23/08/2026
SAHABAT MADANI SALUR GERAN RM200,000 PERKUKUH KESEJAHTERAAN PULAU TUBA ποΈπβ¨
LANGKAWI, 22 OGOS 2026 - Berteraskan nilai Ihsan dan Kesejahteraan dalam kerangka Malaysia MADANI, Program Sahabat MADANI Pulau Tuba menyalurkan geran keseluruhan RM200,000 bagi menggerakkan ekonomi komuniti, di samping bantuan lesen memandu Kelas B2, komputer riba kepada empat (4) orang pelajar yang diselaraskan oleh Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Kedah, Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM Kedah) telah memberi tumpuan kepada mobiliti, pendapatan, pendidikan dan kesejahteraan keluarga.
Di Pulau Tuba, Program Bantuan Lesen Memandu Kelas B2 dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi meningkatkan mobiliti belia serta akses kepada pekerjaan dan kegiatan ekonomi.
Penyampaian peralatan menunggang motosikal dan perkhidmatan JPJ turut
membantu memudahkan urusan harian masyarakat.
Seterusnya, SejaTi MADANI Usahawan B40 menyalurkan bantuan peralatan dan keperluan perniagaan bernilai RM100,000 kepada 10 orang penjaja dan tiga (3) orang nelayan.
Melalui program Sejahtera MADANI apabila empat (4) orang pelajar menerima komputer riba bagi menyokong pembelajaran dan pengajian.
Dengan semangat βmembantu sambil membimbingβ, Kerajaan menerusi ICU JPM Kedah terus memperkukuh penyelarasan rentas agensi agar bantuan dan intervensi Sahabat MADANI bukan sekadar memenuhi keperluan semasa, malah membina komuniti Pulau Tuba yang berdikari, berdaya tahan dan sejahtera.