06/01/2026
Bismillahirrahmanirrahim.
Kita bukan sekadar datang bekerja,
tetapi membawa amanah, rezeki dan maruah syarikat.
Setiap kabel yang dipasang,
setiap kamera yang disiapkan,
adalah tanggungjawab kita kepada pelanggan
dan bukti profesionalisme team WSNET Kota Bharu
Ya Allah Ya Fattah, Ya Razzaq.
Berkatilah setiap langkah kami hari ini.
Jadikanlah kami pekerja yang amanah,
rajin, jujur dan saling membantu.
Lindungilah kami ketika bekerja,
jauhkan kami daripada kemalangan,
kesilapan dan perkara yang merugikan.
Murahkanlah rezeki kami,
cukupkan keperluan keluarga kami,
dan jadikanlah pekerjaan ini sumber keberkatan.
Satukanlah hati kami sebagai satu team,
kuatkan semangat kami ketika susah,
dan rendahkan hati kami ketika senang.
Ya Allah, jadikanlah WSNET Kota Bharu
sebuah perniagaan yang Engkau redhai.
Amin Ya Rabbal ‘Alamin.