Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Kota Setar

Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Kota Setar Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Kota Setar
Aras 1, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Kedah,
Jalan Stadium, Alor Setar

31/08/2026
28/08/2026

KEM BELIA @ RAKAN PRIHATIN PERINGKAT DAERAH KOTA SETAR 2026

Baling, Kedah 26 Ogos 2026 , Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Kota Setar dengan kerjasama Kelab Belia Harmoni Gunung Keriang telah melaksanakan Kem Belia @ Rakan Prihatin Peringkat Daerah Kota Setar pada 20 hingga 22 Ogos 2026 bertempat di Kompleks Rakan Muda Baling, Kedah.

Seramai 40 orang peserta telah menyertai kem ini dan mereka terdiri daripada 8 buah sekolah di sekitar kota setar.Antaranya ialah SMK Kubang Rotan, SMK Sri Ampang, SMK Tunku Abd Aziz, SMK Alor Merah , SMK Darulaman , SMK Pokok Sena , SMK Dato Wan Mohd Saman dan SMK Tunku Abdul Rahman

Antara objektif Kem ini adalah untuk memberi kesedaran tentang matlamat hidup dan tanggungjawab untuk diri sendiri, keluarga, bangsa dan negara.Antara agensi kerajaan yang terlibat dalam pengisian slot adalah daripada Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah, Pejabat Kesihatan Daerah Kota Setar dan Pejabat AADK Daerah Baling

Majlis perasmian penutup di sempurnakan oleh Puan Nazifah BINTI Muhammad Zubir, Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Kota Setar

Terima kasih di ucapkan kepada ketua komanden kem , barisan fasilitator dan urusetia yang telah memberi komitmen yang tinggi selama 3 hari 2 malam dalam menjayakan Kem Belia ini

Taniah dan Terima Kasih



✨ Anda belia berumur 18–30 tahun? Ini peluang anda untuk mengasah kreativiti dan kemahiran dalam sektor kreatif!💡🎨✨JOM S...
18/08/2026

✨ Anda belia berumur 18–30 tahun? Ini peluang anda untuk mengasah kreativiti dan kemahiran dalam sektor kreatif!💡

🎨✨JOM SERTAI PROGRAM YOUNG HEREOS @ RAKAN MAHIR!✨🎨

Jom sertai cabaran ini dan mulakan langkah anda dengan aktiviti di bawah:
✅ Bengkel interaktif & latihan kemahiran
✅ Cabaran idea kreatif & sesi pitching
✅ Pameran & aktiviti jaringan kerjasama
✅ Kemuncak showcase di peringkat kebangsaan

Apa anda akan dapat?
🎯 Kenal apa itu ekonomi jingga & potensi dunia kreatif
🎯 Nampak peluang kerja dan jana income dalam bidang kreatif
🎯 Upgrade skill kreatif & digital melalui latihan hands-on 🚀

🚀 Jangan lepaskan peluang untuk menonjolkan kreativiti anda dan bersaing hingga ke peringkat kebangsaan!

📲 Daftar sekarang & mulakan perjalanan anda dalam dunia kreatif!

01/08/2026

FINAL KEJOHANAN PICKLEBALL PERINGKAT DAERAH KOTA SETAR DI ALOR STAR PICKLEBALL MERGONG , ANJURAN KELAB BELIA HARMONI GUNUNG KERIANG

MAJLIS PERUNDINGAN BELIA NEGARA (MPBN)  PERKUKUH AGENDA PEMBANGUNAN BELIA DAERAH KOTA SETARALOR SETAR | 23 Julai 2026 , ...
24/07/2026

MAJLIS PERUNDINGAN BELIA NEGARA (MPBN) PERKUKUH AGENDA PEMBANGUNAN BELIA DAERAH KOTA SETAR

ALOR SETAR | 23 Julai 2026 , Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Peringkat Daerah Kota Setar telah berjaya dilaksanakan hasil kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kota Setar, Pejabat Daerah dan Tanah Kota Setar serta Majlis Belia Daerah Kota Setar bertempat di Bilik Gerakan, Pejabat Daerah dan Tanah Kota Setar.

Persidangan yang dipengerusikan oleh Tuan Azmin bin Zainol Abidin, Pegawai Daerah Kota Setar, telah menghimpunkan seramai 35 orang ahli majlis yang terdiri daripada wakil jabatan dan agensi kerajaan, serta barisan Exco dan badan gabungan Majlis Belia Daerah Kota Setar.

Pelbagai usul berkaitan pembangunan belia telah dibentangkan dan dibahaskan secara konstruktif dalam suasana yang harmoni. Perbincangan ini menjadi platform penting untuk memperkukuh kerjasama strategik antara agensi kerajaan dan kepimpinan belia dalam merangka inisiatif yang lebih berkesan demi kesejahteraan serta pembangunan belia di daerah Kota Setar.

Turut hadir ialah Puan Nazifah binti Muhammad Zubir, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kota Setar, serta Encik Mohammad Shukran bin Mohd Ribi, Pengerusi Majlis Belia Daerah Kota Setar.

Semoga segala usul dan cadangan yang dibincangkan dapat diterjemahkan kepada tindakan yang memberi manfaat kepada belia, seterusnya menyokong aspirasi Malaysia MADANI dalam melahirkan generasi muda yang berdaya saing, berintegriti dan berwawasan.

IMBASAN LIGA SUKAN KOMUNITI PERINGKAT NEGERI KEDAH 2026.Alor Setar Kedah- 11 Julai 2026 berlangsungnya Liga Sukan Komuni...
17/07/2026

IMBASAN LIGA SUKAN KOMUNITI PERINGKAT NEGERI KEDAH 2026.

Alor Setar Kedah- 11 Julai 2026 berlangsungnya Liga Sukan Komuniti Peringkat Negeri Kedah bertempat di D-Futsal Centre T**i Gajah bagi acara Futsal dan Bola Jaring dan di Kompleks Belia Dan Sukan Kedah bagi Acara Bola Tampar.

Tahniah diucapkan kepada enam pasukan dari Daerah Kota Setar yang telah layak mewakili Daerah Kota Setar ke LSK Peringkat Negeri Kedah. Tahniah kepada Pasukan Futsal Kota Setar B : Naib Johan dan Pasukan Bola Jaring Kota Setar B : Naib Johan . Manakala Pasukan Bola Tampar Kota Setar A berjaya sehingga ke Peringkat Suku Akhir.

Terima kasih diucapkan kepada semua Pengurus dan Jurulatih Pasukan yang telah memberikan komitmen yang sangat baik.

Majlis Penyampaian hadiah telah Disempurnakan oleh En Mohd Hanaffi Bin A Rahman Timbalan Pengarah Sukan Jabatan Belia Dan Sukan Kedah serta Puan Salwa Binti Senawi Penolong Pengarah Rakan Muda Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Kedah.

SESI TAKLIMAT PENGURUS PASUKAN DAN PENYERAHAN JERSI LIGA SUKAN KOMUNITI PERINGKAT NEGERI KEDAH Alor Setar Kedah- 10 Jula...
10/07/2026

SESI TAKLIMAT PENGURUS PASUKAN DAN PENYERAHAN JERSI LIGA SUKAN KOMUNITI PERINGKAT NEGERI KEDAH

Alor Setar Kedah- 10 Julai 2026 telah berlangsungnya sesi Taklimat kepada Pengurus pasukan Liga Sukan Komuniti Peringkat Negeri Kedah di Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Kedah untuk 3 acara yang akan dipertandingkan pada kejohanan yang akan berlangsung pada 11 Julai 2026 bagi acara Futsal Lelaki, Bola Jaring Wanita dan Bola Tampar Lelaki.
Taklimat Pengurus Pasukan telah disampaikan oleh En Karim Khan Pegawai Unit Pembangunan Sukan Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Kedah bersama Teknikal daripada KFA, Persatuan Bola Jaring Negeri Kedah dan Persatuan Bola Tampar Negeri Kedah.
Gimik penyerahan jersi kepada 6 pasukan yang mewakili Daerah Kota Setar disampaikan oleh Puan Nazifah Binti Muhamad Zubir Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Kota Setar.
Selamat berjuang diucapkan kepada semua pasukan yang mewakili Daerah Kota Setar ke Peringkat Negeri Kedah.


Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah

Program MADANI Kita kini di Sungai Petani🌾Ayuh sama-sama kita memeriahkan lagi program dengan mendapatkan pelbagai perkh...
10/07/2026

Program MADANI Kita kini di Sungai Petani🌾

Ayuh sama-sama kita memeriahkan lagi program dengan mendapatkan pelbagai perkhidmatan kerajaan terutamanya melibatkan pembangunan belia dan sukan⚡️

📅 17 Julai 2026
⏰ 7.00 pagi hingga 6.00 petang
📍 Padang Awam Bandar Puteri Jaya, Sungai Petani

Membawakan tema “Aktif Bersama Komuniti”, nantikan senarai penuh pengisian dan aktiviti yang akan dikongsikan sedikit masa lagi! 📝


Taufiq Johari

Address

Alor Setar

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6047300952

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Kota Setar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share