30/05/2026
30 Mei 2026 [SABTU]
KORBAN PERDANA PARLIMEN KANGAR DI KAMPUNG UJUNG BUKIT
Alhamdulillah, Program Korban Perdana sempena Hari Raya Aidiladha telah berlangsung dengan jayanya di Kampung Ujung Bukit hasil inisiatif dan sumbangan daripada YB Tuan Zakrie Hassan dan YB Senator Tuan Azahar Hassan, dengan kerjasama Pusat Khidmat Menteri Besar DUN Bintong serta Majlis Pembangunan dan Keselamatan Kampung (MPKK) DUN Bintong.
Sebanyak 7 ekor lembu korban telah disumbangkan bagi menjayakan program ini. Proses penyembelihan, melapah dan pengagihan daging korban dilaksanakan secara gotong-royong dengan penglibatan penduduk setempat serta sukarelawan.
Daging korban kemudiannya diagihkan kepada penduduk dan golongan yang memerlukan agar keberkatan Aidiladha dapat dikongsi bersama.
Pusat Khidmat Menteri Besar DUN Bintong merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada YB Tuan Zakrie Hassan, YB Senator Tuan Azahar Hassan , MPKK DUN Bintong serta semua pihak yang telah bertungkus-lumus menjayakan program ini.
Semoga semangat pengorbanan dan kebersamaan yang dizahirkan melalui ibadah korban ini terus memperkukuhkan ukhuwah serta memupuk budaya saling membantu dalam masyarakat.