Kolej Komuniti Ampang Selangor

Kolej Komuniti Ampang Selangor Kolej Komuniti mula beroperasi pada tahun 2013 menawarkan program DTT, DMT dan STT.

Kolej Komuniti Ampang mula beroperasi pada tahun 2013 menawarkan program Diploma Teknologi Telekomunikasi dan Diploma Mobile Technology. Satu lagi program baru yang akan dijalankan bermula November 2016 ialah Sijil Teknologi Telekomunikasi.

🀝 Perbincangan Awal Jalinan Kerjasama Strategik Antarabangsa Kolej Komuniti Ampang telah mengadakan sesi perbincangan aw...
09/07/2026

🀝 Perbincangan Awal Jalinan Kerjasama Strategik Antarabangsa

Kolej Komuniti Ampang telah mengadakan sesi perbincangan awal bersama Yunnan Open University,China serta Huanggang Education Valley Investment Holdings Co., Ltd.bagi meneroka peluang kerjasama strategik dalam memperkukuh pendidikan TVET, khususnya dalam bidang telekomunikasi dan teknologi digital.

Perbincangan yang turutmelibatkan Prof. Lee daripada Huanggang Education Valley InvestmentHoldings Co., Ltd. ini memberi tumpuan kepada beberapa inisiatif utama,antaranya:
πŸ“‘ Pelaksanaanprogram latihan dalam bidang Internet of Things (IoT) dan Teknologi5G.
πŸ“š Perkongsian amalan terbaik dalam pembangunan program akademik dan latihan yang selaridengan keperluan industri serta perkembangan teknologi semasa.
πŸ‘¨β€πŸ« Pemerkasaan kepakaran melalui perkongsian ilmu, pembangunan profesional, penyelidikan,inovasi dan aktiviti akademik bersama.
🀝 Penerokaan kerjasama strategik meliputi seminar, latihan, pensijilan profesional serta pelaksanaan program berimpak tinggi yang memberi manfaat kepada kedua-dua institusi.

Semoga perbincangan ini menjadi titik permulaan kepada jalinan kerjasama antarabangsa yang lebih kukuh dalam memperkasa pendidikan TVET serta melahirkan graduan yang kompeten, berdayasaing dan bersedia menghadapi keperluan industri global.

HuanggangEducationValley IoT 5G Telecommunications GlobalTVET

SYABAS & TAHNIAHKolej Komuniti Ampang merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Encik Razali bin Sadeli, Pensyarah Diplo...
01/07/2026

SYABAS & TAHNIAH

Kolej Komuniti Ampang merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Encik Razali bin Sadeli, Pensyarah Diploma in Mobile Technology KKAS, atas pelantikan sebagai salah seorang Juri bagi 2026 Malaysia FIRST Global Challenge World Qualifier yang telah berlangsung pada 29–30 Jun 2026 di MRANTI Technology Park, Kuala Lumpur.

Program ini merupakan pertandingan robotik peringkat kebangsaan yang bertujuan memilih pasukan terbaik bagi mewakili Malaysia ke FIRST Global Challenge 2026 di peringkat antarabangsa.

Semoga pengiktirafan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga Kolej Komuniti Ampang untuk terus cemerlang dalam bidang TVET, inovasi dan teknologi.

Syabas dan tahniah!

MalaysiaMADANI

🚨 PENDAFTARAN DIBUKA! πŸš¨πŸ’° Mahu Jana Pendapatan Tambahan?Adakah anda sedang mencari kemahiran yang mempunyai permintaan ti...
30/06/2026

🚨 PENDAFTARAN DIBUKA! 🚨
πŸ’° Mahu Jana Pendapatan Tambahan?

Adakah anda sedang mencari kemahiran yang mempunyai permintaan tinggi dan boleh dijadikan sumber pendapatan sampingan?

Kini peluang anda!

Kolej Komuniti Ampang membuka penyertaan bagi Program Pengukuhan Bakat Komuniti 2026 – Freelance Fiber Optik, khas untuk mereka yang ingin membina kerjaya sebagai Freelance Fiber Optik atau meningkatkan kemahiran dalam bidang telekomunikasi.

Sepanjang program ini, peserta akan didedahkan dengan latihan praktikal menggunakan peralatan sebenar industri serta bimbingan daripada tenaga pengajar berpengalaman.

🎯 Apa yang anda bakal pelajari?

βœ… Pensijilan CA-1C (Fiber Internal)

βœ… Pensijilan CA-2C (Fiber External)

βœ… Teknik pemasangan & penyambungan (Splicing)

βœ… Pengujian dan penyelenggaraan fiber optik

βœ… Asas keusahawanan dan kerjaya sebagai freelancer

🌟 Kenapa anda perlu sertai?

βœ”οΈ Peluang menjana pendapatan tambahan sebagai Freelancer Fiber Optik

βœ”οΈ Permintaan tenaga kerja yang tinggi dalam industri telekomunikasi

βœ”οΈ Kemahiran yang diiktiraf industri

βœ”οΈ Latihan secara praktikal

βœ”οΈ PERCUMA (Tiada bayaran dikenakan)

βœ”οΈ Sijil penyertaan disediakan

πŸ“… Tarikh Program: Ogos 2026

πŸ“ Lokasi: Kolej Komuniti Ampang

πŸ‘₯ Tempat adalah TERHAD kepada 20 peserta sahaja

⏳ Tarikh Tutup Permohonan: 10 Julai 2026

πŸ“² Imbas Kod QR pada poster untuk menyertai kumpulan WhatsApp dan mendapatkan maklumat lanjut.

Jangan lepaskan peluang untuk meningkatkan kemahiran, memperluaskan peluang kerjaya dan menjadikan kemahiran anda sebagai sumber pendapatan yang mampan.

JanaPendapatan GigEconomy KemahiranUntukMasaDepan JPPKK TVETMalaysia

🚨 PENDAFTARAN DIBUKA! πŸš¨πŸ› Mahu Produk Makanan Anda Tahan Lebih Lama, Lebih Selamat dan Lebih Mudah Dipasarkan?Masih mengg...
30/06/2026

🚨 PENDAFTARAN DIBUKA! 🚨
πŸ› Mahu Produk Makanan Anda Tahan Lebih Lama, Lebih Selamat dan Lebih Mudah Dipasarkan?

Masih menggunakan kaedah pemprosesan biasa yang menyebabkan produk cepat rosak dan sukar menembusi pasaran yang lebih luas?

Inilah peluang anda!

Kolej Komuniti Ampang menjemput usahawan, peniaga makanan dan individu yang berminat untuk menyertai Program Pengukuhan Bakat Komuniti 2026 – Kursus Teknologi Retort.

Program ini memberi pendedahan secara teori dan praktikal mengenai teknologi pemprosesan makanan moden yang mampu meningkatkan kualiti, keselamatan serta jangka hayat produk makanan.

Apa yang akan dipelajari?

🍲 Teknologi Retort & Keselamatan Makanan

πŸ“¦ Teknik Pembungkusan Produk

🏷️ Pelabelan Produk

πŸ“± Pemasaran Digital

πŸ€– Penggunaan AI untuk Promosi Produk

πŸ’° Strategi Penetapan Harga & Keuntungan

Kelebihan Menyertai

βœ… Latihan praktikal menggunakan mesin Retort

βœ… Dibimbing oleh tenaga pengajar berpengalaman

βœ… Produk lebih tahan lama tanpa menjejaskan kualiti

βœ… Meningkatkan nilai dan daya saing produk

βœ… Kemahiran pemasaran digital untuk mengembangkan perniagaan

βœ… Penyertaan adalah PERCUMA

πŸ“… Tarikh Program: Julai 2026

πŸ“ Tempat: Kolej Komuniti Ampang

πŸ‘₯ Tempat adalah TERHAD kepada 20 peserta sahaja

⏳ Tarikh Tutup Permohonan: 10 Julai 2026

πŸ“² Imbas Kod QR pada poster untuk menyertai kumpulan WhatsApp dan mendapatkan maklumat lanjut.

πŸ’‘ Jangan lepaskan peluang untuk mempelajari teknologi pemprosesan makanan yang digunakan dalam industri dan membawa produk anda ke tahap yang lebih profesional. Daftar sekarang sebelum tempat penuh!

PKS IndustriMakanan PemprosesanMakanan PemasaranDigital JanaPendapatan TVETMalaysia JPPKK

Hari KeduaKarnival Pendidikan Kerjaya Murid SUKSES 5.0πŸ“ Pusat Komuniti Setiawangsa, Kuala LumpurπŸ•— 8.00 pagi – 2.00 petan...
30/06/2026

Hari Kedua
Karnival Pendidikan Kerjaya Murid SUKSES 5.0
πŸ“ Pusat Komuniti Setiawangsa, Kuala Lumpur
πŸ•— 8.00 pagi – 2.00 petang

Hari kedua berlangsung dengan penuh meriah apabila kehadiran murid-murid sekolah amat memberangsangkan. Program ini memberi peluang kepada para pelajar untuk mendapatkan maklumat secara langsung mengenai laluan melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi seperti IPTA, IPTS, Politeknik, Kolej Komuniti serta pelbagai institusi pendidikan lain.

Semoga perkongsian ini dapat membantu para pelajar membuat pilihan terbaik dalam merancang hala tuju pendidikan dan kerjaya mereka pada masa hadapan.

PEMERKASAAN OBE PENSYARAH SIRI 3 TAHUN 2026 πŸ“šKolej Komuniti Ampang telah menganjurkan Bengkel Pemantapan Kurikulum, Pent...
29/06/2026

PEMERKASAAN OBE PENSYARAH SIRI 3 TAHUN 2026 πŸ“š

Kolej Komuniti Ampang telah menganjurkan Bengkel Pemantapan Kurikulum, Pentaksiran (JSU) dan Penambahbaikan Berterusan (CQI) melalui Integrasi VBE, ESD dan CBA sebagai persediaan menghadapi Sesi 2 2026/2027. Bengkel ini memberi penekanan kepada pemantapan interpretasi kurikulum, pembangunan dan semakan JSU, pelaksanaan CQI serta penyelarasan dokumen PdP bagi memastikan amalan pengajaran dan pembelajaran sentiasa berkualiti dan selari dengan keperluan semasa.

Melalui sesi perkongsian dan perbincangan bersama, pensyarah turut memperkukuh pelaksanaan Outcome-Based Education (OBE) dengan mengintegrasikan elemen Value-Based Education (VBE), Education for Sustainable Development (ESD) dan Competency-Based Assessment (CBA) ke dalam kurikulum dan pentaksiran. Inisiatif ini diharap dapat meningkatkan keberkesanan PdP serta melahirkan graduan TVET yang kompeten, beretika dan mampan

πŸŽ“ Kolej Komuniti Ampang di SUKSES 5.0Kolej Komuniti Ampang telah dijemput menyertai Karnival Pendidikan Kerjaya Murid (S...
29/06/2026

πŸŽ“ Kolej Komuniti Ampang di SUKSES 5.0

Kolej Komuniti Ampang telah dijemput menyertai Karnival Pendidikan Kerjaya Murid (SUKSES 5.0) Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebagai pempamer bagi berkongsi maklumat berkaitan peluang melanjutkan pengajian dalam bidang TVET.

Program ini memberi pendedahan kepada murid-murid sekolah menengah mengenai laluan pendidikan selepas SPM serta peluang kerjaya yang ditawarkan melalui Kolej Komuniti Ampang.

Terima kasih kepada semua pengunjung yang hadir dan singgah ke booth kami. Semoga perkongsian ini menjadi inspirasi dalam merancang masa depan yang lebih cemerlang.

πŸ“ Pusat Komuniti Setiawangsa, AU2, Kuala Lumpur
πŸ“… 29–30 Jun 2026

PendidikanTVET

Hari keempat Minggu Transformasi Siswa (MTS) Sesi I 2026/2027 menandakan berakhirnya siri pengisian program yang telah d...
29/06/2026

Hari keempat Minggu Transformasi Siswa (MTS) Sesi I 2026/2027 menandakan berakhirnya siri pengisian program yang telah dirancang bagi pelajar baharu Kolej Komuniti Ampang.

Program diteruskan dengan persediaan dan pelaksanaan Majlis Penutup MTS, diikuti sesi refleksi, soal selidik serta post-mortem bagi menilai keberkesanan pelaksanaan program. Pengisian ini bertujuan mendapatkan maklum balas pelajar untuk penambahbaikan program pada masa akan datang.

Tahniah dan selamat datang diucapkan kepada seluruh pelajar baharu. Semoga pengalaman sepanjang Minggu Transformasi Siswa menjadi titik permulaan kepada perjalanan akademik yang cemerlang serta membentuk mahasiswa TVET yang berilmu, berintegriti dan berdaya saing.

Hari Kedua & Ketiga | Minggu Transformasi Siswa (MTS) Sesi I 2026/2027Hari kedua dan ketiga Minggu Transformasi Siswa (M...
29/06/2026

Hari Kedua & Ketiga | Minggu Transformasi Siswa (MTS) Sesi I 2026/2027

Hari kedua dan ketiga Minggu Transformasi Siswa (MTS) Sesi I 2026/2027 dipenuhi dengan pelbagai pengisian yang memberi pendedahan kepada pelajar baharu mengenai aspek akademik, Hal Ehwal Pelajar (HEP), peperiksaan, latihan industri, bantuan kewangan, perkhidmatan perpustakaan, keselamatan, sukan dan kokurikulum.

Sepanjang program berlangsung, pelajar turut mengikuti sesi bersama Penasihat Akademik (PA), aktiviti Ice Breaking, Latihan Dalam Kumpulan (LDK) serta Exploreace yang bertujuan membentuk semangat kerjasama, kepimpinan, komunikasi dan jati diri sebagai warga Kolej Komuniti Ampang.

Semoga segala ilmu, pengalaman dan nilai yang diterapkan sepanjang Minggu Transformasi Siswa menjadi asas kepada pembentukan graduan TVET yang berilmu, berkemahiran, berintegriti serta bersedia menghadapi cabaran dunia pendidikan dan kerjaya.

✨ TELAH BERLANGSUNG ✨Pendaftaran Pelajar Baharu Kolej Komuniti Ampang (KKAS) bagi Sesi I 2026/2027 telah berlangsung den...
23/06/2026

✨ TELAH BERLANGSUNG ✨

Pendaftaran Pelajar Baharu Kolej Komuniti Ampang (KKAS) bagi Sesi I 2026/2027 telah berlangsung dengan jayanya pada 23 Jun 2026.

Program turut diserikan dengan sesi Taklimat Ibu Bapa yang telah disampaikan oleh Pengarah Kolej Komuniti Ampang, YBrs. Encik Syahman bin Samsudin @ Murad, bersama pegawai-pegawai KKAS. Sesi ini bertujuan memberikan penerangan berkaitan hala tuju pengajian, kemudahan pembelajaran, peluang kerjaya, kebajikan pelajar serta kelebihan pendidikan TVET kepada ibu bapa dan penjaga.

Taklimat yang berlangsung dalam suasana mesra dan interaktif ini berjaya meningkatkan keyakinan ibu bapa terhadap peranan Kolej Komuniti Ampang dalam melahirkan graduan yang berkemahiran tinggi, berdaya saing dan memenuhi keperluan industri semasa.

Warga Kolej Komuniti Ampang mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan selamat datang kepada semua pelajar baharu yang telah memilih KKAS sebagai destinasi untuk meneruskan pengajian. Semoga perjalanan akademik yang bakal ditempuhi menjadi pemangkin kepada kecemerlangan dan kejayaan pada masa hadapan.

Selamat menjadi sebahagian daripada keluarga besar Kolej Komuniti Ampang.





Address

Medan Bukit Indah 4, Taman Bukit Indah
Ampang
68000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kolej Komuniti Ampang Selangor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Kolej Komuniti Ampang Selangor:

Shortcuts

Share