17/08/2026
Setinggi - tinggi ucapan tahniah kepada YBhg. Datuk Ts. Dr. Hj. Aminuddin Hassim atas pelantikan sebagai Ahli Jawatankuasa Audit Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) bagi tempoh 4 Ogos 2026 hingga 12 Februari 2028.
Pelantikan ini merupakan satu pengiktirafan terhadap kepakaran, pengalaman serta kewibawaan YBhg. Datuk dalam bidang yang diceburi. Semoga amanah yang diberikan ini dapat dilaksanakan dengan penuh dedikasi, integriti dan komitmen demi memperkukuh tadbir urus serta kecemerlangan universiti.
Semoga YBhg. Datuk terus maju jaya dan diberkati dalam menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan.
Ikhlas daripada :
Pejabat Audit Dalam, Universiti Malaysia Perlis