IPD Arau

Call Directions

IPD Arau IPD Arau

22/10/2026
𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐑𝐀𝐒𝐌𝐈 𝐊𝐄𝐓𝐔𝐀 𝐏𝐎𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐋𝐈𝐒 𝐊𝐄 𝐈𝐁𝐔 𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 𝐏𝐎𝐋𝐈𝐒 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐀𝐑𝐀𝐔.Arau, 21 Oktober 2026 Rabu) - Ketua Polis Perlis...
22/10/2026

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐑𝐀𝐒𝐌𝐈 𝐊𝐄𝐓𝐔𝐀 𝐏𝐎𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐋𝐈𝐒 𝐊𝐄 𝐈𝐁𝐔 𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 𝐏𝐎𝐋𝐈𝐒 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐀𝐑𝐀𝐔.

Arau, 21 Oktober 2026 Rabu) - Ketua Polis Perlis, YDH DCP Hamzah bin Hashim dan isteri YBhg. Puan Roszairol Haliza binti Shariff, Pengerusi PERKEP Kontinjen Perlis hadir mengadakan Lawatan Kerja Rasmi ke IPD Arau, pagi tadi.

Ketibaan YDH DCP Hamzah bin Hashim, Ketua Polis Perlis bersama isteri YBhg. Puan Roszairol Haliza binti Shariff, Pengerusi PERKEP Kontinjen Perlis diiringi YBhg. Puan Jamia’ah binti Parmin, Naib Pengerusi PERKEP Kontinjen Perlis, disambut oleh Ketua Polis Daerah Arau, YDH Supt Ahmad Mohsin bin Md Rodi, di Perkarangan IPD Arau, diikuti dengan penerimaan Hormat Panglima dan pemeriksaan baris Kawalan Kehormatan.

Seusai menerima Hormat Panglima, lawatan diteruskan dengan Sesi menandatangani buku lawatan di Balai Polis Arau , seterusnya Sesi Taklimat oleh YDH Ketua Polis Daerah Arau di Bilik Mesyuarat IPD Arau, manakala YBhg. Puan Pengerusi PERKEP Kontinjen Perlis bersama YBhg Puan Naib Pengerusi PERKEP Kontinjen Perlis mengadakan lawatan ke Geleri Istana Arau dan lawatan kebajikan keatas isteri Pegawai Awam IPD Arau di rumahnya Tambun Tulang Arau. Rombongan ini telah diiringi oleh YBhg. Puan Ruzi binti Mat, Naib Pengerusi PERKEP Daerah Arau serta perjumpaan suai kenal YBhg. Puan Pengerusi PERKEP Kontinjen Perlis bersama warga PERKEP Daerah Arau di Bilik YDH Ketua Polis Daerah Arau.

Majlis kemudiannya diteruskan dengan Sesi Penyampaian Amanat oleh Ketua Polis Perlis kepada warga Polis IPD Arau di Perkarangan IPD Arau. Dalam ucapan beliau, Ketua Polis Perlis merakamkan penghargaan kepada semua warga kerja IPD Arau serta menekankan kepentingan kerjasama berterusan dalam memelihara ketenteraman awam dan meyakinkan masyarakat terhadap pasukan polis.

Terdapat beberapa perkara utama yang perlu diberikan perhatian oleh semua peringkat warga IPD Arau. Antaranya 𝟭) 𝗠𝗲𝗺𝗽𝗲𝗿𝗸𝘂𝗸𝘂𝗵 𝗜𝗻𝘁𝗲𝗴𝗿𝗶𝘁𝗶 𝗱𝗮𝗻 𝗗𝗶𝘀𝗶𝗽𝗹𝗶n, 𝟮) 𝗠𝗲𝗺𝗮𝗻𝘁𝗮𝗽𝗸𝗮𝗻 𝗞𝗲𝗰𝗲𝗸𝗮𝗽𝗮𝗻 𝗢𝗽𝗲𝗿𝗮𝘀𝗶 𝗱𝗮𝗻 𝗞𝘂𝗮𝗹𝗶𝘁𝗶 𝗦𝗶𝗮𝘀𝗮𝘁𝗮𝗻, 𝟯) 𝗞𝘂𝗮𝗹𝗶𝘁𝗶 𝗣𝗲𝗻𝘆𝗮𝗺𝗽𝗮𝗶𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗿𝗸𝗵𝗶𝗱𝗺𝗮𝘁𝗮𝗻, 𝟰) 𝗠𝗲𝗺𝗽𝗲𝗿𝗸𝘂𝗸𝘂𝗵𝗸𝗮𝗻 𝗞𝗲𝗽𝗶𝗺𝗽𝗶𝗻𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗻 𝗞𝗲𝗯𝗮𝗷𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗪𝗮𝗿𝗴𝗮 𝗞𝗲𝗿𝗷𝗮, 𝟱) 𝗠𝗲𝗺𝗽𝗲𝗿𝗸𝘂𝗸𝘂𝗵𝗸𝗮𝗻 𝗛𝘂𝗯𝘂𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗗𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗠𝗮𝘀𝘆𝗮𝗿𝗮𝗸𝗮𝘁 𝗱𝗮𝗻 𝟲) 𝗠𝗲𝗺𝗽𝗲𝗿𝗸𝗮𝘀𝗮 𝗣𝗲𝗻𝗴𝘂𝗿𝘂𝘀𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗻 𝗣𝗿𝗲𝘀𝘁𝗮𝘀𝗶.

Mengakhiri lawatan kerja tersebut, beliau mendoakan agar seluruh warga PDRM sentiasa dipelihara Allah SWT, diberikan kekuatan kesihatan serta minda untuk sentiasa bertindak berlandaskan undang-undang demi memastikan maruah pasukan terus dipandang mulia oleh masyarakat.

Turut hadir dalam Majlis Lawatan Kerja tersebut juga ialah , YDH DSP Mohd Fauzi bin Mohamad, Timbalan Ketua Polis Daerah Arau, ASP Nohida binti Abdul Wahid, Setiausaha PERKEP IPK Perlis, ASP Nur Amaniena binti Mohamad Yusob, Setiausaha PERKEP IPD Arau, Insp Salmah binti Hj. Bakar, Penolong Setiausaha PERKEP IPK Perlis, Ketua-Ketua Bahagian , Ketua-ketua Polis Balai , Pegawai Kanan Polis dan Pegawai Pangkat Rendah serta Pegawai Awam IPD Arau dan Ahli-Ahli PERKEP Daerah Arau.

POLIS DAN MASYARAKAT BERPISAH TIADA




BUNGKUSAN ATAU OBJEK MENCURIGAKAN? INI TINDAKAN ANDA
22/10/2026

BUNGKUSAN ATAU OBJEK MENCURIGAKAN? INI TINDAKAN ANDA



BUNGKUSAN ATAU OBJEK MENCURIGAKAN? INI TINDAKAN ANDA

Jangan pandang remeh sebarang bungkusan atau objek yang menimbulkan keraguan. Sikap peka dan berwaspada amat penting bagi mengelakkan risiko yang boleh mengancam keselamatan diri serta orang di sekeliling.

Jika ragu-ragu, jangan ambil risiko! Utamakan keselamatan dan ikuti panduan yang dikongsikan bagi memastikan tindakan yang diambil adalah tepat serta tidak membahayakan diri anda.

Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:

https://www.facebook.com/pdrmsiaofficial/
https://www.instagram.com/pdrmsia_official/
https://twitter.com/PDRMsia
https://www.youtube.com/user/PDRMsia
https://t.me/PDRMsia_Official
https://www.tiktok.com/





#18102026

KALAU SAYANG, KENAPA PUKUL?
22/10/2026

KALAU SAYANG, KENAPA PUKUL?



KALAU SAYANG, KENAPA PUKUL?

Keganasan rumah tangga bukan perkara yang boleh dipandang ringan atau didiamkan begitu sahaja kerana setiap individu berhak hidup dalam persekitaran yang selamat, bebas daripada ketakutan dan penderaan.

Ikuti langkah-langkah yang dikongsikan sebagai panduan sekiranya anda atau individu terdekat berdepan keganasan rumah tangga agar tindakan yang sewajarnya dapat diambil demi keselamatan diri dan keluarga.

Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:

https://www.facebook.com/pdrmsiaofficial/
https://www.instagram.com/pdrmsia_official/
https://twitter.com/PDRMsia
https://www.youtube.com/user/PDRMsia
https://t.me/PDRMsia_Official
https://www.tiktok.com/





#19102026

ANAK SELAMAT DI RUMAH, TAPI SELAMATKAN DI ALAM MAYA?
22/10/2026

ANAK SELAMAT DI RUMAH, TAPI SELAMATKAN DI ALAM MAYA?



ANAK SELAMAT DI RUMAH, TAPI SELAMATKAH DI ALAM MAYA?

Keselamatan anak bukan hanya perlu diberi perhatian ketika berada di luar rumah, malah turut merangkumi aktiviti mereka di alam maya.

Bimbing anak-anak menggunakan teknologi secara bijak dan selamat. Pantau, lindungi dan didik kerana keselamatan mereka di alam maya juga tanggungjawab kita bersama.

Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:

https://www.facebook.com/pdrmsiaofficial/
https://www.instagram.com/pdrmsia_official/
https://twitter.com/PDRMsia
https://www.youtube.com/user/PDRMsia
https://t.me/PDRMsia_Official
https://www.tiktok.com/





#20102026

LEMPAR BATU SATU KESALAHAN JENAYAH
22/10/2026

LEMPAR BATU SATU KESALAHAN JENAYAH



LEMPAR BATU SATU KESALAHAN JENAYAH

Jangan sesekali menganggap perbuatan membaling batu ke arah kenderaan sebagai gurauan. Tindakan tidak bertanggungjawab ini boleh menyebabkan cermin kenderaan pecah, hilang kawalan, kemalangan serius sehingga boleh mengancam nyawa pemandu dan pengguna jalan raya yang lain.

Ingat, perbuatan khianat yang mengakibatkan kerosakan harta benda atau membahayakan orang lain merupakan satu kesalahan di sisi undang-undang dan boleh dikenakan tindakan tegas.

Fikirkan akibat sebelum bertindak kerana satu lemparan boleh membawa penyesalan sepanjang hayat.

Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:

https://www.facebook.com/pdrmsiaofficial/
https://www.instagram.com/pdrmsia_official/
https://twitter.com/PDRMsia
https://www.youtube.com/user/PDRMsia
https://t.me/PDRMsia_Official
https://www.tiktok.com/





#20102026

KEMANUSIAA  DAN UNDANG-UNDANG, KEDUA-DUANYA PERLU DIHORMATI
22/10/2026

KEMANUSIAA DAN UNDANG-UNDANG, KEDUA-DUANYA PERLU DIHORMATI



KEMANUSIAAN DAN UNDANG-UNDANG, KEDUA-DUANYA PERLU DIHORMATI

Dalam menangani isu warga asing dan pelarian, aspek kemanusiaan perlu seiring dengan pematuhan undang-undang, keselamatan dan ketenteraman awam.

Sebarang kebimbangan hendaklah disalurkan kepada pihak berkuasa melalui saluran yang betul tanpa mengambil tindakan sendiri. Hormati undang-undang, pelihara kemanusiaan, kekalkan keharmonian.





#20102026

72 RAKYAT MALAYSIA DITANGKAP DI LUAR NEGARA! 1.7 TAN DADAH DIRAMPAS, NILAI RM81.76 JUTA!
22/10/2026

72 RAKYAT MALAYSIA DITANGKAP DI LUAR NEGARA! 1.7 TAN DADAH DIRAMPAS, NILAI RM81.76 JUTA!

𝟳𝟮 𝗥𝗔𝗞𝗬𝗔𝗧 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔 𝗗𝗜𝗧𝗔𝗡𝗚𝗞𝗔𝗣 𝗗𝗜 𝗟𝗨𝗔𝗥 𝗡𝗘𝗚𝗔𝗥𝗔! 𝟭.𝟳 𝗧𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗗𝗔𝗛 𝗗𝗜𝗥𝗔𝗠𝗣𝗔𝗦, 𝗡𝗜𝗟𝗔𝗜 𝗥𝗠𝟴𝟭.𝟳𝟲 𝗝𝗨𝗧𝗔!

Bagi tempoh 1 Januari hingga 15 Oktober 2026, sebanyak 48 kes melibatkan 72 warga Malaysia, terdiri daripada 57 lelaki dan 15 wanita, direkodkan atas kesalahan berkaitan dadah di luar negara.

Sebanyak 1,704 kilogram dadah bernilai RM81.76 juta turut dirampas, melibatkan pelbagai jenis dadah.

Saranan JSJN - Jangan mudah terpedaya dengan tawaran lumayan sehingga sanggup menjadi keldai dadah. Sekali terjerat, masa depan tergadai dan keluarga turut menerima akibatnya.

JSJN PERANGI DADAH, LINDUNGI GENERASI.




゚

FAHAMI PROSES HORMAT KEADILAN
22/10/2026

FAHAMI PROSES HORMAT KEADILAN



FAHAMI PROSES HORMATI KEADILAN

Setiap proses undang-undang mempunyai tatacara yang perlu dipatuhi bagi memastikan keadilan dapat dilaksanakan secara telus dan saksama.

Fahami proses perundangan, elakkan membuat spekulasi atau kesimpulan awal dan hormati proses keadilan yang sedang berlangsung.





#20102026

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐉𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐇𝐎𝐑𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐑𝐀𝐊𝐇𝐈𝐑 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐏𝐄𝐒𝐀𝐑𝐀 𝐏𝐎𝐋𝐈𝐒Arau, 20 Oktober 2026 (Selasa) – Ibu Pejabat Polis Daerah...
22/10/2026

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐉𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐇𝐎𝐑𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐑𝐀𝐊𝐇𝐈𝐑 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐏𝐄𝐒𝐀𝐑𝐀 𝐏𝐎𝐋𝐈𝐒

Arau, 20 Oktober 2026 (Selasa) – Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Arau telah melaksanakan Lawatan Kematian Pesara Polis Dalam Daerah Arau sebagai tanda keprihatinan dan penghargaan berterusan PDRM terhadap kebajikan pesara polis serta waris.

Lawatan yang berlangsung dari jam 4.00 petang melibatkan kunjungan di Hospital Tuanku Fauziah Kangar, Surau Kampung Kebun dan Tanah Perkuburan Islam Kampung Kebun Arau, Perlis .

Rombongan diketuai oleh, anggota Cawangan Hal Ehwal Awam dan Pesara Polis (HEA/HEPP), anggota Trafik, anggota MPV Daerah Arau dan anggota pengangkutan IPK Perlis (Van Jenazah). Turut hadir Ahli pesara polis Kontinjen Perlis.

Lawatan tersebut diadakan berikutan pemergian Allahyarham Kpl (B) 105377 Radzi bin Zain, 74 tahun, yang merupakan pesara polis dan perkhidmatan terakhir beliau di IPD Pengkalan Hulu.

Turut hadir dalam kunjungan tersebut, YDH DCP Hamzan bin Hashim, Ketua Polis Perlis diiringi Supt Ahmad Mohsin bin Md Rodi, Ketua Polis Daerah Arau. YDH Ketua Polis Perlis dan Ketua Polis Daerah Arau bersama warga IPD Arau turut menyampaikan ucapan takziah kepada ahli keluarga Allahyarham selain menyerahkan sumbangan daripada Tabung Wakaf Amanah PDRM (TWAP).

Selain itu, anggota pengiring turut melaksanakan tugas eskot sepanjang perjalanan dari rumah ke masjid dan seterusnya ke Tanah Perkuburan Islam bagi urusan pengebumian Allahyarham.

Cawangan HEA/HEPP IPD Arau turut memberikan penerangan kepada waris berkaitan prosedur tuntutan khairat kematian JPA, khairat kematian TWAP 1 serta proses pertukaran akaun penerima pencen bagi membantu melancarkan urusan kebajikan waris.

Lawatan ini mencerminkan komitmen berterusan PDRM dalam memastikan aspek kebajikan pesara dan waris sentiasa diberikan perhatian, di samping menzahirkan penghargaan terhadap jasa dan pengorbanan warga pasukan yang telah menabur bakti kepada negara.

Salam takziah buat seluruh keluarga Allahyarham Kpl
(B) Radzi nin Zain. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh. Al-Fatihah.




Address

IBU PEJABAT POLIS DAERAH ARAU
Arau
02600

Telephone

+49861222

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when IPD Arau posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share