Sakinah Yusoff

Sakinah Yusoff Ahli Majlis MPAJ & Ketua JKP MPAJ Zon 15

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh & Salam Aidilfitri πŸŒ™βœ¨Di kesempatan yang mulia ini, saya ingin mengucapkan Sel...
23/03/2026

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh & Salam Aidilfitri πŸŒ™βœ¨

Di kesempatan yang mulia ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh warga yang dikasihi.

Semoga Syawal yang tiba membawa sinar kebahagiaan, kedamaian dan keberkatan buat kita semua. Setelah sebulan kita berpuasa menahan lapar dan dahaga serta mendidik hati dan jiwa, semoga segala amalan kita diterima oleh Allah SWT dan menjadi bekalan yang berharga dalam kehidupan kita.

Hari Raya bukan sekadar perayaan, tetapi juga waktu untuk kita mempereratkan silaturahim, saling bermaafan dan menyatukan hati yang mungkin pernah terpisah. Buang yang keruh, ambil yang jernih. Semoga kasih sayang dan semangat kebersamaan terus subur dalam komuniti kita.

Terima kasih kepada semua penduduk dan komuniti setempat yang sentiasa memberi kerjasama, sokongan dan semangat dalam setiap program dan usaha yang dijalankan. Keharmonian yang kita nikmati hari ini adalah hasil daripada keprihatinan dan kesatuan kita bersama.

Akhir kata, semoga Hari Raya ini disambut dengan penuh kesyukuran, kegembiraan dan kesederhanaan bersama insan tersayang.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin πŸŒ™πŸ’›

Ikhlas daripada

SAKINAH YUSOFF
Ahli Majlis MPAJ Zon 15
Pengerusi JKP Zon 15

Selamat Tahun Baharu Cina kepada semua yang meraikannya. Semoga tahun ini membawa kebahagiaan, kesihatan yang baik, dan ...
17/02/2026

Selamat Tahun Baharu Cina kepada semua yang meraikannya. Semoga tahun ini membawa kebahagiaan, kesihatan yang baik, dan kemakmuran berpanjangan buat anda sekeluarga.

Semoga tahun baharu ini membuka lebih banyak peluang, menguatkan hubungan sesama kita, dan membawa kejayaan dalam setiap usaha yang dilakukan.

Gong Xi Fa Cai & Xin Nian Kuai Le,
SAKINAH YUSOFF
Ahli Majlis MPAJ Zon 15 & Setiausaha Wanita AMANAH Selangor

Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibatdalam menjayakan program Trash To Cash. Tidak lupa juga tahniah diucapk...
10/02/2026

Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat
dalam menjayakan program Trash To Cash. Tidak lupa juga tahniah diucapkan kepada semua warga penduduk yang datang seawal pagi untuk sama memeriahkan lagi program ini.

Dengan adanya program Trash To Cash, kita dapat melihat bagaimana ia membawa kesedaran serta kesan positif kepada masyarakat untuk lebih menyayangi alam sekitar. Bukan sekadar mengumpul barangan kitar semula, tetapi juga memupuk sikap bertanggungjawab, kerjasama komuniti, dan keprihatinan terhadap kelestarian alam untuk generasi akan datang.

C for COMBI πŸ˜‰JKP15 hantar enam (6) orang peserta ke Bengkel Kepimpinan Communication For Behavioral Impact (COMBI) kepad...
07/02/2026

C for COMBI πŸ˜‰

JKP15 hantar enam (6) orang peserta ke Bengkel Kepimpinan Communication For Behavioral Impact (COMBI) kepada Ahli Majlis dan Komuniti hari ini di Hotel Flamingo.

Nampaknya semua dah bersemangat nak buat pelbagai aktiviti bawah COMBI. Tahun lepas JKP15 berjaya tubuhkan enam (6) pertubuhan COMBI dalam kawasan bersempena Riuh Pandan Merdeka dan Sambutan Hari Cuci Malaysia peringkat MPAJ.

Terima kasih Jabatan Belia, Masyarakat dan Landskap MPAJ yang menganjurkan Majlis Apresiasi Ahli Majlis bagi penggal 202...
20/01/2026

Terima kasih Jabatan Belia, Masyarakat dan Landskap MPAJ yang menganjurkan Majlis Apresiasi Ahli Majlis bagi penggal 2024-2025.

Tahniah dan syabas buat semua Ahli-ahli Majlis MPAJ yang telah mengangkat sumpah semalam. Moga lembaran 2026-2027 ini me...
03/01/2026

Tahniah dan syabas buat semua Ahli-ahli Majlis MPAJ yang telah mengangkat sumpah semalam. Moga lembaran 2026-2027 ini memberi seribu makna sebagai pentas pembelajaran dan khidmat. πŸ’

Program ini bukan sekadar satu proses berkhatan, tetapi satu pengalaman yang penuh dengan nilai keberanian, kasih sayang...
22/12/2025

Program ini bukan sekadar satu proses berkhatan, tetapi satu pengalaman yang penuh dengan nilai keberanian, kasih sayang dan kebersamaan. Melihat adik-adik melalui detik ini dengan berani, ditemani doa serta sokongan penuh daripada ibu bapa dan penjaga, benar-benar menyentuh hati kami semua.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada pihak masjid sudi bekerjasama bersama kami, ibu bapa yang telah memberi kepercayaan, kepada para petugas perubatan, sukarelawan, urus setia serta semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini. Setiap senyuman, setiap usaha dan setiap pengorbanan amatlah bermakna.

Semoga usaha kecil ini memberi manfaat besar kepada masyarakat, menjadi kenangan manis buat adik-adik yang terlibat, dan menjadi amal jariah yang berpanjangan buat semua yang menyumbang tenaga, masa dan sokongan. Insya-Allah, kebersamaan seperti inilah yang akan terus menguatkan hubungan sesama kita

Address

Jalan Cempaka 14a, Taman Cempaka
Ampang
68000

Opening Hours

Monday 10:00 - 15:00
Tuesday 10:00 - 15:00
Wednesday 10:00 - 15:00
Thursday 10:00 - 15:00
Friday 10:00 - 15:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sakinah Yusoff posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share