Pusat Komuniti Desa Asahan, Jasin, Melaka

Pusat Komuniti Desa Asahan, Jasin, Melaka Pusat Komuniti Desa (PKD) Asahan terletak di Daerah Jasin, Melaka.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.πŸ“’ Jom Sertai Bengkel Fotografi Produk & Visual Marketing Anjuran: Pusat Komuniti Des...
28/07/2026

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

πŸ“’ Jom Sertai Bengkel Fotografi Produk & Visual Marketing Anjuran: Pusat Komuniti Desa (PKD) Asahan

Ingin menghasilkan gambar produk yang lebih menarik serta mempelajari teknik visual marketing untuk meningkatkan jualan? Jangan lepaskan peluang menyertai bengkel ini!

πŸ—“οΈ Tarikh: 26 Ogos 2026 (Rabu)
πŸ•˜ Masa: 9.00 pagi – 1.00 petang
πŸ“ Tempat: Balai Raya Pekan Asahan
πŸ‘¨β€πŸ« Tenaga Pengajar: Mohd Fiza bin Mohd Fuad

βœ… PERCUMA
πŸ‘₯ Terhad kepada 15 peserta sahaja!

πŸ“² Pendaftaran:
https://wa.link/zw7fw3

Tempat adalah terhad. Daftar segera sebelum penuh!

Tahniah kepada anak-anak yang telah merebut peluang menebus Baucar Buku MADANI RM100 di PKD Asahan! πŸ“šSemoga baucar yang ...
16/07/2026

Tahniah kepada anak-anak yang telah merebut peluang menebus Baucar Buku MADANI RM100 di PKD Asahan! πŸ“š

Semoga baucar yang diterima dimanfaatkan sebaiknya untuk mendapatkan bahan bacaan yang berkualiti dan menambah ilmu pengetahuan. Teruskan membudayakan amalan membaca kerana ilmu adalah kunci kejayaan.

Bagi pelajar yang masih belum membuat penebusan, jangan lepaskan peluang. PKD Asahan sentiasa bersedia membantu penggunaan komputer serta proses penebusan baucar.

πŸ“… Tempoh penebusan: 1 Julai hingga 31 Oktober 2026.

πŸ’„ KURSUS ASAS SOLEKAN DAN PENAMPILAN DIRI πŸ’„πŸ“… 15 Julai 2026 (Rabu)πŸ“ Balai Raya Pekan Asahan Alhamdulillah, Kursus Asas So...
16/07/2026

πŸ’„ KURSUS ASAS SOLEKAN DAN PENAMPILAN DIRI πŸ’„

πŸ“… 15 Julai 2026 (Rabu)
πŸ“ Balai Raya Pekan Asahan

Alhamdulillah, Kursus Asas Solekan dan Penampilan Diri telah berjaya dilaksanakan dengan penyertaan seramai 10 orang peserta yang berumur di antara 18 hingga 39 tahun.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Puan Zatul-Iffah selaku tenaga pengajar yang telah berkongsi pelbagai ilmu dan pengalaman yang amat bermanfaat. Sepanjang kursus ini, para peserta didedahkan dengan teknik asas solekan, langkah-langkah menghasilkan solekan yang kemas dan menarik, serta cara memilih produk solekan yang sesuai mengikut jenis dan tona kulit.

Semoga ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan dalam kehidupan seharian, meningkatkan keyakinan diri serta membuka peluang menjana pendapatan kepada peserta yang berminat dalam bidang kecantikan.

Terima kasih kepada semua peserta yang memberikan komitmen sepanjang kursus berlangsung. Nantikan lagi program-program menarik anjuran Pusat Komuniti Desa (PKD) Asahan.


===========================================
Ikuti Media Sosial Rasmi Pusat Komuniti Desa Asahan untuk mendapatkan informasi dan aktiviti kami di :
https://facebook.com/pkd.asahan
https://tiktok.com/
https://instagram.com/pkd_asahan
See less

Alhamdulillah, pada 03 Jun 2026 (Rabu), satu Kelas sempena cuti sekolah diadakan iaitu Kelas  Badge Magnet / Pin telah d...
04/06/2026

Alhamdulillah, pada 03 Jun 2026 (Rabu), satu Kelas sempena cuti sekolah diadakan iaitu Kelas Badge Magnet / Pin telah diadakan di Pusat Komuniti Desa (PKD) Asahan dari jam 10.00 pagi hingga 1.00 petang. Program ini melibatkan seramai 10 orang pelajar sekolah menengah dan dikendalikan oleh Puan Rafiedah dari Pejabat KEMAS Selandar.

Sepanjang kelas berlangsung, para peserta telah didedahkan kepada penggunaan aplikasi Canva bagi menghasilkan reka bentuk badge magnet dan pin@ yang kreatif serta menarik. Peserta turut mempelajari asas reka bentuk grafik, pemilihan warna, susun atur teks dan penggunaan elemen grafik yang bersesuaian. Program ini berjaya meningkatkan kemahiran digital, kreativiti serta keyakinan peserta dalam menghasilkan produk berasaskan reka bentuk sendiri.

🌟 JOM SERTAI PROGRAM KREATIV DESA@PKD 🌟Pusat Komuniti Desa Paya Ikan akan menganjurkan program KREATIV DESA@PKD yang men...
13/04/2026

🌟 JOM SERTAI PROGRAM KREATIV DESA@PKD 🌟

Pusat Komuniti Desa Paya Ikan akan menganjurkan program KREATIV DESA@PKD yang menghimpunkan seramai 40 orang usahawan komuniti desa untuk bersama-sama berkembang dalam dunia perniagaan digital! πŸš€

πŸ’‘ Anda ada produk?
πŸ’‘ Nak kembangkan bisnes ke tahap lebih tinggi?
πŸ’‘ Nak belajar cara pemasaran yang berkesan?
Inilah peluang anda!

πŸ“± Kami di Pusat Komuniti Desa akan membantu anda dari segi pemasaran digital melalui TikTok, termasuk:

βœ”οΈ Teknik buat content menarik
βœ”οΈ Cara tarik pelanggan
βœ”οΈ Strategi tingkatkan jualan

✨ Jangan lepaskan peluang untuk tonjolkan produk anda ke pasaran yang lebih luas!

πŸ“Œ Terbuka kepada usahawan komuniti desa yang mempunyai produk berpotensi untuk dikomersialkan.

πŸ“ž Tempat terhad kepada 40 peserta sahaja!
Segera daftar sekarang!

TEL : 01164813531 ( PENGURUS PUSAT KOMUNITI DESA PAYA IKAN )

SILA ISI GOOGLE FORM DIBAWAH UNTUK PENDAFTARAN ….

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfVbeZITInMXVi6EeRILqrc0dmPRmAhK2U4rAdWTDCTwDQsDQ/viewform?usp=dialog






Address

KM 31 Jalan Gunung Ledang Kg Relau
Asahan
77100

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:30
Tuesday 08:30 - 17:30
Wednesday 08:30 - 17:30
Thursday 08:30 - 17:30
Friday 08:30 - 17:30

Telephone

+6065228662

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Komuniti Desa Asahan, Jasin, Melaka posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pusat Komuniti Desa Asahan, Jasin, Melaka:

Shortcuts

Share