04/06/2026
𝐏𝐄𝐍𝐂𝐀𝐏𝐀𝐈𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐀𝐉𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 𝐃𝐈 TERAJUI HARAPAN, 𝐏𝐈𝐌𝐏𝐈𝐍𝐀𝐍 PMX
Diantaranya:
EKONOMI NEGARA SEMAKIN KUKUH
✅ KDNK Malaysia melonjak 5.2% pada 2025, melebihi jangkaan.
✅ Pertumbuhan ekonomi suku keempat 2025 mencecah 6.3%, terpantas dalam tempoh 1 dekad.
✅ Pelaburan diluluskan sekitar RM426.7 bilion, tertinggi dalam sejarah Malaysia.
✅ Nilai Ringgit kian mengukuh & stabil hampir 10% berbanding dolar Amerika Syarikat
✅ Rizab antarabangsa Bank Negara meningkat sekitar USD128 bilion setakat Mei 2026 dari jumlah sekitar USD114.7 bilion pada akhir tahun 2022
PENGURUSAN KEWANGAN NEGARA
✅ Defisit fiskal negara berjaya dikurangkan daripada 5.5% KDNK (2022) kepada sekitar 3.8% KDNK (2025).
✅ Nisbah hutang Kerajaan Persekutuan kekal stabil sekitar 62.7% KDNK, di bawah had statutori 65% yang ditetapkan Parlimen.
✅ Kutipan hasil LHDN melebihi RM200 bilion, tertinggi dalam sejarah negara.
✅ Program subsidi bersasar BUDI MADANI dijangka penjimatan lebih RM8 bilion setahun wang negara.
✅ Aset, wang tunai dan harta berkaitan rasuah bernilai lebih RM15.5 bilion berjaya dikesan & dikembalikan kepada negara.
KEBAJIKAN RAKYAT DIPERKASA
✅ Pelarasan gaji penjawat awam sehingga 15%, tertinggi dalam sejarah perkhidmatan awam sejak sedekad.
✅ Gaji minimum dinaikkan kepada RM1,700 sebulan.
✅ Sumbangan Tunai Rahmah (STR) diperluaskan dengan peningkatan peruntukan tahunan, tertinggi dalam sejarah bantuan tunai negara.
✅ Program SARA dan MyKasih bulanan diperluaskan kepada kira-kira 5.4 juta penerima.
✅ Veteran tentera tidak berpencen menerima bantuan bulanan RM500.
✅ Bantuan Awal Persekolahan dinaikkan kepada RM150 bagi setiap pelajar untuk semua warganegara yang kerajaan sebelum ini hanya beri pada golongan B40 & miskin tegar sahaja.
✅ Elaun khas RM250 sebulan diperkenalkan kepada pelajar Tingkatan 6.
✅ Bantuan FlySiswa diteruskan dan ditambah baik.
PEKERJAAN DAN PENDAPATAN
✅ Kadar pengangguran turun kepada sekitar 2.9%, terendah sejak lebih 10 tahun.
✅ Lebih 15,000 jawatan doktor dan pegawai perubatan berjaya diwujudkan.
✅ Harga sawit dan getah menunjukkan pemulihan yang membantu pendapatan pekebun kecil.
✅ Harga belian padi dinaikkan bagi meningkatkan pendapatan pesawah.
PELABURAN DAN INDUSTRI MASA HADAPAN
✅ Malaysia berjaya menarik pelaburan berteknologi tinggi bernilai puluhan bilion ringgit daripada syarikat global seperti Infineon dan NVIDIA.
✅ Melalui usaha Kerajaan MADANI, Selangor, Johor, Sarawak, Pulau Pinang, Kedah, Pahang, Perak, Melaka dan Negeri Sembilan mencatat prestasi pelaburan domestik & FDI terbaik dalam sejarah negeri masing-masing.
✅ TVET diperkukuh dengan penekanan kepada semikonduktor, kecerdasan buatan (AI), automasi dan ekonomi digital.
KOS SARA HIDUP DAN BEKALAN MAKANAN
✅ Inflasi negara sekitar 1.4%, antara yang terendah di Asia.
✅ Bekalan ayam, telur dan makanan asas lain kekal stabil tanpa krisis besar seperti yang pernah berlaku sebelum ini.
✅ Harga minyak masak menunjukkan trend penurunan berbanding kemuncak krisis harga global.
✅ Tiada gangguan besar bekalan makanan semasa musim perayaan utama.
PENDIDIKAN DAN KEMUDAHAN AWAM
✅ Kemudahan asas sekolah dinaik taraf secara besar-besaran untuk keselesaan para pelajar.
✅ Bantuan untuk sekolah agama rakyat dikembalikan, manakala sekolah pondok dan institusi pendidikan Islam diteruskan serta ditambah peruntukan.
✅ Peruntukan pendidikan dan latihan kemahiran terus dipertingkatkan.
Sumber :
Jabatan Perangkaan Malaysia & Kementerian Kewangan