RISDA KEDAH UTARA

RISDA KEDAH UTARA Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from RISDA KEDAH UTARA, Government Official, PEJABAT RISDA KOTA SETAR/KUBANG PASU/PENDANG/LANGKAWI, BANGUNAN RISDA Jalan TELOK WANJAH, Alor Setar.

PEMANTAUAN PROGRAM PRASARANA LADANG🟢PRASARANA LADANG KG POKOK LANJUT🟢PRASARANA LADANG KG KOLOT
19/07/2026

PEMANTAUAN PROGRAM PRASARANA LADANG

🟢PRASARANA LADANG KG POKOK LANJUT

🟢PRASARANA LADANG KG KOLOT

19/07/2026
14 JULAI 2026 I SELASA I ALOR SETARMAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN PEGAWAI RISDA DAERAH BERSAMA KAKITANGAN PEJABAT RISDA DAER...
14/07/2026

14 JULAI 2026 I SELASA I ALOR SETAR

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN PEGAWAI RISDA DAERAH BERSAMA KAKITANGAN PEJABAT RISDA DAERAH KOTA SETAR/KUBANG PASU/POKOK SENA/LANGKAWI BIL. 6

Telah berlangsung Majlis Perhimpunan Bulanan Pegawai RISDA Daerah bersama Kakitangan Pejabat RISDA Daerah Kota Setar/Kubang Pasu/Pokok Sena/Langkawi Bil. 6 yang menghimpunkan seluruh warga kerja dalam usaha memperkukuh penyampaian perkhidmatan serta memupuk semangat kebersamaan.

Majlis dimulakan dengan Taklimat Google Workspace yang disampaikan oleh Encik Mohd Anas Bin Shafie, bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran warga kerja dalam penggunaan platform digital bagi memperkasakan kecekapan pengurusan pejabat.

Majlis diteruskan dengan Ucapan Aluan oleh Pegawai RISDA Daerah, yang turut menyampaikan amanat serta penghargaan kepada seluruh warga kerja atas komitmen dan dedikasi dalam melaksanakan tanggungjawab.

Turut diadakan ialah:
🏅 Penyampaian Sijil Penghargaan
🌟 Penyampaian Sijil Cemerlang Bulanan
🎂 Penyampaian Kad Hari Lahir kepada warga kerja yang menyambut ulang tahun kelahiran bagi bulan julai.

Semoga majlis seperti ini terus menjadi platform untuk menghargai sumbangan warga RISDA, mengeratkan hubungan silaturahim serta menyuntik semangat ke arah penyampaian perkhidmatan yang lebih cemerlang.

06/07/2026
30 JUN 2026 I SELASA I DPL KG PAYA, POKOK SENALAWATAN PEMANTAUAN KE DEPO PENGUMPULAN LATEKS (DPL) KAMPUNG PAYA, POKOK SE...
01/07/2026

30 JUN 2026 I SELASA I DPL KG PAYA, POKOK SENA

LAWATAN PEMANTAUAN KE DEPO PENGUMPULAN LATEKS (DPL) KAMPUNG PAYA, POKOK SENA

Pegawai RISDA Daerah En. Mohd Zulkhairi Bin Mohd Radzi bersama Pegawai Pengembangan Negeri Encik Syahid Adil Bin Mohamad Amin telah mengadakan lawatan ke Depo Pengumpulan Lateks (DPL) Kampung Paya, Pokok Sena bagi memantau aktiviti jualan lateks serta meninjau kelancaran operasi pengumpulan hasil pekebun kecil.

Lawatan ini bertujuan untuk:
✅ Memantau urusan jualan dan pemasaran lateks di peringkat DPL.
✅ Memastikan pengurusan pengumpulan lateks berjalan dengan teratur dan cekap.
✅ Mendapatkan maklum balas daripada pengusaha serta pekebun kecil bagi meningkatkan keberkesanan perkhidmatan RISDA.
✅ Menggalakkan pekebun kecil menjual hasil melalui DPL bagi memperoleh harga yang kompetitif dan pulangan yang lebih baik.

💰 Harga lateks pada 30 Jun 2026 : RM9.65/kg
Belian Lateks oleh RISDA Plantation Sdn Bhd ( Cawangan Kedah Utara )

Turut hadir:
• Puan Sabariah Binti Abdul Halim, Ketua Unit Produktiviti dan Pemasaran
• Puan Norlida Binti Din, Ketua Unit Pengembangan
• En. Saad Bin Majid Ketua Stesen Pokok Sena

Semoga usaha pemantauan dan kerjasama berterusan ini dapat memperkukuhkan sistem pemasaran hasil getah serta meningkatkan pendapatan pekebun kecil.

Daripada Allah kita datang, kepada-Nya jua kita kembali.إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَDengan penuh rasa du...
13/06/2026

Daripada Allah kita datang, kepada-Nya jua kita kembali.
إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Dengan penuh rasa dukacita, dimaklumkan bahawa bonda kepada YB Haji Manndzri Hj Nasib ,Allahyarhamah Hajjah Ngainon Binti Kasmoin, telah kembali ke rahmatullah pada kira-kira jam 1.30 pagi tadi.

Marilah kita bersama-sama menghadiahkan bacaan Al-Fatihah dan mendoakan agar Allah SWT mengampunkan segala dosa Allahyarhamah, mencucuri rahmat ke atas rohnya serta menempatkannya dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Amin Ya Rabbal Alamin.

Salam takziah diucapkan kepada YB Haji Manndzri Haji Nasib Pengerusi RISDA serta seluruh ahli keluarga. Semoga diberikan kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi ujian ini.

Cc MBJ Onn Hafiz Ghazi

SOROTAN LAWATAN  TSB DAN PEMANTAUAN DEPO DPS & DPL BAGI PROGRAM PEMASARAN RISDA DAERAH KOTA SETAR/KUBANG PASU/POKOK SENA...
10/06/2026

SOROTAN LAWATAN TSB DAN PEMANTAUAN DEPO DPS & DPL BAGI PROGRAM PEMASARAN RISDA DAERAH KOTA SETAR/KUBANG PASU/POKOK SENA/LANGKAWI

Turut terlibat ;

•En. Mohd Zulkhairi Bin Mohd Radzi
(Pegawai Risda Daerah)
•Pn. Sabariah Bt Abdul Halim
(Penyelaras Unit Produktiviti & Pemasaran Daerah)
•En. Muad Bin Abdullah
(Ketua Stesen RISDA Kubang Pasu)
•Pn. Hafizah binti abu
(Pen.Peg.Pertanian)






Address

PEJABAT RISDA KOTA SETAR/KUBANG PASU/PENDANG/LANGKAWI, BANGUNAN RISDA Jalan TELOK WANJAH
Alor Setar
05200

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when RISDA KEDAH UTARA posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to RISDA KEDAH UTARA:

Shortcuts

Share