KRT KG Pandan Baiduri D

KRT KG Pandan Baiduri D Kawasan KRT ini adalah bermula dari Petronas Kpg.

Pandan - Rumah Kedai Jalan Kampung Pandan Luar - Seluruh Jalan Belangkas - Seluruh Jalan Wira & Wirawati Taman Maluri

MESYUARAT BIL. 1/2026 KRT KG. PANDAN BAIDURI DAlhamdulillah, pada 15 Julai 2026 telah berlangsung Mesyuarat Bil. 1/2026 ...
15/07/2026

MESYUARAT BIL. 1/2026 KRT KG. PANDAN BAIDURI D

Alhamdulillah, pada 15 Julai 2026 telah berlangsung Mesyuarat Bil. 1/2026 KRT Kg. Pandan Baiduri D dalam suasana penuh semangat, muafakat dan komitmen.

Mesyuarat ini menjadi platform untuk membincangkan perancangan program kemasyarakatan, memperkukuh perpaduan penduduk serta mempertingkatkan keselamatan dan kesejahteraan kawasan kejiranan.

Terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa yang hadir serta memberikan pandangan dan idea yang membina.

Semoga segala perancangan yang dipersetujui dapat dilaksanakan dengan jayanya demi manfaat seluruh warga Kg. Pandan Baiduri D.

"Muafakat Membawa Berkat, Kejiranan Kukuh Komuniti Teguh."

Jabatan Perpaduan Negara Kuala Lumpur




Sekitar program Kempen Derma Darah
04/07/2026

Sekitar program Kempen Derma Darah

PERARAKAN JEMAAHSEMPENA SAMBUTAN AWAL MUHARRAM 1448H / 2026MMADRASAH TAMAN MALURI๐ŸŽ‰๐ŸŽ‰๐ŸŽ‰๐ŸŽ‰๐ŸŽ‰Assalamualaikum Warahmatullah๐ŸŽ‰๐ŸŽ‰๐ŸŽ‰๐ŸŽ‰๐ŸŽ‰...
25/06/2026

PERARAKAN JEMAAH
SEMPENA SAMBUTAN AWAL MUHARRAM 1448H / 2026M
MADRASAH TAMAN MALURI

๐ŸŽ‰๐ŸŽ‰๐ŸŽ‰๐ŸŽ‰๐ŸŽ‰
Assalamualaikum Warahmatullah
๐ŸŽ‰๐ŸŽ‰๐ŸŽ‰๐ŸŽ‰๐ŸŽ‰

Dinyatakan berikut adalah tentatif bagi program diatas:-

Perarakan / Perbarisan Jemaah Madrasah Taman Maluri

Sempena:-
Sambutan Awal Muharram 1448H

Tarikh & Masa:-
Sabtu, 27hb Jun, 2026
8.00 Pagi - 9.30 Pagi

Peserta:-
Terbuka kepada SEMUA jemaah & anak qariah
Setiap peringkat umur, Bayi & Warga Emas
Lelaki & Perempuan
Berjalan Kaki, Kerusi Roda, Berbasikal, Child Stroller etc

Pakaian:-
Bebas mengikut kreativiti masing-masing
Kemas & Sopan
Syariah Compliant

Kawasan Perarakan / Perbarisan:-
Madrasah Taman Maluri - Jalan Belangkas - Jalan Wira - Jalan Wirawati 3 - Masuk / Lalu Ke Dalam Kawasan Medan Selera - Lalu Di Kawasan Pasar - Madrasah Taman Maluri

Durasi Perarakan:-
10 Minit - 15 Minit maksima. Tak sempat berpeluh... ๐Ÿคญ

Aturcara:-
8.00 Pagi - Berkumpul
8.15 Pagi - Taklimat Perbarisan
8.30 Pagi - Perarakan Bermula
8.45 Pagi - Perarakan Berakhir
9.00 Pagi - Forum & Kuiz
9.30 Pagi - Penyampaian Hadiah & Jamuan Makan

Hadiah:-
Pakaian Terbaik & Kreatif (4 hadiah)
Jawapan Kuiz Di Dalam Forum (10 hadiah)
Kumpulan Terbaik (hadiah & piala pusingan)
Dan Lain-lain lagi

Inilah program santai, BERIMPAK TINGGI yang amat ditunggu oleh anak qariah semua. Kali ini dengan penglibatan rakan strategik setempat, yakni Pasar Jalan Wirawati dan lain-lain NGO.

Mari, ramai-ramai memakmurkan syiar dengan menghidupkan sunnah Nabi Muhammad SAW dan para sahabat. Kita kenang akan jasa dan suasana umat Islam yang terdahulu menyelamatkan Aqidah, sehinggalah Islam mekar di bumi bertuah Taman Maluri ini khususnya.
Ayuh ๐Ÿ’ช๐Ÿป๐Ÿ’ช๐Ÿป๐Ÿ’ช๐Ÿป

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Tuan Mohamed Syaiful Hisham bin Abd Halim Syaiful Hisham  atas penganugerahan A...
19/06/2026

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Tuan Mohamed Syaiful Hisham bin Abd Halim Syaiful Hisham atas penganugerahan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2025.
Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin untuk terus menabur bakti, memperkukuh semangat perpaduan dan memberikan perkhidmatan yang cemerlang kepada masyarakat.

Terima kasih atas segala jasa, komitmen dan sokongan yang sentiasa diberikan kepada komuniti Rukun Tetangga.
Tahniah dan semoga terus maju jaya.

๐— ๐—ฒ๐˜€๐˜†๐˜‚๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐˜ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—น๐—ฎ๐—ป๐˜๐—ถ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—”๐—๐—ž ๐—ž๐—ฅ๐—ง ๐—ž๐—ด. ๐—ฃ๐—ฎ๐—ป๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—•๐—ฎ๐—ถ๐—ฑ๐˜‚๐—ฟ๐—ถ ๐—— ๐—ฆ๐—ฒ๐˜€๐—ถ 2026-2029๐Ÿ“…Tarikh : 10 Jun 2026 (Rabu)๐Ÿ•˜Masa : 8:30malam๐ŸขTempat : ...
11/06/2026

๐— ๐—ฒ๐˜€๐˜†๐˜‚๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐˜ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—น๐—ฎ๐—ป๐˜๐—ถ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—”๐—๐—ž ๐—ž๐—ฅ๐—ง ๐—ž๐—ด. ๐—ฃ๐—ฎ๐—ป๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—•๐—ฎ๐—ถ๐—ฑ๐˜‚๐—ฟ๐—ถ ๐—— ๐—ฆ๐—ฒ๐˜€๐—ถ 2026-2029

๐Ÿ“…Tarikh : 10 Jun 2026 (Rabu)
๐Ÿ•˜Masa : 8:30malam
๐ŸขTempat : Dewan Rukun Tetangga Kg. Pandan Baiduri D

Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Pn. Hanum Fauzira bt Md Dil, Pemolong Pegawai Perpaduan JPNIN WPKL.

Mesyuarat diadakan bagi pemilihan jawatan Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Setiausaha, Penolong Setiausaha & Bendahari serta AJK KRT.

๐Ÿ“ข ๐˜’๐˜ฆ๐˜ฑ๐˜ถ๐˜ต๐˜ถ๐˜ด๐˜ข๐˜ฏ ๐˜”๐˜ฆ๐˜ด๐˜บ๐˜ถ๐˜ข๐˜ณ๐˜ข๐˜ต ๐˜—๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ช๐˜ญ๐˜ช๐˜ฉ๐˜ข๐˜ฏ & ๐˜—๐˜ฆ๐˜ญ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ต๐˜ช๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜‘๐˜ข๐˜ธ๐˜ข๐˜ต๐˜ข๐˜ฏ๐˜ฌ๐˜ถ๐˜ข๐˜ด๐˜ข ๐˜’๐˜™๐˜› ๐˜’๐˜จ. ๐˜—๐˜ข๐˜ฏ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜‰๐˜ข๐˜ช๐˜ฅ๐˜ถ๐˜ณ๐˜ช ๐˜‹ ๐˜ด๐˜ฆ๐˜ด๐˜ช 2026-2029.

Pengerusi : En Irwan
Timb. Pengerusi : En Sahabudeen
Setiausaha : Pn Sharifah
Pen. Setiausaha : Pn Nor Azlinda
Bendahari : En Balakrishnan

20 orang Ahli Jawatankuasa

Tahhniah kepada semua yang dipilih, semoga terus berdaya maju demi pembangunan & perpaduan komuniti setempat.

17 Mei 2026, Sabtu.Semangat gotong-royong terus diperkukuhkan melalui kerjasama erat antara JPTP Tabika Perpaduan KRT Kg...
10/06/2026

17 Mei 2026, Sabtu.

Semangat gotong-royong terus diperkukuhkan melalui kerjasama erat antara JPTP Tabika Perpaduan KRT Kg Pandan Baiduri D.

Program ini bukan sahaja menceriakan persekitaran, malah mengeratkan silaturahim, memupuk perpaduan serta menyemai nilai kerjasama dalam kalangan masyarakat.

Terima kasih kepada semua yang terlibat.

27/05/2026
Alhamdulillah, Majlis Rumah Terbuka Madrasah Taman Maluri telah berlangsung dengan jayanya.Kehadiran YBhg. Datuk Seri Jo...
18/04/2026

Alhamdulillah, Majlis Rumah Terbuka Madrasah Taman Maluri telah berlangsung dengan jayanya.

Kehadiran YBhg. Datuk Seri Johari Abdul Ghani telah menambahkan kemeriahan majlis.

Terima kasih kepada Surau Taman Maluri, Kuala Lumpur atas penganjuran.

Tidak dilupakan kepada semua jawatankuasa, sukarelawan dan para tetamu yang hadir. Kehadiran anda semua menjadi penyeri dan kekuatan kepada semangat perpaduan kita.

Semoga ukhuwah ini terus berkekalan dan diperkukuhkan demi kesejahteraan komuniti kita bersama.


Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera,Tuan/Puan dijemput hadir ke Jamuan Hari Raya Aidilfitri KRT Kg. Pandan Baiduri D...
17/04/2026

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera,

Tuan/Puan dijemput hadir ke Jamuan Hari Raya Aidilfitri KRT Kg. Pandan Baiduri D yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:

๐Ÿ“… Tarikh: 18 April 2026 (Sabtu)
๐Ÿ•› Masa: 12.00 Tengah Hari
๐Ÿ“ Tempat: Surau Taman Maluri

Kehadiran tuan/puan amatlah dialu-alukan bagi memeriahkan majlis serta mengeratkan silaturrahim sesama komuniti.
Sekian, terima kasih.

โ€œSalam Aidilfitri, Maaf Zahir & Batinโ€

Address

Dewan Rukun Tetangga, Jalan Wira 1, Taman Maluri
Ampang
55100

Telephone

+60133364444

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KRT KG Pandan Baiduri D posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to KRT KG Pandan Baiduri D:

Shortcuts

Share