11/07/2024
IJTIMAK IMAM KARIAH PERINGKAT NEGERI KEDAH TAHUN 2024
11 JULAI 2024 (KHAMIS), ALOR SETAR – Ijtimak Imam Kariah Peringkat Negeri Kedah Tahun 2024 bertempat di Dewan Seri Mentaloon Alor Setar dihadiri lebih kurang seramai 500 Pegawai Masjid dari seluruh Negeri Kedah.
Aturcara Ijtimak ini bermula dengan sesi pembentangan pertama (1) oleh YBhg. Tuan Haji Yasim bin Muhamad, Pengarah Urusan Al-Huda Management Training and Consultant yang bertajuk “ Transformasi Masjid Negeri Kedah Ke Arah Masjid Dinamik ”. Manakala sesi kedua (2) p**a dibentangkan oleh Sohibul Fadhilah Dato’ Syeikh Ismi Anuar bin Haji Abdul Halim, Timbalan Pengarah (Operasi), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK) yang bertajuk “ Maqasid Syariah Dalam Mengurus Tadbir Institusi Masjid ”.
Ijtimak ini dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi bin Md Nor, Menteri Besar Negeri Kedah. Turut hadir YB Dato’ Ustaz Mohd Azam bin Abd Samat, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Agama, Komunikasi dan Penerangan, YBhg. Dato’ Dr. Haji Abd. Ghani @ Zulkifli bin Haji Zainuddin, Pengarah JHEAIK, Sohibul Fadhilah Dato’ Syeikh Ismi Anuar bin Haji Abdul Halim, Timbalan Pengarah (Operasi), JHEAIK, Sohibul Fadhilah Tuan Syeikh Azhari bin Mohamad, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Dakwah, JHEAIK, Sohibul Fadhilah Tuan Syeikh Zainul Jamal bin Abdul Ghani, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pengurusan Masjid dan Surau, JHEAIK, Ketua-Ketua Penolong Pengarah, JHEAIK, Pegawai Agama Daerah, Penolong Pegawai Agama Daerah dan Pegawai Hal Ehwal Islam.
Usai Ijtimak, YAB Menteri Besar beramah mesra dan bergambar bersama peserta-peserta Ijtimak yang hadir.