Perpustakaan Najjatul Ilham

Perpustakaan Najjatul Ilham Perpustakaan Kolej Matrikulasi Perlis bertanggungjawab untuk menyediakan Keperluan Maklumat kepada semua warga kolej merangkumi pelajar, pensyarah dan staf

> Merealisasikan impian menjadikan Perpustakaan KMP sebagai " One Stop Centre "

> Menyediakan pelbagai sumber maklumat,perkhidmatan serta bantuan kepada pengguna untuk mengakses maklumat

> Berusaha mengukuhkan tabiat membaca serta minat berkunjung ke Perpustakaan di kalangan warga KMP

> Menyediakan sistem Pengurusan Perpustakaan yang efektif dan berkesan

> Menjadi pemangkin kepada kejayaan keseluruhan warganya, khususnya kejayaan para Pelajar

Pengarah BMKPM, YBrs. En. Azman b. Abd Karim bersama Timbalan Pengarah Sektor Pengurusan Pelajar BMKPM, YBrs. Tn. Hj. Kh...
27/07/2026

Pengarah BMKPM, YBrs. En. Azman b. Abd Karim bersama Timbalan Pengarah Sektor Pengurusan Pelajar BMKPM, YBrs. Tn. Hj. Khairudin b. Nazari serta barisan pengurusan tertinggi KMP telah melawat Perpustakaan Najjatul Ilham pada Sabtu, 25 Julai 2026.

Delegasi ini sempat beramah mesra bersama pelajar di samping meninjau kemudahan perpustakaan bagi memastikan perkhidmatan serta prasarana pembelajaran Kolej Matrikulasi Perlis kekal kondusif dan cemerlang.

Pada 24 Julai 2026, YBRS. Tn. Hj. Khairudin bin Nozari, Timbalan Pengarah Sektor Pembangunan Pelajar, Bahagian Matrikula...
24/07/2026

Pada 24 Julai 2026, YBRS. Tn. Hj. Khairudin bin Nozari, Timbalan Pengarah Sektor Pembangunan Pelajar, Bahagian Matrikulasi KPM, telah mengadakan lawatan ke Perpustakaan Najjatul Ilham, Kolej Matrikulasi Perlis. Lawatan bertujuan meninjau kemudahan, menilai keberkesanan program pembangunan pelajar serta mendengar maklum balas pengurusan dan pelajar. Beliau menzahirkan penghargaan atas komitmen kolej memperkukuh budaya ilmu.

Pada 10 Jun 2026, Kolej Matrikulasi Perlis (KMP) menerima lawatan rasmi Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Datuk Dr. Mo...
11/06/2026

Pada 10 Jun 2026, Kolej Matrikulasi Perlis (KMP) menerima lawatan rasmi Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Datuk Dr. Mohd Azam Bin Ahmad. Beliau beramah mesra bersama pelajar baharu Generasi 27 (GEN27) sebelum meneruskan lawatan ke Perpustakaan KMP bagi meninjau kemudahan yang disediakan. Lawatan ini menekankan kepentingan perpustakaan sebagai pusat ilmu dan sokongan akademik kepada pelajar matrikulasi.

MPPBP 2026/2027 untuk Generasi 27 (GEN27) Kolej Matrikulasi Perlis bermula hari ini, 8 Jun 2026, dengan pendaftaran rasm...
09/06/2026

MPPBP 2026/2027 untuk Generasi 27 (GEN27) Kolej Matrikulasi Perlis bermula hari ini, 8 Jun 2026, dengan pendaftaran rasmi pelajar baharu dan pelaksanaan Minggu Pengurusan Pelajar Baharu (MPPBP). Acara ini menandakan kemasukan cohort terbaru ke Program Matrikulasi KPM, dengan pelbagai aktiviti orientasi, taklimat akademik, dan pengurusan pelajar dijadualkan sepanjang minggu.
KMPerlis

Kakitangan Perpustakaan Najjatul Ilham, Kolej Matrikulasi Perlis (KMP) mengucapkan selamat menduduki Peperiksaan Semeste...
30/04/2026

Kakitangan Perpustakaan Najjatul Ilham, Kolej Matrikulasi Perlis (KMP) mengucapkan selamat menduduki Peperiksaan Semester Program Matrikulasi (PSPM) semester 2 2025/2026 kepada semua pelajar KMP. Selamat maju jaya dan semoga dipermudahkan urusan.

Jom Baca Bersama 10 Minit!  Pada 23 April 2026, jam 11.00 pagi, seluruh rakyat Malaysia diajak membaca serentak selama 1...
23/04/2026

Jom Baca Bersama 10 Minit!
Pada 23 April 2026, jam 11.00 pagi, seluruh rakyat Malaysia diajak membaca serentak selama 10 minit.

Kempen literasi kebangsaan ini bertema “Membaca Membina Bangsa” dan disokong oleh Kementerian Perpaduan Negara serta pelbagai institusi pendidikan.

Di Perlis, Perpustakaan Najjatul Ilham, KMP turut menyahut seruan ini. Selain sesi membaca, ada juga aktiviti santai meneka jumlah buku dengan kerjasama Perpustakaan Desa Guar Gajah dan Perpustakaan Awam Negeri Perlis.

Mari kita sama-sama pupuk minat membaca dan kukuhkan semangat perpaduan melalui aktiviti ringkas tapi penuh makna!

Kami Sokong!
22/04/2026

Kami Sokong!

Kami dari Warga Perpustakaan Najjatul Ilham mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Bathin
20/03/2026

Kami dari Warga Perpustakaan Najjatul Ilham mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Bathin


Selamat MenyambutTAHUN BARU CINAPERPUSTAKAAN NAJJATUL ILHAMNotis Penutupan PerpustakaanDimaklumkan bahawa Perpustakaan N...
16/02/2026

Selamat Menyambut
TAHUN BARU CINA

PERPUSTAKAAN NAJJATUL ILHAM

Notis Penutupan Perpustakaan

Dimaklumkan bahawa Perpustakaan Najjatul Ilham akan ditutup sementara sempena cuti perayaan Tahun Baru Cina bermula pada 14 Februari sehingga 22 Februari 2026.

Perkhidmatan perpustakaan akan beroperasi semula pada hari ISNIN, 23 Februari 2026.

Sekian, harap maklum.


Address

Kolej Matrikulasi
Arau
02600

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:30
20:30 - 23:00
Tuesday 08:00 - 17:30
20:30 - 23:00
Wednesday 08:00 - 17:30
20:30 - 23:00
Thursday 08:00 - 17:30
20:30 - 23:00
Friday 08:00 - 17:30
20:30 - 23:00
Saturday 08:00 - 17:30

Telephone

+6049868935

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perpustakaan Najjatul Ilham posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category