JKKP / DOSH Kedah

JKKP / DOSH Kedah Standard Setting, Enforcement and Promotional and Advisory services in Occupational Safety and Health
(1)

[ CERAMAH ]14 Julai 2026 – Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kedah (JKKP Kedah) telah menerima jemputan daripa...
16/07/2026

[ CERAMAH ]

14 Julai 2026 – Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kedah (JKKP Kedah) telah menerima jemputan daripada Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Kedah untuk menyampaikan ceramah bertajuk Taklimat Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.

Ceramah ini bertujuan meningkatkan kesedaran dan kefahaman peserta mengenai kepentingan pematuhan keselamatan dan kesihatan pekerjaan, pengenalpastian bahaya, pengurusan risiko serta pembudayaan amalan kerja selamat.

JKKP Kedah merakamkan penghargaan kepada UiTM Cawangan Kedah atas kerjasama dan komitmen dalam menjayakan Sambutan Minggu Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) Peringkat Negeri Kedah 2026. Semoga kolaborasi ini terus memperkukuh budaya kerja yang selamat, sihat dan produktif.

[ MAJLIS PERASMIAN ]13 Julai 2026 – Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kedah (JKKP Kedah) telah menerima jemput...
16/07/2026

[ MAJLIS PERASMIAN ]

13 Julai 2026 – Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kedah (JKKP Kedah) telah menerima jemputan untuk merasmikan Sambutan Minggu Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) 2026 anjuran NUR Power Kulim. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Ir. Ts. Mohd Safarin bin Sabli, Timbalan Pengarah Khidmat Teknik JKKP Kedah.

Penganjuran program ini bertujuan meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan keselamatan dan kesihatan pekerjaan, di samping memperkukuh pengurusan risiko psikososial bagi mewujudkan persekitaran kerja yang selamat, sihat dan produktif.

Program ini turut menjadi sebahagian daripada pengisian sempena Sambutan Minggu Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) Peringkat Negeri Kedah 2026.

14/07/2026

⏳ Sambutan Kemuncak OSH Week 2026 semakin hampir!

Hitung detik bersama kami untuk acara-acara utama yang bakal menghimpunkan pengamal keselamatan dan kesihatan pekerjaan dari seluruh negara.

📅 27 Julai 2026
🎓 Seminar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) Peringkat Kebangsaan 2026

📅 28 Julai 2026
🎉 Majlis Penutup Sambutan OSH Week 2026
🚀 Peluncuran Pelan Induk Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara 2026-2030 (OSHMP30)

✨ Jangan lepaskan peluang untuk menyertai pelbagai pengisian bermanfaat, sesi perkongsian ilmu, pameran serta aktiviti interaktif yang telah disediakan.

📍📍 Tandakan kalendar anda dan nantikan kemuncaknya!

Bersama memperkukuh budaya kerja yang selamat dan sihat!

13/07/2026

☀️ Cuaca panas boleh membawa risiko tegasan haba di tempat kerja!

Jangan abaikan tanda-tanda seperti pening, keletihan melampau, kekejangan otot, dahaga yang teruk atau pengsan.

💧 Minum air secukupnya.
🧢 Rehat di tempat teduh.
🦺 Gunakan PPE yang sesuai.
⏰ Rancang waktu kerja dengan bijak.

Tempat kerja yang selamat bermula dengan budaya kerja yang sentiasa mengutamakan keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

💥[KENYATAAN MEDIA]LINDUNG 24 JAM SUKARELA BAGI PEKERJA TEMPATAN, TETAPI KEKAL MANDATORI UNTUK PEKERJA ASINGPutrajaya | 9...
09/07/2026

💥[KENYATAAN MEDIA]

LINDUNG 24 JAM SUKARELA BAGI PEKERJA TEMPATAN, TETAPI KEKAL MANDATORI UNTUK PEKERJA ASING

Putrajaya | 9 Julai 2026 | Khamis

[ BENGKEL ]8 Julai 2026 – Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kedah (JKKP Kedah) melalui Seksyen Risiko Khas tel...
09/07/2026

[ BENGKEL ]

8 Julai 2026 – Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kedah (JKKP Kedah) melalui Seksyen Risiko Khas telah menganjurkan Bengkel Pemerkasaan Modul JKKP5 (Versi Baharu) 2026. Bengkel ini disertai oleh wakil syarikat yang mempunyai pepasangan bahaya besar (𝘔𝘢𝘫𝘰𝘳 𝘏𝘢𝘻𝘢𝘳𝘥 𝘐𝘯𝘴𝘵𝘢𝘭𝘭𝘢𝘵𝘪𝘰𝘯). Majlis perasmian telah disempurnakan oleh En. Ramli bin Hassan, Timbalan Pengarah Operasi, JKKP Kedah.

Penganjuran bengkel ini bertujuan meningkatkan kefahaman peserta terhadap Modul JKKP 5 (Versi Baharu) 2026 serta memperkukuh pematuhan keselamatan proses bagi mencegah kemalangan bahaya besar. Program ini juga merupakan sebahagian daripada pengisian sempena Sambutan Minggu Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) Peringkat Negeri Kedah 2026.

🏍️ KEMBARA KKP 2026 BAKAL BERMULA! 🇲🇾Sempena Sambutan Minggu Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Jabatan Keselamatan da...
08/07/2026

🏍️ KEMBARA KKP 2026 BAKAL BERMULA! 🇲🇾

Sempena Sambutan Minggu Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) membawakan kembali Kembara KKP: Konvoi Bermotosikal.

Tahun ini, Kembara KKP memberi fokus kepada usaha mempromosikan budaya penunggangan yang selamat, berhemah dan bertanggungjawab bagi mengurangkan kadar kemalangan motosikal semasa perjalanan ulang-alik ke tempat kerja, khususnya dalam kalangan pekerja ekonomi gig.

🏍️ Konvoi akan menjelajah ke selatan tanah air dengan persinggahan di beberapa stesen minyak terpilih bagi menyampaikan mesej keselamatan dan kesihatan pekerjaan kepada masyarakat.

📅 Tarikh: 15 – 16 Julai 2026

📍 Laluan & Lokasi Persinggahan Konvoi
🏁 Kompleks Setia Perkasa, Putrajaya (Pelepasan)
➡️ BHPetrol Lebuh SPA, Ayer Keroh, Melaka
➡️ BHPetrol Skudai Southbound, Johor
➡️ Petronas Skudai, Johor Bahru
🏁 Majlis Sambutan OSH Week Peringkat Negeri Johor, Pasir Gudang

📣 Orang ramai, khususnya komuniti penunggang motosikal, dijemput hadir untuk menyambut ketibaan konvoi dan bersama-sama menyokong usaha membudayakan keselamatan di jalan raya serta di tempat kerja.

🏍️ Jumpa anda di Kembara KKP 2026!
Safety First, Work Safe.

[ CERAMAH ]6 Julai 2026 – Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kedah (JKKP Kedah) telah menerima jemputan daripad...
08/07/2026

[ CERAMAH ]

6 Julai 2026 – Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kedah (JKKP Kedah) telah menerima jemputan daripada Hospital Pakar Metro Sungai Petani untuk menyampaikan ceramah bertajuk Psikososial di Tempat Kerja.

Ceramah ini bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan mengenal pasti, mengurus dan mencegah risiko psikososial di tempat kerja bagi mewujudkan persekitaran kerja yang selamat, sihat dan kondusif.

JKKP Kedah merakamkan penghargaan atas kerjasama dan komitmen yang diberikan dalam menjayakan Sambutan Minggu Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) Peringkat Negeri Kedah 2026. Semoga kolaborasi ini terus memperkukuh budaya kerja yang selamat, sihat dan produktif.

🚨 Minggu KKP 2026 kini menjelajah ke seluruh negara!Setiap Pejabat JKKP Negeri akan menganjurkan pelbagai program sempen...
07/07/2026

🚨 Minggu KKP 2026 kini menjelajah ke seluruh negara!

Setiap Pejabat JKKP Negeri akan menganjurkan pelbagai program sempena minggu KKP 2026 mengikut tarikh dan lokasi yang telah ditetapkan.

📲 Layari Facebook rasmi JKKP Negeri masing-masing untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai aktiviti dan pengisian program di negeri anda.

✨ Jangan lepaskan peluang untuk menyertai Sambutan Kemuncak Minggu KKP 2026, yang bakal menghimpunkan pelbagai pengisian utama seperti:
✅ Seminar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP)
✅ Peluncuran Occupational Safety and Health Master Plan 2030 (OSHMP30)
✅ Majlis Penutup Minggu KKP Peringkat Kebangsaan 2026

📅 Ayuh, sama-sama memeriahkan minggu KKP 2026 di negeri anda!

Mari bersama-sama memperkukuh budaya keselamatan dan kesihatan pekerjaan demi mewujudkan tempat kerja yang lebih selamat dan sihat.

SERANTA AWAM DIBUKA! 📢Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) menjemput orang awam, pihak industri, majikan s...
06/07/2026

SERANTA AWAM DIBUKA! 📢

Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) menjemput orang awam, pihak industri, majikan serta pemegang taruh berkaitan untuk memberikan maklum balas terhadap Garis Panduan Bagi Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Skim Pemeriksaan Khas) 2025.

Maklum balas anda amat penting bagi memastikan garis panduan ini lebih menyeluruh, praktikal dan relevan dalam memperkukuh perlindungan keselamatan serta kesihatan pekerjaan kepada pekerja gig di Malaysia.

📌 Tempoh Seranta Awam:
7 Julai 2026 hingga 31 Julai 2026

📲 Imbas kod QR pada poster untuk mengakses borang maklum balas.

Ayuh bersama-sama membina ekosistem ergonomik yang lebih selamat, sihat dan mampan.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi pegawai seperti yang tertera pada poster.

Address

Aras 5, Zon A, Wisma Persekutuan Anak Bukit
Anak Bukit
06550

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6047000100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when JKKP / DOSH Kedah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to JKKP / DOSH Kedah:

Shortcuts

Share