Friends of Trafik Ampang

Friends of Trafik Ampang Facebook Rasmi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik ( BSPT) IPD Ampang Jaya.

TANGKAPAN PEMALSUAN NOMBOR PENDAFTARAN KENDERAAN Ampang Jaya, 8 Julai 2026 - Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik...
08/07/2026

TANGKAPAN PEMALSUAN NOMBOR PENDAFTARAN KENDERAAN

Ampang Jaya, 8 Julai 2026 - Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Ampang Jaya hari ini telah menahan seorang lelaki warga tempatan kerana didapati telah menggunakan nombor pendaftaran kenderaan lain pada motosikal yang ditunggangya. Penahanan telah dibuat oleh pihak polis semasa beliau melalui satu sekatan jalan raya di Susur Taman Kencana menghala keluar ke Jalan Lingkaran Tengah II.

Lelaki berkenaan bersama kenderaan telah dibawa balik ke Balai Polis Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Ampang Jaya untuk tindakan lanjut. Kes kini disiasat di bawah Seksyen 108(3) APJ 1987 kerana melakukan kesalahan menggunakan nombor pendaftaran palsu. Jika disabitkan kesalahan beliau boleh didenda dari RM 5,000 sehingga RM 20,000 atau dipenjara dari 12 bulan sehingga 5 tahun atau kedua-duanya sekali.

*CERAMAH KESELAMATAN JALAN RAYA DAN OP DIDIK BAHAGIAN SIASATAN DAN PENGUATKUASAAN TRAFIK IPD AMPANG JAYA*Ampang Jaya, 24...
24/06/2026

*CERAMAH KESELAMATAN JALAN RAYA DAN OP DIDIK BAHAGIAN SIASATAN DAN PENGUATKUASAAN TRAFIK IPD AMPANG JAYA*

Ampang Jaya, 24 Jun 2026 - Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ampang Jaya telah memenuhi undangan dari pihak Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Ahmad Razali untuk menyampaikan ceramah berkaitan dengan isu keselamatan jalanraya dan gejala samseng jalanan di kalangan pelajar sekolah pada pagi tadi.

Ceramah yang telah disampaikan oleh Sjn Hasbullah bin Zin, Sjn Kepolisan Am, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ampang Jaya. Ceramah meliputi aspek kesalahan-kesalahan yang sering dilakukan oleh para pelajar sekolah. Selain itu, pendedahan tentang impak negatif dari perbuatan sekirannya mereka terlibat dengan aktiviti samseng jalanan.

Program di akhiri dengan sesi pemeriksaan pada motosikal yang ditunggang oleh para pelajar untuk ke sekolah dan mengesan kesalahan yang dilakukan oleh mereka. Sebanyak 64 buah motosikal telah diperiksa dan sebanyak 78 keping saman telah dikeluarkan atas kesalahan seperti tiada lesen memandu, cukai jalan tamat tempoh dan kesalahan teknikal pada kenderaan.

18/05/2026

*CERAMAH KESELAMATAN JALANRAYA DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PANDAN INDAH, AMPANG*

Ampang Jaya, 18 Mei 2026 - Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya telah dijemput bagi memenuhi satu sesi ceramah keselamatan jalanraya di Sekolah Menengah Kebangsaan Pandan Indah, Ampang.

Program ceramah dimulakan pada jam lebih kurang 0845hrs di mana Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Ampang Jaya diwakili oleh Insp Nurul Faizah binti Ismail (Insp Kepolisan Am selaku penceramah), Sjn Hasbullah bin Zin (Sjn Kawalan Dalaman), Kpl Muhammad Syazwan bin Azmi (Kpl Waran Tangkap), Kpl Muhammad Shafiq bin Mustapa (Kpl Orderli). Seramai lebih kurang 200 orang murid dari tingakatan 3, 4 dan 5 telah menghadiri sesi ceramah ini.

Program ceramah dimulakan dengan sesi taklimat dari Insp Nurul Faizah binti Ismail mengenai Keselamatan Jalanraya (Op Didik Remaja). Murid-murid kemudiannya diuji minda dan tahap pengetahuan mengenai beberapa perkara berkait dengan ceramah yang telah diaampaikan dan dan lain-lain perkara lagi.

Selain dari sesi ceramah, sesi pameran kenderaan pasukan juga diadakan. Ianya bagi memberi peluang kepada murid-murid untuk melihat dengan lebih dekat dan mengenali kenderaan yang sering digunakan oleh anggota polis trafik semasa dalam penugasan seharian mereka. Kenderaan yang dipamerkan adalah 4x4 jenis Mitsubishi Outlander, m/sikal jenis Kawasaki GTR1400 dan jugak m/sikal jenis Honda CBX750.

Fokus dan komitmen yang diberikan oleh semua murid adalah sangat cemerlang dan mencapai matlamat penceramah. Pihak Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak sekolah atas kesudian menjemput pihak BSPT IPD Ampang Jaya pada sesi hari ini. Diharapkan program seperti ini dapat diappikasikan lagi sebagai salah satu medium bagi mengukuhkan lagi hubungan di antara pihak PDRM dengan masyarakat terutamanya warga sekolah.

16/04/2026
OP BERSEPADU BERSAMA JABATAN PENGANGKUTAN JALAN (JPJ) SELANGOR AMPANG JAYA - 19 Mac 2026Operasi bersepadu bersama Jabata...
19/03/2026

OP BERSEPADU BERSAMA JABATAN PENGANGKUTAN JALAN (JPJ) SELANGOR

AMPANG JAYA - 19 Mac 2026

Operasi bersepadu bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor telah dijalankan di susur Jalan Hulu Kelang - Jalan Lingkaran Tengah II pada awal pagi tadi oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ampang Jaya sempena bermulanya Op Selamat 26/2026 Hari Raya Aidilfitri.

Fokus utama operasi dijalankan adalah bagi mengesan pengguna jalan raya yang melakukan kesalahan lalu lintas. Selain itu, operasi ini adalah bagi menujukan kehadiran pihak berkuasa di lokasi sebagai ingatan kepada pengguna jalanraya agar sentiasa berhati-hati semasa memandu serta memberikan tumpuan yang sepenuhnya pada pemanduan.

Sepanjang operasi ini berlansung pihak BSPT Ampang Jaya telah mengeluarkan sejumlah 58 keping saman atas pelbagai kesalahan trafik. Manakala pihak Jabatan Pengangkutan Jalan juga telah mengeluarkan notis kompaun sebanyak 37 keping dan 9 keping lagi adalah notis panggil periksa semula.




16/03/2026

*MAJLIS PELUNCURAN PROGRAM KESELAMATAN JALANRAYA DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN HULU KELANG*

Ampang Jaya, 9 Mac 2026 - Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya telah dijemput bagi merasmikan kempen keselamatan jalanraya bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Hulu Kelang.

Majlis tersebut dianjurkan oleh pihak sekolah bagi memberikan kesedaran kepada para pelajar mengenai kepentingan keselamatan jalanraya. Majlis bermula pada jam lebih kurang 0730hrs dan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik diwakili oleh Insp Nurul Faizah binti Ismail (Insp Kepolisan Am selaku penceramah), Sjn Hasbullah bin Zin (Sjn Kawalan Dalaman) dan Kpl Muhammad Shafiq bin Mustapa (Kpl Orderly). Kehadiran murid pada sesi ceramah berkenaan adalah seramai lebih kurang 600 orang murid dari tingkatan 1 sehingga tingkatan 6.

Program dimulakan dengan Majlis Peluncuran Keselamatan Jalan Raya yang dirasmikan oleh Insp Nurul Faizah binti Ismail. Program kemudiannya diteruskan dengan sesi ceramah di mana intipati ceramah menfokuskan mengenai Keselamatan Jalanraya. Murid-murid diuji minda dan tahap pengetahuan mengenai beberapa perkara berkait dengan lalulintas dan lain-lain lagi.

Usai dari sesi ceramah yang mengambil masa lebih kurang 1 jam. Pihak BSPT IPD Ampang Jaya meneruskan program dengan sesi pameran kenderaan pasukan yang dibawa pada hari tersebut. Tujuan sesi pameran ini adalah bagi memberi peluang kepada murid-murid untuk melihat dengan lebih dekat dan mengenali kenderaan yang sering digunakan oleh anggota polis trafik semasa dalam penugasan seharian mereka. Kenderaan yang dipamerkan adalah m/sikal jenis Kawasaki GTR1400, m/sikal jenis Honda ST1300 dan juga m/sikal jenis Honda CBX750.

Fokus dan komitmen yang diberikan oleh semua murid adalah sangat cemerlang dan berlakunya komunikasi dua hala di antara para pelajar dan juga penceramah. Pihak Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak sekolah atas peluang yang telah diberikan. Diharapkan program seperti ini dapat dijadikan sebagai salah satu medium untuk mengeratkan lagi hubungan di antara pihak PDRM dengan masyarakat terutamanya pelajar sekolah.

01/03/2026

🎬 PERTANDINGAN VIDEO PENDEK KESELAMATAN JALAN RAYA TAHUN 2026

Jom serlahkan kreativiti anda dalam menyampaikan mesej keselamatan jalan raya! 🚦

Orang ramai dijemput untuk menyertai pertandingan mencipta video pendek keselamatan jalan raya.

Rakam video pendek yang kreatif, berinformasi dan memberi kesedaran kepada masyarakat.

📅 Tarikh tutup penyertaan: Sebelum 13 Mac 2026

TERMA & SYARAT PERTANDINGAN VIDEO PENDEK KESELAMATAN JALAN RAYA TAHUN 2026

1. Pertandingan bermula pada 01 Mac 2026 dan tarikh tutup penyertaan adalah sebelum atau pada 13 Mac 2026 (11.59 malam).

2. Penyertaan terbuka kepada semua warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas, termasuk syarikat korporat.

3. Pertandingan ini merupakan kolaborasi bersama JSPT Bukit Aman dalam menyokong pelaksanaan Kempen Keselamatan Jalan Raya ke arah meningkatkan kesedaran masyarakat.

4. Video mestilah bertemakan keselamatan jalan raya, dengan menonjolkan ciri-ciri pemanduan dan penunggangan yang selamat, berhemah serta mematuhi undang-undang.

5. Tempoh video adalah tidak melebihi 3 minit, termasuk kredit.

6. Setiap penyertaan mestilah hasil karya asli peserta sendiri. Unsur plagiat adalah tidak dibenarkan.Penyertaan yang didapati bukan karya asli akan dibatalkan serta-merta.

7. Video yang dihantar mestilah tidak pernah memenangi mana-mana pertandingan sebelum ini.

8. Peserta hendaklah menggunakan peralatan rakaman sendiri (telefon pintar atau perakam video). Elemen lakonan dan kreativiti tambahan adalah dibenarkan selagi tidak bercanggah dengan undang-undang dan norma masyarakat.

9. Kos penyertaan adalah ditanggung sepenuhnya oleh peserta.

10. Video hendaklah dimuat naik ke salah satu platform media sosial berikut:

• TikTok – dan tag akaun rasmi: jsptpdrmofficial
• Instagram – dan tag akaun rasmi:
• Facebook – dan tag / nyatakan halaman rasmi: Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM

Peserta hendaklah memastikan akaun media social berada dalam mod “Public” sepanjang tempoh pertandingan bagi tujuan penilaian.

11. Peserta wajib menggunakan tanda pagar (hashtag) berikut:







12. Penilaian pemenang adalah berdasarkan:

• Kreativiti dan keaslian idea
• Keberkesanan mesej
keselamatan yang disampaikan
• Impak kesedaran kepada
masyarakat
• Jumlah “Like” tertinggi

13. Pemilihan video terbaik berpeluang dilantik sebagai Rakan Trafik Polis bagi menyokong inisiatif kesedaran keselamatan jalan raya bersama pihak JSPT.

Ampang Jaya - 28 Februari 2026Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ampang Jaya telah menerima satu aduan orang aw...
01/03/2026

Ampang Jaya - 28 Februari 2026

Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ampang Jaya telah menerima satu aduan orang awam yang menyatakan bahawa terdapat segelintir anak muda berkumpul sambil menunggang motosikal dan ganguan bunyi bising semasa penduduk sekitar Taman Ampang Saujana sedang menunaikan solat sunat tarawih.

Bertindak atas aduan tersebut, satu operasi telah dijalankan dengan menumpukan kawasan aduan tersebut bagi mengekang dan membanteras aktiviti-aktiviti tidak sihat ini dari berlarutan dan bertujuan bagi mewujudkan lagi suasana yang harmoni di sepanjang bulan ramadhan ini.

Operasi berlangsung pada jam 9.00 malam dan berakhir pada jam 1.00 pagi itu telah berjaya menyita sejumlah 19 buah motosikal. Kebanyakan motosikal yang disita tersebut melakukan kesalahan pengubahsuaian pada struktur kenderaan dan penunggang tiada lesen memandu. Selain itu, sebanyak 40 keping saman telah dikeluarkan di atas pelbagai kesalahan trafik yang lain.

Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ampang Jaya ingin menasihatkan khususnya kepada ibu bapa supaya sentiasa memantau pergerakan anak-anak terutama bagi remaja di bawah umur supaya mencegah mereka dari menunggang atau memandu kenderaan tanpa lesen memandu. Syarat utama untuk menunggang atau memandu kenderaan mestilah mempunyai lesen memandu yang sah, sekiranya tiada ianya adalah satu kesalahan di sisi undang-undang. Selain dari kompaun kepada individu yang tiada lesen memandu, pemilik kenderaan juga boleh dikompaun di bawah Sek. 26(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Oleh yang demikian, sayangi keluarga anda kerana ‘Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna’.

17/02/2026

'Rumah Selamat, Selamat Sampai Ke Destinasi'

Ampang Jaya - 17 Februari 2026

Op Selamat 25 bersempena Tahun Baru Cina 2026 telah bermula pada 15 Januari 2026 sehingga 20 Januari 2026 bersama-sama dengan slogan ‘Rumah Selamat, Selamat Sampai ke Destinasi’. Demi menjayakan Op Selamat 25 kali ini, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Ampang Jaya dengan diketuai oleh Insp Muhamad Yusaiful bin Muhamat Basir, Insp Penguatkuasa bersama dengan 10 Pegawai rendah polis telah menjalankan satu Program Advokasi Keselamatan Jalan Raya di Petron Pandan Perdana. Program ini dijalankan dengan kerjasama dari pihak pengurusan Stesen Minyak tersebut.

Tujuan utama program ini dijalankan adalah menyampaikan maklumat mengenai keselamatan jalanraya. Selain itu ianya juga adalah sebagai satu medium bagi pihak polis mendekati dan beramah mesra dengan pengguna jalan raya. Tindakan ini dapat menunjukkan omnipresent pihak polis di sepanjang laluan di bawah pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya.

Selain itu, pihak Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ampang Jaya juga ingin memaklumkan bahawa Stesen Minyak Petron Pandan Perdana adalah salah satu Safety Point kepada pengguna jalanraya yang menggunakan laluan di sepanjang kawasan tersebut sekiranya berlaku sebarang perkara yang tidak diingini. Adalah dinasihatkan supaya memberhentikan kenderaan di kawasan yang selamat sekiranya berlaku kerosakan atau merasakan diri di dalam keadaan bahaya.

Berhati-hati semasa memandu kenderaan terutamanya semasa tempoh perayaan ini. Elakkan diri dan keluarga dari terlibat dalam kemalangan jalan raya. Dapatkan rehat yang secukupnya sebelum memulakan pemandu dan berhenti jika letih. Ini kerana matlamat utama adalah untuk selamat sampai ke destinasi.

Selamat Menyambut Tahun Baru Cina 2026


Address

Balai BSPT Ampang Jaya, Jalan Pandan Ilmu, Pandan Indah
Ampang
55100

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Friends of Trafik Ampang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share