Bahagian Arkitek JKR Kedah

Bahagian Arkitek JKR Kedah Berperanan dalam menyediakan reka bentuk bangunan, reka bentuk hiasan dalaman dan lanskap bagi projek-projek Negeri dan Persekutuan di Negeri Kedah.

26 JULAI 2026 | AHAD"Terima kasih kerana pernah menjadi sebahagian daripada perjalanan hidup dibahagian arkitek JKR Nege...
31/07/2026

26 JULAI 2026 | AHAD

"Terima kasih kerana pernah menjadi sebahagian daripada perjalanan hidup dibahagian arkitek JKR Negeri Kedah "

Pada hari yang penuh bermakna ini, kita berhimpun bagi meraikan dan mengucapkan selamat maju jaya kepada 2 orang Arkitek JKR Negeri Kedah, En Mohammad Afiez bin Abdul Rahim,En Mohamad Hafiz Bin Hassan atas kenaikkan pangkat dan telah bertukar tugas ke JKR perlis & JKR Pulau pinang. Kita juga telah kehilangan lagi seorang TA yang telah ditukarkan ke Jabatan Pengairan & saliran Kulim iaitu Puan Norisah Binti Bahrudin. Bagi pihak seluruh warga kerja, kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas segala jasa, sumbangan, komitmen, dan dedikasi yang telah dicurahkan sepanjang berkhidmat bersama kami.

Sepanjang tempoh perkhidmatan, Tidak dinafikan mereka telah menunjukkan profesionalisme, integriti, dan semangat kerjasama yang tinggi sehingga memberi impak positif kepada organisasi serta menjadi inspirasi kepada rakan-rakan sekerja.

Walaupun perpisahan ini pastinya meninggalkan rasa kehilangan, kami percaya bahawa pertukaran ini merupakan satu langkah ke hadapan dalam perkembangan kerjaya beliau. Semoga segala pengalaman dan kecemerlangan yang telah ditunjukkan di sini akan terus menjadi pemangkin kejayaan di tempat baharu.

Kami mendoakan agar mereka sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan, serta terus mencapai kecemerlangan dalam setiap amanah yang dipikul.

terima kasih atas segala bakti dan jasa. Selamat maju jaya dan semoga ukhwah serta hubungan silaturahim yang terjalin akan terus berkekalan walau di mana jua bertugas.

Pada masa yang sama, kelab kebajikan bahagian arkitek juga telah memberikan sumbangan "anak cemerlang & Sambung belajar" kepada waris staff bahagian arkitek iaitu :-

1- Arkitek penguasa, Encik Suhaili
2- En Sapari Hasbullah
3- Puan Intan Liyana

Akhir sekali, Sumbangan kelahiran Cahayamata juga turut disumbangkan dan telah diserahkan kepada staff bahagian arkitek yang baru sahaja menerima kelahiran baby baharu,sumbangan ini diserahkan kepada :-

1- Puan Sahiliya
2- Encik Issaini
3- Puan Azlina

Kementerian Kerja Raya Malaysia
Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )






.kitekKedah

26 JULAI 2026 | AHAD Lawatan tapak hari ini adalah bagi meninjau projek yang telah berjaya disiapkan sepenuhnya mengikut...
30/07/2026

26 JULAI 2026 | AHAD

Lawatan tapak hari ini adalah bagi meninjau projek yang telah berjaya disiapkan sepenuhnya mengikut skop yang telah dipersetujui sebelum sesi penyerahan rasmi kepada pihak pelanggan Institut Perguruan Kampus Darul Aman (IPDA).

Lawatan ini juga turut dihadiri oleh semua staff bahagian Arkitek JKR Negeri Kedah & projek ini dikelola oleh En Basuni selaku TA yang dipertanggungjawabkan, Syabas & Tahniah diucapkan pada Encik basuni.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh pasukan dan semua pihak yang terlibat atas dedikasi dan kerjasama yang cemerlang.

Semoga projek ini memenuhi jangkaan semua pihak pada masa akan datang & dapat memenuhi keperluan serta memberikan manfaat yang berpanjangan. Terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan komitmen sepanjang pelaksanaan projek ini.

Kementerian Kerja Raya Malaysia
Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )






.kitekKedah

KENYATAAN SEBUTHARGANO TAWARAN : ARKITEK 02/2026SKOP KERJA : KERJA-KERJA PERPINDAHAN DAN UBAHSUAI PEJABAT JABATAN PENDAF...
30/07/2026

KENYATAAN SEBUTHARGA
NO TAWARAN : ARKITEK 02/2026
SKOP KERJA : KERJA-KERJA PERPINDAHAN DAN UBAHSUAI PEJABAT JABATAN PENDAFTARAN NEGARA MALAYSIA (JPNM) DAERAH BALING, KEDAH.

Tawaran ini adalah dipelawa kepada kontraktor-kontraktor G2 (CIDB) yang berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) yang beralamat di Negeri Kedah di bawah Kod Bidang CIDB B07 (kebenaran khas tidak dibenarkan) serta yang masih dibenarkan membuat kerja-kerja sebutharga adalah dipelawa untuk menyertai sebutharga dibawah ini :-

26 JULAI 2026 | AHAD 👣Program yang telah dijalankan bawah Kelab Kebajikan & sosial bahagian Arkitek JKR Negeri Kedah iai...
28/07/2026

26 JULAI 2026 | AHAD 👣

Program yang telah dijalankan bawah Kelab Kebajikan & sosial bahagian Arkitek JKR Negeri Kedah iaitu "BRISKWALK" telah berlangsung dengan jayanya hasil kerjasama dan komited semua staff yang terlibat.

Terima kasih kepada semua staff , urus setia dan pihak yang telah memberikan sokongan. Semoga segala usaha yang dicurahkan menjadi manfaat, mengeratkan ukhwah dan memberi impak positif kepada semua terutamnya kesihatan yang menjadi impak besar nadi dalam kehidupan seseorang.

Jalan kaki laju (brisk walk) nampak mudah, tapi sebenarnya antara senaman paling berkesan untuk kesihatan jika dibuat secara konsisten.

Kajian menunjukkan brisk walk boleh membantu menguatkan jantung, melancarkan peredaran darah, membakar kalori, mengawal berat badan, menurunkan risiko diabetes dan tekanan darah tinggi, serta membantu mengurangkan stres. Badan pun rasa lebih bertenaga dan tidur lebih lena.

Tak perlu tunggu badan cergas baru nak mula. Mulakan dengan langkah kecil hari ini, lama-lama ia jadi rutin yang memberi manfaat besar untuk kesihatan.

Kementerian Kerja Raya Malaysia
Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )






.kitekKedah

28/07/2026
20/06/2026

Di sebalik setiap kejayaan, pasti ada pengorbanan seorang ayah yang tidak pernah mengenal lelah. Kasih, didikan dan pengorbanan yang dicurahkan menjadi asas kekuatan dalam membentuk keluarga yang bahagia serta generasi yang berjaya.

Sempena sambutan Hari Bapa, Jabatan Kerja Raya Malaysia merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua bapa atas segala jasa, pengorbanan dan kasih sayang yang tidak ternilai.

“Sehebat Kasih Bapa”

Selamat Hari Bapa 2026.

Ikhlas daripada
Pengurusan Tertinggi dan Warga JKR Malaysia.




10/06/2026

Sekalung tahniah dan syabas kepada YBhg. Dato’ Ir. Ibrahim bin Esa atas pelantikan sebagai Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya Malaysia. Semoga amanah yang dipikul dapat dilaksanakan dengan cemerlang.

Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )
Kementerian Kerja Raya Malaysia

10/05/2026

Ibu adalah insan yang sentiasa menjadi sumber kekuatan, kasih sayang dan inspirasi dalam setiap langkah kehidupan.

Buat semua ibu di Malaysia, khususnya warga JKR yang cekal menggalas amanah di rumah dan di tempat kerja, terima kasih atas segala pengorbanan, kasih sayang serta doa yang tidak pernah putus.

Semoga semua ibu sentiasa dikurniakan kesihatan, kebahagiaan dan rahmat yang berpanjangan.

Selamat Hari Ibu 2026

Ikhlas daripada
Pengurusan Tertinggi & Seluruh Warga JKR Malaysia



30/04/2026

Assalamualaikum wbt dan Selamat Sejahtera

Setiap usaha kecil, adalah langkah besar menuju kejayaan!
Selamat Hari Pekerja!

Daripada warga JKR Negeri Kedah

Address

Tingkat 4 Bangunan Sultan Abdul Halim, Jalan Sultan Badlishah
Alor Setar
05582

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

047748068

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bahagian Arkitek JKR Kedah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Bahagian Arkitek JKR Kedah:

Shortcuts

Share