01/09/2026
π²πΎ PROGRAM MERDEKA JIWAKU, MALAYSIA TANAH AIRKU π²πΎ
Semangat patriotisme dan kecintaan terhadap tanah air terus disemarakkan melalui Program βMerdeka Jiwaku, Malaysia Tanah Airkuβ yang telah dilaksanakan pada 26 Ogos 2026 bertempat di Pusat Sumber PLPP Wilayah Selatan.
Program dimulakan dengan penuh semangat melalui nyanyian Negaraku, Lagu Usaha DOA dan Lagu Sejahtera Malaysia, diikuti dengan ucapan Pengarah PLPP Wilayah Selatan. Pelbagai aktiviti menarik turut diadakan bagi memeriahkan sambutan, antaranya Pertandingan Mewarna (21β25 Ogos 2026), Teka Silang Kata, Puzzle serta Pertandingan Pakaian Tercantik.
Lebih daripada sekadar sambutan, program ini menjadi wadah untuk menyemai semangat cintakan negara, menghargai kemerdekaan serta mengukuhkan perpaduan dalam kalangan warga PLPP Wilayah Selatan. β€οΈππ