Pejabat Belia dan Sukan Kubang Pasu - PBSD KP

Pejabat Belia dan Sukan Kubang Pasu - PBSD KP PEJABAT BELIA & SUKAN DAERAH KUBANG PASU

15/08/2026
15/08/2026

Rangkuman Program Kem Belia Peringkat Daerah Kubang Pasu 2026

14/08/2026

Program Kem Belia Peringkat Daerah Kubang Pasu Tahun 2026
13-15 Ogos 2026
Kem PLKN UUM Sintok

01/08/2026
Mesyuarat Penyelarasan Karnival Gaya Hidup Rakan Muda Sekretariat Rakan Muda Institut Pengajian Tinggi (SRM IPT)
31/07/2026

Mesyuarat Penyelarasan Karnival Gaya Hidup Rakan Muda Sekretariat Rakan Muda Institut Pengajian Tinggi (SRM IPT)

Jitra, 28 Julai 2026 - Telah diadakan satu sesi Lawatan Tapak sempena Pesta Air DUN Ayer Hitam yang dijangka diadakan pa...
31/07/2026

Jitra, 28 Julai 2026 - Telah diadakan satu sesi Lawatan Tapak sempena Pesta Air DUN Ayer Hitam yang dijangka diadakan pada 22 Ogos 2026 bertempat di Sungai Sentap, Melele.

Sesi tersebut melibatkan pihak penganjur dari DUN Ayer Hitam, Pejabat Daerah Kubang Pasu, Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Kubang Pasu, MADA Jitra serta pemimpin komuniti setempat.

Di antara acara yang akan diadakan sempena program tersebut adalah Pertandingan Perahu Panjang, Kayak, Pukul Bantal, Gubahan, pameran dan sebagainya.

Turut hadir dalam sesi tersebut, Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Kubang Pasu Encik Mohamad Hanif bin Norhan, Pegawai Unit Sukan Encik Mohd Azizi Bin Rashid dan Puan Haslinda Binti Harun dari Unit Rakan Muda PBSD Kubang Pasu.

Bukit Kayu Hitam, 30 Julai 2026 - Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Kubang Pasu bersama Majlis Belia Daerah Kubang Pasu tel...
31/07/2026

Bukit Kayu Hitam, 30 Julai 2026 - Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Kubang Pasu bersama Majlis Belia Daerah Kubang Pasu telah diamanahkan untuk menjadi penyelaras bagi acara sukan sempena Program Jelajah Aspirasi Bebas Dadah Peringkat Negeri Kedah 2026 dengan tema Komuniti Felda Sihat Kedah Sejahtera.

Antara acara sukan yang telah dipertandingkan dalam program tersebut adalah E-Sport Mobile Legend, Congkak, Karom dan Sepak Raga Tuju.

Acara Penyampaian Hadiah telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Sukan Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Kedah, Encik Mohamad Hanaffi Bin A. rahman dengan diiringi Encik Mohamad Hanif Bin Norhan, Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Kubang Pasu.

Program Komuniti Aktif @ Kampung Alor Tokcik
31/07/2026

Program Komuniti Aktif @ Kampung Alor Tokcik

PROGRAM JELAJAH ASPIRASI BEBAS DADAHBUKIT TANGGA, 30 Julai 2026 – Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Sharafudin Badl...
30/07/2026

PROGRAM JELAJAH ASPIRASI BEBAS DADAH

BUKIT TANGGA, 30 Julai 2026 – Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Sharafudin Badlishah Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin, Raja Muda Kedah, pagi ini berkenan mencemar duli menghadiri dan merasmikan Program Jelajah Aspirasi Bebas Dadah – Komuniti Felda Sihat, Kedah Sejahtera di Felda Bukit Tangga.

Turut hadir YB Dato' Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri; Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) Kementerian Dalam Negeri, YBhg. Dato' Hj. Abdul Halim bin Hj. Abdul Rahman; YB Dato' Seri Haji Norizan Khazali, Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah; YDH CP Dato' Adzli bin Abu Shah, Ketua Polis Kedah; Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Dato' Ruslin bin Jusoh serta dif-dif kenamaan lain.

Program ini merupakan inisiatif bagi memperkukuh kesedaran masyarakat terhadap bahaya penyalahgunaan dadah, di samping menyemarakkan aspirasi ke arah melahirkan komuniti yang sihat, selamat dan bebas daripada ancaman dadah.

Selesai majlis perasmian, Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Kedah berkenan meluangkan masa melawat reruai-reruai pameran yang disediakan oleh agensi-agensi terlibat sebelum berangkat meninggalkan majlis.

Timbalan Pengarah Sukan Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Kedah, En Hanaffi Bin A. Rahman hadir mewakili Puan Pengarah bersama Encik Mohamad Hanif Bin Norhan, Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Kubang Pasu.

Address

Kompleks Sukan Komuniti Jerlun
Ayer Hitam
06150

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6049176940

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Belia dan Sukan Kubang Pasu - PBSD KP posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share