Armada Bersatu Kedah

Armada Bersatu Kedah Page rasmi Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) Parti Pribumi Bersatu Malaysia Kedah ๏ฟฝ

26/03/2026

๐ˆ๐’๐” ๐Š๐„๐๐€๐ˆ๐Š๐€๐ ๐‡๐€๐‘๐†๐€ ๐Œ๐ˆ๐๐˜๐€๐Š

๐—ฅ๐—”๐—ž๐—ฌ๐—”๐—ง ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—Ÿ๐—จ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ฆ๐—”๐—ก, ๐—•๐—จ๐—ž๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—˜๐—ž๐—”๐——๐—”๐—ฅ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—˜๐—ฆ๐—จ๐—”๐—œ๐—”๐—ก ๐——๐—”๐—ฆ๐—”๐—ฅ

ARMADA Bahagian Kubang Pasu menyokong kenyataan Ketua ARMADA Malaysia, YB Muhammad Hilman Idham, berhubung isu kenaikan harga minyak yang berkuat kuasa hari ini, 26 Mac 2026.

Rakyat tidak menolak realiti ekonomi, tetapi mereka menuntut keadilan dalam cara beban itu diagihkan.

Kenaikan harga minyak bukanlah isu terpencil, sebaliknya ia adalah pemangkin kepada tekanan ekonomi yang lebih luas. Berdasarkan rekod data terdahulu oleh Department of Statistics Malaysia, komponen pengangkutan menyumbang sekitar 14%โ€“15% kepada Indeks Harga Pengguna (CPI), menjadikannya antara penyumbang utama kepada inflasi negara. Ini bermakna sebarang kenaikan harga bahan api akan memberi kesan langsung kepada kadar inflasi keseluruhan.

Sebagai rujukan, pada tahun 2022 ketika harga minyak global melonjak, Malaysia merekodkan kadar inflasi tahunan sekitar 3.3%, antara yang tertinggi dalam tempoh sedekad, dengan komponen pengangkutan mencatat peningkatan ketara.

Malah, analisis oleh Bank Negara Malaysia menunjukkan bahawa kenaikan kos bahan api mempunyai kesan limpahan (spillover effect) kepada harga makanan dan perkhidmatan, khususnya melalui peningkatan kos logistik dan pengedaran.

Dalam masa yang sama, adalah tidak memadai untuk kerajaan mengaitkan kenaikan ini semata-mata kepada konflik geopolitik di Asia Barat tanpa penjelasan menyeluruh.

Berdasarkan laporan kewangan terdahulu oleh Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS), keuntungan syarikat meningkat ketara ketika harga minyak dunia tinggi, sebagai contoh PETRONAS yang mencatat keuntungan bersih melebihi RM100 bilion pada tahun 2022 susulan lonjakan harga minyak mentah global.

Justeru, persoalan yang timbul adalah,

Apakah unjuran peningkatan hasil negara daripada PETRONAS susulan kenaikan harga minyak global ketika ini?

Bagaimana lebihan hasil ini dimanfaatkan untuk melindungi rakyat?

Adakah mekanisme penstabilan harga telah diaktifkan secara optimum seperti mana sebelum ini?

Rakyat berhak mengetahui sama ada hasil tambahan ini dikembalikan dalam bentuk subsidi bersasar, bantuan tunai, atau intervensi harga.

Lebih membimbangkan adalah laporan berkaitan kemungkinan pengurangan kuota subsidi RON95 daripada 300 liter kepada 200 liter. Sekiranya ini dilaksanakan, impaknya bukan sahaja kepada pengguna individu, malah berdasarkan corak penggunaan isi rumah yang dilaporkan oleh DOSM, majoriti isi rumah berpendapatan sederhana bergantung kepada penggunaan petrol melebihi 200 liter sebulan, khususnya di kawasan separa bandar dan luar bandar.

Selain itu, kestabilan harga diesel perlu diberi perhatian serius. Pengalaman pelaksanaan penyasaran subsidi diesel pada tahun 2024 menunjukkan bahawa sektor logistik mengalami pelarasan kos yang ketara dalam tempoh awal pelaksanaan, sebelum distabilkan melalui intervensi kerajaan. Ini membuktikan bahawa diesel mempunyai kesan langsung terhadap rantaian bekalan makanan dan barangan asas.

Dalam konteks pengurusan fiskal, kerajaan juga perlu menjawab persoalan asas. Laporan Ketua Audit Negara saban tahun terus menegaskan isu ketirisan dan pembaziran dalam perbelanjaan awam yang masih belum ditangani secara menyeluruh.

Maka, timbul persoalan, mengapa rakyat perlu dibebankan terlebih dahulu sebelum reformasi dalaman dilaksanakan sepenuhnya?

Jelas, pelarasan harga minyak yang berkuat kuasa hari ini memberi kesan besar kepada rakyat. Kerajaan harus tampil dengan penjelasan yang telus serta pelan tindakan yang konkrit dan meyakinkan.

Kami menggesa, antara langkah yang perlu disegerakan oleh kerajaan Madani hari ini adalah:

1.Membentangkan justifikasi terperinci kenaikan harga minyak bersandarkan data semasa.

2.Mengumumkan pelan perlindungan rakyat yang jelas dan bersasar.

3.Menjamin kestabilan harga diesel bagi melindungi rantaian bekalan.
4.Menyatakan secara terbuka unjuran hasil negara daripada sektor petroleum serta mekanisme pengagihannya.

Kerajaan tidak boleh sekadar mengumumkan kenaikan, tetapi wajib hadir dengan jawapan. Ini hak rakyat Malaysia !

Adam Radzi

21/02/2026
21/02/2026

๐Š๐”๐๐€๐๐† ๐๐€๐’๐” - ๐๐„๐‘๐’๐€๐“๐”

Sebagai Ketua ARMADA Kubang Pasu, saya ingin menzahirkan sokongan penuh dan tidak berbelah bahagi terhadap kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia.

Keputusan ini bukanlah pendirian peribadi, tetapi merupakan keputusan kolektif yang telah dibincang dan dipersetujui di peringkat ARMADA Bahagian Kubang Pasu. Setelah menilai landskap politik semasa, cabaran dalaman parti serta keperluan kestabilan organisasi, kami berpandangan bahawa kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin masih relevan, berpengalaman dan mampu memimpin parti menghadapi fasa politik yang semakin mencabar.

ARMADA Kubang Pasu meyakini bahawa kekuatan parti bergantung kepada disiplin organisasi, kesetiaan kepada struktur kepimpinan, serta kematangan dalam mengurus perbezaan pandangan. Dalam mana-mana parti demokratik, ruang untuk berbeza pendapat sentiasa wujud. Namun, perbezaan tersebut sewajarnya disalurkan melalui saluran yang betul dan berlandaskan Perlembagaan parti.

Sehubungan itu, mana-mana pihak atau individu yang tidak bersetuju dengan kepimpinan Presiden mempunyai hak untuk mencabar secara terbuka dan berprinsip melalui proses pemilihan parti yang sah.

Alternatifnya, mereka juga boleh memilih haluan masing-masing termasuk menyatakan sokongan kepada tokoh lain seperti Bekas Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Datoโ€™ Seri Hamzah Zainudin pada bila-bila masa sekiranya itu diyakini sebagai pilihan terbaik mereka. Namun, tindakan yang melemahkan parti melalui polemik terbuka atau gerakan tidak berstruktur hanya akan merugikan perjuangan keseluruhan.

ARMADA Kubang Pasu kekal komited untuk memperkukuh parti di akar umbi, mempertahankan prinsip perjuangan, dan memastikan kestabilan kepimpinan terus terpelihara demi kepentingan ahli, rakyat dan masa depan parti.

Sekian, terima kasih.

Adam Radzi
Ketua Armada Kubang Pasu

02/02/2026

๐‰๐€๐๐†๐€๐ ๐’๐„๐‘๐€๐‡๐Š๐€๐ ๐๐€๐๐ƒ๐€๐‘, ๐‰๐€๐๐†๐€๐ ๐†๐€๐ƒ๐€๐ˆ๐Š๐€๐ ๐Œ๐„๐‹๐€๐˜๐”

๐—ž๐˜‚๐—ฏ๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ฃ๐—ฎ๐˜€๐˜‚ ๐— ๐˜‚๐—ป๐—ด๐—ธ๐—ถ๐—ป ๐—›๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐—œ๐—ป๐—ถ ๐—ฆ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐˜, ๐—˜๐˜€๐—ผ๐—ธ ๐—•๐—ฒ๐—น๐˜‚๐—บ ๐—ง๐—ฒ๐—ป๐˜๐˜‚

Cadangan memperkenalkan Pilihan Raya Datuk Bandar bukan satu reformasi.
Ia adalah eksperimen politik berisiko tinggi yang mengancam struktur kuasa negara dan kelangsungan Melayu-Bumiputera dalam ekosistem bandar.

ARMADA Kubang Pasu berpandangan tegas dan konsisten:
tidak semua jawatan strategik negara wajar ditundukkan kepada undi popular, lebih-lebih lagi apabila implikasinya bersifat kekal dan sukar diperbetulkan.

Ini bukan soal parti.
Ini soal siapa menguasai bandar, siapa menentukan masa depan, dan siapa akhirnya tersingkir di tanah sendiri.

Bandar Adalah Medan Kuasa, Bukan Sekadar Pentadbiran

Datuk Bandar bukan penjawat kecil.
Jawatan ini mengawal Polisi guna tanah, Kelulusan pembangunan, Lesen perniagaan, Perancangan bandar jangka panjang, Arah ekonomi setempat.

Dalam teori โ€œPolitical Economyโ€, siapa mengawal bandar, mengawal modal dan migrasi. Dan siapa mengawal modal, akhirnya mengawal politik nasional. Maka meletakkan jawatan sepenting ini ke dalam gelanggang pilihan raya tanpa mekanisme perlindungan nasional adalah kecuaian strategik.

Berdasarkan Demografi Bandar, ini adalah Fakta dan bukanlah Perkauman

Kita tidak bercakap atas dasar sentimen.
Kita bercakap atas data dan pola sejarah.

Bandar-bandar besar Malaysia hari ini menunjukkan pertamanya ialah Kepekatan pengundi bukan Melayu, Ke-duanya ialah Dominasi ekonomi bukan Bumiputera dan yang Ke-tiga ialah Budaya politik bandar yang liberal dan pasca-nasional.

Dalam keadaan ini, Pilihan Raya Datuk Bandar hampir pasti melahirkan kepimpinan yang Tidak berpaksikan Perlembagaan, Tidak sensitif terhadap kedudukan Melayu, dan berkemungkinan besar juga melahirkan kepimpinan yang Melihat agenda Bumiputera sebagai โ€œhalangan pasaranโ€.

Ini bukan tuduhan, ini analisis struktur kuasa.

Bagi Kubang Pasu: Hari Ini Selamat, Esok Belum Tentu

Ada yang menyangka isu ini terhad kepada Kuala Lumpur. Itu pandangan cetek.

Kubang Pasu hari ini mungkin penduduknya adalah Majoriti Melayu, Masih kita ada kemampuan dan terkawal dari segi tanah, Masih berakar pada ekonomi tempatan

Tetapi proses pembangunan ini tidak statik. Apabila Nilai tanah meningkat, Pembangunan komersial akan masuk dan Migrasi bandar berlaku. Apakah nasib anak cucu kita di masa akan datang?

Maka pola Kuala Lumpur akan berulang secara perlahan-lahan, sah, dan tidak boleh dipatahkan.

Ini realiti yang perlu kita orang Melayu fahami. Tanpa kuasa pentadbiran bandar yang berpaksikan kepentingan Melayu, Tanah Melayu akan berpindah milik secara pasaran, Anak tempatan akan kalah bersaing, Melayu akan kekal sebagai pekerja, bukan pemilik.

Demokrasi pun Ada Hadnya, Melayu dan Bumiputra perlu dengan Tegas menolak fahaman bahawa demokrasi mesti diterapkan secara total tanpa konteks.

Dalam dasar pentadbiran moden hari ini, Bank pusat tidak dipilih melalui pilihan raya, Angkatan tentera tidak diketuai melalui undi dan Institusi strategik tidak tunduk kepada sentimen sementara.

Mengapa?

Kerana negara perlu kestabilan struktur, bukan populariti jangka pendek. Datuk Bandar bagi bandar-bandar utama di setiap daerah tergolong dalam kategori institusi strategik, bukan jawatan politik populis.

Ini Adalah Soal Survival Melayu

Kehilangan kuasa bandar bukan isu kecil.
Ia adalah titik mula kemerosotan pengaruh Melayu di peringkat nasional.

Sejarah dunia menunjukkan, Siapa menguasai bandar, akan menguasai ekonomi. Siapa yang menguasai ekonomi, membentuk undang-undang. Siapa yang membentuk undang-undang, akan menentukan masa depan.

Melayu tidak akan membenarkan agenda DAP untuk Bandar dijadikan medan eksperimen, Ini adalah agenda untuk melemahkan Kuasa Melayu atas nama reformasi. Generasi akan datang berpotensi mewarisi negara tanpa kawalan sebenar.

Jika ibu negara jatuh hari ini, kesannya akan sampai ke Kubang Pasu, ke Kedah, dan ke seluruh Malaysia.

Dan apabila kuasa benar-benar hilang, tiada manifesto, tiada slogan, dan tiada penyesalan yang mampu memulihkannya.

Adam Radzi
Ketua ARMADA Kubang Pasu

31/01/2026

๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐’๐”๐๐“๐ˆ๐Š๐€๐ ๐“๐˜๐๐‡๐Ž๐ˆ๐ƒ ๐‘๐Œ๐Ÿ’๐Ÿ“

Anjuran ARMADA & SRIKANDI BERSATU KUBANG PASU DENGAN KERJASAMA PUSAT KHIDMAT ADUN BUKIT KAYU HITAM

TARIKH: 9/2/2026
MASA: 9.00 P.M. - 2.00 P.M.
TEMPAT: PUSAT KHIDMAT ADUN BUKIT KAYU HITAM

Terhad kepada 200 Orang yang Pertama.

PENDAFTARAN: Isi Google Form Di Bawah

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSc8lAKcj9gQgPZAx5stzk33xkLy9pZ61gViBL-cf4DME7sefQ/viewform?usp=publish-editor

07/12/2025
02/10/2025

๐๐„๐‘๐ˆ๐Š๐€๐“๐€๐ ๐๐€๐’๐ˆ๐Ž๐๐€๐‹ ๐๐€๐๐“๐€๐‡ ๐Š๐„๐‡๐€๐ƒ๐ˆ๐‘๐€๐ ๐ƒ๐Ž๐๐€๐‹๐ƒ ๐“๐‘๐”๐Œ๐ ๐Š๐„ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€ ๐€๐“๐€๐’ ๐‰๐„๐Œ๐๐”๐“๐€๐ ๐๐„๐‘๐ƒ๐€๐๐€ ๐Œ๐„๐๐“๐„๐‘๐ˆ ๐’๐„๐Œ๐๐„๐๐€ ๐’๐ˆ๐ƒ๐€๐๐† ๐Š๐„๐Œ๐”๐๐‚๐€๐Š ๐€๐’๐„๐€๐

Perikatan Nasional (PN) melalui Portfolio Hal Ehwal Luar Negeri menzahirkan bantahan keras terhadap kehadiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, ke Malaysia sempena Sidang Kemuncak ASEAN.

Walaupun lawatan ini dikaitkan dengan Sidang Kemuncak ASEAN, hakikat yang tidak boleh disembunyikan ialah kehadiran Trump berlaku atas jemputan rasmi oleh YAB Perdana Menteri Malaysia sendiri.

Tindakan ini amat mengecewakan dan mencemarkan prinsip dasar luar negara yang selama ini lantang memperjuangkan Palestin.

Donald Trump sepanjang pentadbirannya bukan sahaja gagal menamatkan kekejaman Israel, malah menjadi sekutu rapat Benjamin Netanyahu dalam melaksanakan siri jenayah perang yang meragut ribuan nyawa rakyat Palestin di Gaza. Membawa beliau ke bumi Malaysia melalui pintu ASEAN adalah pengkhianatan terhadap aspirasi rakyat Malaysia yang menolak sebarang bentuk normalisasi dengan rejim Zionis dan sekutu-sekutunya.

Perikatan Nasional berdiri teguh bersama rakyat Malaysia dan dunia Islam dalam memperjuangkan nasib rakyat Palestin.

Malaysia mesti kekal berprinsip, lantang dan tidak tunduk kepada kuasa besar yang menindas Palestin.

๐˜๐ ๐–๐€๐ ๐€๐‡๐Œ๐€๐ƒ ๐…๐€๐˜๐‡๐’๐€๐‹ ๐–๐€๐ ๐€๐‡๐Œ๐€๐ƒ ๐Š๐€๐Œ๐€๐‹
Ahli Parlimen Machang & Ketua Portfolio Hal Ehwal Luar Negeri Perikatan Nasional
Nairobi, 2 Oktober 2025

02/10/2025

๐Š๐„๐๐˜๐€๐“๐€๐€๐ ๐Œ๐„๐ƒ๐ˆ๐€
๐Š๐„๐“๐”๐€ ๐๐„๐Œ๐๐€๐๐†๐Š๐€๐๐†

Tindakan Israel memintas Global Sumud Flotilla (GSF) dan menahan aktivis yang dalam perjalanan menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza merupakan jenayah serta pencabulan terhadap Konvensyen Geneva dan undang-undang maritim antarabangsa yang wajib dikutuk sekeras-kerasnya oleh masyarakat dunia.

Sikap biadab dan zalim rejim Zionis pimpinan Benjamin Netanyahu itu bukan sahaja merupakan suatu bentuk intimidasi terhadap aktivis flotilla dari seluruh dunia, tetapi juga penghinaan ke atas usaha kemanusiaan global.

Krisis Palestin ini adalah tragedi kemanusiaan terbesar zaman moden dan dunia perlu bersatu bagi menghentikan kezaliman ini dengan segera. Pada masa sama, jenayah kemanusiaan yang dilakukan ke atas umat Palestin ini mesti diadili di bawah undang-undang antarabangsa dan dihukum pelakunya.

Perikatan Nasional berdiri teguh bersama-sama perjuangan suci rakyat Palestin dan menuntut kerajaan Malaysia bertindak lebih tegas bagi memastikan dunia Islam terutamanya OIC, PBB dan Kesatuan Eropah, negara serantau melalui ASEAN serta Pergerakan Negara- Negara Berkecuali (NAM) menghukum Israel, - bukan lagi resolusi tanpa tindakan.

Kerajaan juga perlu memastikan kumpulan aktivis rakyat Malaysia serta aktivis antarabangsa yang terlibat dalam misi flotilla ini dilindungi dan dapat kembali ke tanah air dengan selamat.

๐ƒ๐€๐“๐Ž' ๐’๐„๐‘๐ˆ ๐‡๐€๐Œ๐™๐€๐‡ ๐™๐€๐ˆ๐๐”๐ƒ๐ˆ๐
Ketua Pembangkang
2 Oktober 2025

Address

No 132, Fasa 1-A Stargate, Lebuhraya Sultanah Bahiyah
Alor Setar
05409

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Armada Bersatu Kedah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Armada Bersatu Kedah:

Share