Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah

Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah Laman Facebook Rasmi Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah

Anugerah Sukan untuk Semua Kini Kembali! 🔥⚡️Di sebalik pembangunan sukan di peringkat akar umbi, ada insan dan organisas...
03/09/2026

Anugerah Sukan untuk Semua Kini Kembali! 🔥⚡️

Di sebalik pembangunan sukan di peringkat akar umbi, ada insan dan organisasi yang memilih untuk bergerak, menggerak dan memberi inspirasi. 🇲🇾
Kini, tiba masanya mereka diraikan dan diiktiraf - Anugerah Sukan Untuk Semua hadir sebagai penghargaan kepada para penggiat yang terus memastikan sukan diperkasakan di segenap peringkat. ⚡️

Kami menjemput seluruh warganegara Malaysia untuk bersama menyertai Anugerah Sukan untuk Semua Peringkat Kebangsaan Tahun 2026 yang telah membuka tirai secara rasmi tertakluk kepada terma dan syarat! 🏁

Majlis penyampaian anugerah akan disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri bersempena dengan sambutan Hari Sukan Negara pada 10 Oktober 2026 (Sabtu) di Pekarangan TM Stadium Nasional, Bukit Jalil. 🏅

Ini pentas anda, ini ruang anda - medan meraikan wira sukan yang mungkin tidak selalu di pentas, tetapi sentiasa berada di lapangan. 🫡
Sukan untuk Semua, JBSN Komited 💪


KBSMalaysia Taufiq Johari Mordi Bimol Rahimi Ismail Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
🔗 Syarat
https://drive.google.com/.../1sELYVZ5zxmtOAKfF.../view...
🔗 Soalan Lazim
https://drive.google.com/.../1oQU4IWlKinpzUTYeJAr.../view...
🔗 Borang Penyertaan
https://forms.gle/HjKbW9Djz2G8piPC8

🔥KEM RAKAN MUDA PERINGKAT NEGERI KEDAH 2026🔥🏕️🏕️ LOKASI: Dima Garden, Kedah📅 TARIKH: 27 – 30 Ogos 202630 Ogos 2026, Sung...
02/09/2026

🔥KEM RAKAN MUDA PERINGKAT NEGERI KEDAH 2026🔥🏕️

🏕️ LOKASI: Dima Garden, Kedah
📅 TARIKH: 27 – 30 Ogos 2026

30 Ogos 2026, Sungai Petani- Satu program kepimpinan dan kepemudaan yang memupuk semangat patriotisme, ketahanan fizikal, serta jati diri belia Negeri Kedah akan berlangsung selama 4 hari 3 malam di persekitaran semula jadi Dima Garden.

Program ini merangkumi pelbagai aktiviti latihan berpasukan, modul pembangunan sahsiah, dan cabaran fizikal untuk melahirkan generasi belia yang berdaya saing dan berwawasan.

Turut hadir Puan Salwa binti Senawi, Penolong Pengarah Kanan Rakan Muda bagi merasmikan majlis penutup Kem Rakan Muda Peringkat Negeri Kedah 2026.

31/08/2026
Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke-69! 🔥⚡️Malaysia hari ini meraikan Sambutan Hari Kebangsaan 2026 dalam suasana penuh...
31/08/2026

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke-69! 🔥⚡️

Malaysia hari ini meraikan Sambutan Hari Kebangsaan 2026 dalam suasana penuh gilang-gemilang dengan tema “Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati”.

Marilah kita terus menyemarakkan semangat cinta akan negara, menghargai kepelbagaian dan bersama-sama menggerakkan Malaysia ke arah masa depan yang lebih gemilang, sejahtera dan makmur. 🚀

Merdeka! Merdeka! Merdeka! 🗯️

⏰RAKAN PRIHATIN: HERO TERAKHIR⏰29 Ogos 2026, Sungai Petani- Perkongsian ilmu yang amat bermanfaat. Program Rakan Prihati...
29/08/2026

⏰RAKAN PRIHATIN: HERO TERAKHIR⏰

29 Ogos 2026, Sungai Petani- Perkongsian ilmu yang amat bermanfaat. Program Rakan Prihatin: Hero Terakhir yang merupakan Kursus Pengurusan Jenazah telah dilaksanakan di Masjid Al Ikhlas Pulau Sepom, Tikam Batu dan disampaikan oleh Tuan Ahmad Sobri. Kursus ini memberikan pendedahan dan bimbingan secara mendalam mengenai tatacara pengurusan jenazah mengikut syariat.

Program ini turut dihadiri oleh Puan Salwa binti Senawi, Penolong Pengarah Kanan Rakan Muda, bagi menyokong kelancaran majlis dan memberi sokongan kepada para peserta.
Semoga segala ilmu dan kemahiran yang dipelajari sepanjang kursus ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya serta memberi kebaikan kepada seluruh masyarakat. Terima kasih diucapkan kepada penceramah dan semua peserta yang hadir dalam menjayakan program⚡️

🎙️ SUARA BELIA DAN PENGGERAK SUKAN ASAS UNTUK KITA BERGERAK BERSAMA! 🔥⚡️Alor Setar, 28 Ogos 2026 | YB Dr. Mohammed Taufi...
29/08/2026

🎙️ SUARA BELIA DAN PENGGERAK SUKAN ASAS UNTUK KITA BERGERAK BERSAMA! 🔥⚡️

Alor Setar, 28 Ogos 2026 | YB Dr. Mohammed Taufiq Johari, Menteri Belia dan Sukan telah hadir ke Jelajah Kita Dengar: Sesi Libat Urus Belanjawan Belia MADANI 2027 Peringkat Zon Utara yang berlangsung di KOMBES Negeri Kedah, Alor Setar. 📍

Sesi ini menjadi ruang penting untuk mendengar pandangan, idea dan harapan daripada akar umbi — khususnya golongan belia dan penggerak sukan — sebagai persediaan menjelang pembentangan Belanjawan 2027 pada Oktober nanti. 💬🙌

Majlis turut diserikan dengan kehadiran Dato’ Rahimi Ismail, Ketua Setiausaha KBS dan Puan Azura Abidin, Ketua Pengarah JBSN, bersama-sama warga belia Zon Utara yang hadir membawa suara dan aspirasi mereka. 🤝

Ini bukan sekadar sesi duduk dan dengar! 🚀
Kita Dengar. Kita Bincang. Kita Gerakkan! 🏁🔥

Demi masa depan belia yang lebih inklusif, progresif dan penuh peluang — suara anda, inspirasi kami! 💪🏻🇲🇾

🚨 LAWATAN KERJA KSU KE KOMBES KEDAH 🧗‍♂️🏟️Alor Setar, 29 Ogos 2026 | Dalam kesibukan menghadiri Program Sesi Libat Urus ...
29/08/2026

🚨 LAWATAN KERJA KSU KE KOMBES KEDAH 🧗‍♂️🏟️

Alor Setar, 29 Ogos 2026 | Dalam kesibukan menghadiri Program Sesi Libat Urus Belanjawan Belia MADANI semalam, YBhg. Dato’ Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Belia dan Sukan Dato` Rahimi bin Ismail hari ini turut meluangkan masa mengadakan lawatan ke Kompleks Belia dan Sukan (KOMBES) Negeri Kedah bagi melihat sendiri operasi serta kemudahan fasiliti yang tersedia. 👀✨

Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah, Puan Azura Hj Sarbin turut bersama-sama memberikan penerangan berkaitan peranan dan fungsi KOMBES, di samping membawa YBhg. Dato’ KSU meninjau fasiliti-fasiliti yang terdapat di kompleks ini. 🤝

Turut menjadi tumpuan ialah lawatan ke projek pembangunan dan naik taraf fasiliti Wall Climbing yang sedang dilaksanakan dan dijangka siap pada September 2026. 💪🧗‍♀️

Komitmen berterusan dalam memperkasa kemudahan sukan demi menyediakan fasiliti terbaik untuk belia dan masyarakat! 🔥🇲🇾






SukanUntukSemua

⚽🔥 PIALA YB DUN SIDAM 2026 MELABUHKAN TIRAI!Sekitar Majlis Perasmian, Penutupan dan Penyampaian Hadiah Pertandingan Bola...
28/08/2026

⚽🔥 PIALA YB DUN SIDAM 2026 MELABUHKAN TIRAI!

Sekitar Majlis Perasmian, Penutupan dan Penyampaian Hadiah Pertandingan Bola Sepak U18 Piala YB DUN Sidam 2026 yang berlangsung meriah di Padang Awam Seksyen 3, Bandar Puteri Jaya, Sungai Petani! 🏆⚽

Majlis telah disempurnakan oleh YB Encik Bau Wong A/L Bau Ek, ADUN Sidam, diiringi Puan Azura binti Hj. Sarbin, Pengarah JBSN Kedah. Sebanyak 12 pasukan bawah 18 tahun telah berentap dengan penuh semangat juang, disiplin dan aksi bertenaga! 💪🔥

Syabas kepada Persatuan Peminat Bola Sepak Bandar Puteri Jaya selaku penganjur serta semua pasukan dan pihak yang menjayakan kejohanan ini. Teruskan mencungkil bakat muda dan semarakkan budaya bersukan! ⚽🙌

🇲🇾🕌 SEMANGAT CINTA RASUL, CINTA NEGARA TERUS SEMARAK! ❤️✨Sekitar Program Semarak Cinta Rasul Sempena Sambutan Maulidur R...
28/08/2026

🇲🇾🕌 SEMANGAT CINTA RASUL, CINTA NEGARA TERUS SEMARAK! ❤️✨

Sekitar Program Semarak Cinta Rasul Sempena Sambutan Maulidur Rasul & Hari Kebangsaan Peringkat Parlimen Sungai Petani 1448H/2026 yang berlangsung meriah di Masjid Kariah Bandar Perdana, Sungai Petani pada 25 Ogos 2026! 🔥

Majlis penutupan telah disempurnakan oleh YB Dr. Mohammed Taufiq bin Johari, Menteri Belia dan Sukan, diiringi Puan Azura binti Hj. Sarbin, Pengarah JBSN Kedah. 💪 Turut sama, warga JBSN Kedah menyertai Perarakan Maulidur Rasul bersama kira-kira 3,000 peserta daripada pelbagai lapisan masyarakat. 🙌

Pelbagai aktiviti menarik seperti memanah, pertandingan, pameran kesihatan dan program kebajikan menjadikan sambutan kali ini penuh warna! 🎯🎨❤️ Cinta Rasul, semangat kebangsaan dan perpaduan—memang padu! 🇲🇾✨

TeamKBS TeamJBSN TaufiqJohari

Suara Belia - Agenda Utama Belanjawan Belia MADANI 2027! 🔥⚡️Apa yang golongan belia perlukan di bawah Belanjawan 2027? I...
27/08/2026

Suara Belia - Agenda Utama Belanjawan Belia MADANI 2027! 🔥⚡️

Apa yang golongan belia perlukan di bawah Belanjawan 2027? Ini platform anda suarakan pandangan, idea dan buah fikiran! 💬

Jom hadir ke Jelajah Kita Dengar: Sesi Libat Urus Belanjawan Belia MADANI 2027 bagi Zon Utara seperti berikut: 👇

🗓️ : 28 Ogos 2026 (Jumaat)
⏰ : 8.00 malam
📍 : Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kedah, Alor Setar

Ini bukan sekadar sesi libat urus — Kita Dengar. Kita Bincang. Kita Gerakkan! 🏁

Menggerak Belia MADANI, JBSN Komited 💪



KBSMalaysia Taufiq Johari Mordi Bimol Rahimi Ismail Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara

Address

Alor Setar
06550

Telephone

+6047324500

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share