01/09/2026
๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ (๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐)
ALOR SETAR, 1 SEPTEMBER 2026 (SELASA) โ Masjid Negeri (Masjid Zahir) hari ini menerima kehadiran barisan Imam dan Bilal Jemputan dalam Sesi Lapor Diri dan Suai Kenal Barisan Imam serta Bilal (Jemputan) Masjid Negeri (Masjid Zahir) yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Utama, Pejabat Pentadbiran Masjid Negeri (Masjid Zahir).
Sesi yang bermula pada jam 9.30 pagi tersebut merupakan satu wadah bagi memperkenalkan barisan Imam dan Bilal Jemputan yang akan bersama-sama menggalas amanah dalam memperkukuh aspek pengimarahan masjid serta penyampaian khidmat keagamaan kepada para jemaah.
Turut hadir dalam sesi berkenaan ialah Sohibul Fadhilah Tuan Syeikh Mohd Naim bin Haji Ahmad, BCK., Imam Besar Masjid Negeri (Masjid Zahir) serta pegawai dan kakitangan Masjid Negeri (Masjid Zahir).
Barisan Imam Jemputan yang hadir melaporkan diri terdiri daripada Ustaz Haji Ahmad Madzhar bin Haji Md. Yusoff, Ustaz Muhammad Iqbal bin Abdul Koder, Ustaz Mohd Azizi bin Shukri dan Ustaz Mohammad Nor Najmi bin Mansor.
Manakala barisan Bilal Jemputan p**a terdiri daripada Ustaz Haji Muhammad Qadri bin Haji Abdul Ghani, Ustaz Muhammad Suhail bin Basharuddin, Ustaz Arief Iskandar bin Anuar dan Ustaz Muhammad Amir bin Abdul Mutalib.
Sesi tersebut turut dihadiri Ustaz Haji Mohd Farahi bin Mohd Jamil, Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Masjid Negeri (Masjid Zahir); Ustaz Haji Shafie bin Haji Ibrahim, Pembantu Hal Ehwal Islam Kanan; Ustaz Muhd Kamal Ariffin bin Haji Abdul Hamid dan Ustaz Sharifuddin bin Ismail, Pembantu Hal Ehwal Islam, serta Saudara Abdullah Azam daripada Seksyen Perhubungan Awam, Media dan Publisiti Masjid Negeri (Masjid Zahir).
Dalam sesi suai kenal tersebut, barisan Imam dan Bilal Jemputan turut diberi pendedahan berkaitan peranan, tanggungjawab serta keperluan perkhidmatan dalam membantu memastikan pelaksanaan aktiviti ibadah dan pengimarahan Masjid Negeri (Masjid Zahir) dapat dilaksanakan secara teratur, berkesinambungan dan berkesan.
Kehadiran barisan Imam dan Bilal Jemputan ini diharap dapat memberikan nilai tambah kepada usaha Masjid Negeri (Masjid Zahir) dalam memperkasa pengimarahan masjid, menyantuni keperluan para jemaah serta memperkukuh penyampaian perkhidmatan keagamaan kepada masyarakat.
Komitmen dan kerjasama yang diberikan oleh barisan Imam dan Bilal Jemputan juga amat penting dalam memastikan Masjid Negeri (Masjid Zahir) terus berperanan sebagai pusat ibadah, ilmu, dakwah dan penyatuan ummah, selaras dengan kedudukannya sebagai salah sebuah institusi masjid utama di negeri Kedah.
Semoga amanah yang dipikul oleh barisan Imam dan Bilal Jemputan ini dipermudahkan serta mendapat keberkatan dan keredaan Allah SWT.
ใ