid PPKI
β€’ Ruang latihan praktikal yang selamat & sistematik.
β€’ Meningkatkan kemahiran motor, disiplin kerja, kefungsian harian &
keyakinan diri.
β€’ Peluang keusahawanan & penghasilan tanaman sebenar.
β€’ Persediaan untuk laluan kerjaya asas pertanian atau latihan industri


πŸ”°SINERGI BERSAMA-SAMA JABATAN KOMUNIKASI KOMUNITI (J-KOM) ZON UTARATARIKH : 19 NOVEMBER 2025MASA : 9.00 PAGIPengarah Pen...
19/11/2025

πŸ”°SINERGI BERSAMA-SAMA JABATAN KOMUNIKASI KOMUNITI (J-KOM) ZON UTARA

TARIKH : 19 NOVEMBER 2025
MASA : 9.00 PAGI

Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri Kedah En Abdul Rahim bin Mat AMK,.BCK. Menerima kunjungan daripada En Azizi bin Azizan, Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti J-KOM Zon Utara bagi mengadakan sinergi bersama Jabatan Pendidikan Negeri Kedah.


✨ π‘Ίπ™€π‘²π˜Όπ‘³π™π‘΅π™‚ 𝙏𝑨𝙃𝑡𝙄𝑨𝙃  ✨Jabatan Pendidikan Negeri Kedah merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Encik Abdul Rahim ...
17/11/2025

✨ π‘Ίπ™€π‘²π˜Όπ‘³π™π‘΅π™‚ 𝙏𝑨𝙃𝑡𝙄𝑨𝙃 ✨
Jabatan Pendidikan Negeri Kedah merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Encik Abdul Rahim Bin Mat, AMK., BCK., Pengarah Pendidikan Negeri Kedah, atas pengiktirafan berprestij π—”π—¦π—œπ—” π—˜π——π—¨π—–π—”π—§π—œπ—’π—‘ 𝗔π—ͺ𝗔π—₯𝗗 : β€œπ‘©π’†π’”π’• π‘°π’π’Šπ’•π’Šπ’‚π’•π’Šπ’—π’† π’Šπ’ π‘°π’π’„π’π’–π’”π’Šπ’π’ 𝒂𝒏𝒅 π‘Ύπ’†π’π’π’ƒπ’†π’Šπ’π’ˆβ€ daripada Asia Education Conclave 2025.

Penghargaan ini merupakan pengiktirafan antarabangsa terhadap komitmen beliau dalam memperkasa inklusiviti, kesejahteraan dan ekosistem pendidikan yang seimbang untuk semua warga pendidik serta murid di Negeri Kedah.

Dengan kepimpinan beliau yang berwibawa, JPN Kedah terus mara dalam usaha memacu kecemerlangan pendidikan, selaras dengan aspirasi Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera dan gagasan Generasi MADANI.

Tahniah dan syabas, Tuan Pengarah!
Daripada seluruh Warga Pendidikan Negeri Kedah.







πŸ”°WACANA KEPIMPINAN - PERMERKASAAN WARDEN ASRAMA NEGERI KEDAH 2025πŸ“† 11 November 2025⏰ 12.30 Tengah Hari πŸ“Œ SMK TUNKU SULON...
11/11/2025

πŸ”°WACANA KEPIMPINAN - PERMERKASAAN WARDEN ASRAMA NEGERI KEDAH 2025

πŸ“† 11 November 2025
⏰ 12.30 Tengah Hari
πŸ“Œ SMK TUNKU SULONG

Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri Kedah, En Abdul Rahim bin Mat, hadir bertemu dengan semua Ketua Warden Sekolah Berasrama Negeri Kedah. Dalam kesempatan pertemuan ni, Pengarah sempat berkongsi Tentang Pentingnya "Immediate Reform", terutamanya bila melibatkan pengurusan asrama khususnya dalam Negeri Kedah.

PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA

MENERAJUI REFORMASI PENDIDIKAN MEMBINA GENERASI MADANI

TAHNIAH PASUKAN SMK AGAMA KEDAH! Seramai 12 orang murid SMK Agama Kedah telah mengharumkan nama negeri di 10th Internati...
08/11/2025

TAHNIAH PASUKAN SMK AGAMA KEDAH!

Seramai 12 orang murid SMK Agama Kedah telah mengharumkan nama negeri di 10th International Young Mathematicians Convention (IYMC), Lucknow, Uttar Pradesh, India pada 3 hingga 6 November 2025. Bersaing dengan 10 Negara lain iaitu India, Vietnam, South Africa, Filipina, Thailand, Uganda, Indonesia, Nepal dan Bangladesh.

πŸ† Keputusan & Nama Penuh Pemenang:

1️⃣ Crack The Code – Senior Category (Puzzle Challenge)
πŸ₯ˆ 1st Runner Up

2️⃣ Math Mania – Senior Category (Team Contest)
πŸ₯‰ 2nd Runner Up
- SYIFA BINTI ISWARDI
- AUFA MAISARAH BINTI MOHD MUNAWWAR FAZLI
- KHALILAH AUFA BINTI MOHAMAD KHADAFI

3️⃣ Math Mania – Senior Category (Team Contest)
πŸ₯‰ 2nd Runner Up
- MUHAMMAD NAWFAL BIN MOHD LUKMANUDDIN
- AHMAD ZIKRI BIN AZIZI
- AHMAD AFIF HAZIQ BIN AZAHARI

4️⃣ Crack The Code – Junior Category (Puzzle Challenge)
πŸ₯‰ 2nd Runner Up
- AISYAH NUR IMAN FAUDZI
- AZWA SAFRINA BINTI MOHAMMAD FAISAL
- AMEERAH HUDA MOHAMMAD SUKRI

5️⃣ Math Wiz – Junior Category (Individual Contest)
πŸ₯‰ Bronze Medal
- MUHAMMAD NAUFAL BIN ASROL FAIZAL
-AZWA SAFRINA BINTI MOHAMMAD FAISAL

πŸ‘πŸΌ Tahniah kepada semua murid, barisan guru pembimbing dan pentadbir sekolah!
Terima kasih tidak terhingga kepada ibu bapa yang sentiasa menyokong penyertaan anak-anak dalam pertandingan antarabangsa. Kemenangan ini mengangkat martabat Kedah dan Malaysia di persada dunia. πŸ‡²πŸ‡Ύ

Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera
Menerajui Reformasi Pendidikan Membina Generasi MADANI

πŸ”°Majlis Perasmian Penutupan Pesta Persatuan Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan Pelajaran Kedah (PSKPPK) 2025. πŸ—“οΈ08 Novemb...
08/11/2025

πŸ”°Majlis Perasmian Penutupan Pesta Persatuan Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan Pelajaran Kedah (PSKPPK) 2025.
πŸ—“οΈ08 November 2025
⏰6.00 Petang
πŸ“ŒStadium Arena MPKP

Majlis Perasmian Disempurnakan Oleh Ybrs En Abdul Rahim bin Mat, AMK,.BCK. Yang Dipertua PSKPPK. PSKPPK Daerah Kubang Pasu dinobatkan Sebagai Johan Keseluruhan PSKPPK pada Tahun ini.

Keputusan PenuhπŸ‘
https://pskppk2025.snn2u.com/index.php/keputusan/keputusan-penuh
Syabas Dah Tahniah

Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera
Menerajui Reformasi Pendidikan Membina Generasi MADANI

πŸ”°Alhamdulillah, pencapaian sekolah sekolah Kedah di *Majlis Apresiasi Murid Fasih Digital (MAMFD)* peringkat kebangsaan,...
08/11/2025

πŸ”°Alhamdulillah, pencapaian sekolah sekolah Kedah di *Majlis Apresiasi Murid Fasih Digital (MAMFD)* peringkat kebangsaan, sempena *Konvensyen Dasar Pendidikan Digital 2025* | 7-9 Nov 2025, WTC Kuala Lumpur:

1. *PERTAMA*: EXPERIENCE AI CHALLENGE (SEK RENDAH) - SK PENDANG
2. ⁠*PERTAMA*: AIROBOTIK (MYRC) SEK MEN - PERTAMA SMK DATO' SYED OMAR
3. ⁠*PERTAMA*: MINECRAFT EDUCATION CHALLENGE (SR PEND KHAS): SJKC PENG MIN⁠
4. ⁠*KEDUA*: EXPERIENCE AI CHALLENGE (SEK MEN) - SMA SAADAH ALDINIAH AL ISLAMIAH
5. *KEDUA*: REKA EDUKIT (MYRC) : SMK DATO' SYED OMAR
6. ⁠ ⁠*KEDUA*: PEMBANGUNAN APLIKASI ANDROID (SM) - SMK TUNKU ABDUL AZIZ
7. ⁠⁠*KEDUA*: DIGITAL STORYTELLING ANIMATION (2D - SM) - SMK JERAI
8. ⁠⁠*KEDUA*: DIGITAL STORYTELLING ANIMATION (3D - SR) - SJKC CHUNG HWA
9. ⁠*KEDUA*: CANVA : Future Cities-Imagine, Invent & Innovate - SJKC PENG MIN
10. ⁠*KEDUA* : CIPTA IDEA PROJEK AI MDEC-AI LABS - KOLEJ MATRIKULASI KEDAH
11. ⁠⁠⁠*KETIGA* : EXPERIENCE AI CHALLENGE (SEK RENDAH) - PADANG PEKAN⁠
12. ⁠*KETIGA*: DRONE EDU CHALLENGE (SR TAHAP 2)- SK KUALA TERIANG
13. ⁠⁠*KETIGA*: DIGITAL STORYTELLING ANIMATION (2D - SR) - SK BERAPIT
14. ⁠*KELIMA*: CIPTA IDEA PROJEK AI MDEC-AI LABS - SM TEKNIK ALOR SETAR

Tahniah, Tahniah Dan Tahniah πŸ₯°πŸ‘




Sekalung Tahniah Dan Penghargaan Kepada YB Fadhlina Sidek, Menteri Pendidikan, apabila dilantik sebagai Ahli Lembaga Eks...
08/11/2025

Sekalung Tahniah Dan Penghargaan Kepada YB Fadhlina Sidek, Menteri Pendidikan, apabila dilantik sebagai Ahli Lembaga Eksekutif Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) bagi penggal 2025 hingga 2029.

Setinggi-tinggi tahniah dan Penghargaan daripada Seluruh Warga Pendidikan Negeri Kedah



πŸ”°BENGKEL KERJA PEMANTAPAN PENGURUSAN PRASEKOLAH BAGI PEMBANTU PENGURUSAN MURID (PPM) BAHARU NEGERI KEDAH TAHUN 2025πŸ“†04 N...
04/11/2025

πŸ”°BENGKEL KERJA PEMANTAPAN PENGURUSAN PRASEKOLAH BAGI PEMBANTU PENGURUSAN MURID (PPM) BAHARU NEGERI KEDAH TAHUN 2025

πŸ“†04 NOVEMBER 2025
⏰5.00 PETANG
πŸ“ŒHOTEL LANGKASUKA LANGKAWI

"Tiada yang tidak Penting, Semua Penting" itulah Ungkapan En Abdul Rahim bin Mat, AMK,.BCK. Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri Kedah Kepada Semua Warga Pendidikan yang disantuninya. Bagi Tuan Pengarah, Semua Peringkat adalah penting. Baik Kumpulan Pengurusan Tertinggi sehingga lah kepada Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP). Semua pihak berperanan dalam memartabatkan Pendidikan Khususnya Dalam Negeri Kedah. Biarpun sibuk mengemudi 'Bahtera Pendidikan Negeri Kedah'. Supaya Tiada yang terpinggir.

Menerajui Reformasi Pendidikan Membina Generasi MADANI

Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera

πŸ”° LAWATAN PENGARAH PENDIDIKAN JABATAN PENDIDIKAN NEGERI KEDAH MENYANTUNI MURID SK PIDA 3 YANG KEHILANGAN AYAHANDA TERCIN...
03/11/2025

πŸ”° LAWATAN PENGARAH PENDIDIKAN JABATAN PENDIDIKAN NEGERI KEDAH MENYANTUNI MURID SK PIDA 3 YANG KEHILANGAN AYAHANDA TERCINTA

TARIKH : 02 NOVEMBER 2025
HARI : AHAD
MASA: 11.00 PAGI
LOKASI : KAMPUNG PIDA 3

En Abdul Rahim bin Mat,AMK.,BCK. Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri Kedah hadir Menyantuni Dua orang murid SK PIDA 3, yang kehilangan ayahanda tercinta dalam satu kejadian pada petang Jumaat Lalu. Pihak JPN Kedah bersedia membantu dua orang murid ini daripada aspek pendidikan dan juga psikologi. Turut hadir dalam lawatan ini ialah Hj Ishak bin Zulkifli, Pegawai Pendidikan Daerah, Pejabat Pendidikan Daerah Kubang Pasu.

Address

Kompleks Pendidikan Jalan Stadium
Alor Setar
05604

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6047404000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when JPN Kedah - Jabatan Pendidikan Negeri Kedah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to JPN Kedah - Jabatan Pendidikan Negeri Kedah:

Share