15/11/2025
Salam Sejahtera semua,
Saya, Sim Ken Men, daripada Pertubuhan Gerakan Belia Bersatu Malaysia (GBBM) dan kini berkhidmat sebagai EXCO GBBM Wilayah Persekutuan, dengan penuh rendah diri menawarkan diri sebagai Calon EXCO Majlis Belia Wilayah Persekutuan *(No. Calon: 06)* bagi sesi 2025–2027.
Saya bertanding bukan untuk kedudukan, tetapi untuk memastikan suara belia Wilayah Persekutuan terus diperkasa - lebih inklusif, progresif dan berdaya saing.Melalui pengalaman saya dalam dunia dasar, diplomasi dan kerja kemasyarakatan, saya percaya bahawa belia yang kuat membina Wilayah yang kuat.
Saya komited membawa kerja nyata, berteraskan integriti, idea segar dan kepimpinan yang jujur demi masa depan belia yang lebih kukuh.
Maka dengan penuh hormat, saya memohon peluang, sokongan dan undian daripada para perwakilan dalam MPAT MBWP Ke-31.
Undilah Calon No. 06 - Sim Ken Men.
Untuk Wilayah, Untuk Semua.
Terima kasih atas sokongan anda. 🫶💚