15/07/2026
Alhamdulillah, hari ini Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) sempat menyantuni pihak Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Perlis menerusi Majlis Penyerahan Dana Agihan Zakat dan Sedekah kepada Unit Kerja Sosial Perubatan mereka.
Kerjasama ini adalah tanda komitmen berterusan LZNK untuk bantu mudahkan urusan pesakit-pesakit asnaf yang tengah menerima rawatan di sini.
Dalam majlis ini, dana sebanyak RM75,000.00 telah diserahkan kepada pihak HTF untuk kegunaan bantuan segera, khususnya buat golongan asnaf yang tengah sesak atau berdepan kesulitan kewangan sepanjang tempoh rawatan. Selain itu, sumbangan peribadi turut disampaikan kepada 30 orang pesakit asnaf sebagai tanda ingatan dan keprihatinan daripada LZNK.
Semoga dana ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban dan menjadi asbab kesembuhan buat mereka. Terima kasih banyak-banyak kepada semua pembayar zakat dan penyumbang sedekah yang terus memberi kepercayaan kepada LZNK untuk menguruskan amanah ini. Semoga Allah SWT membalas kebaikan anda semua dengan ganjaran yang berlipat kali ganda. Amin.