Pemuda Ayer Hitam

Pemuda Ayer Hitam Laman Rasmi Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Ayer Hitam (PPUBAH)

Alhamdulillah pendirian yang mewakili suara hati akan umbi!
16/05/2026

Alhamdulillah pendirian yang mewakili suara hati akan umbi!

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh.
Salam Sejahtera dan Salam Maju Johor.

Saya mengambil maklum pandangan, suara dan harapan rakyat Johor serta kepimpinan akar umbi UMNO dan Barisan Nasional Johor berhubung hala tuju parti menjelang Pilihan Raya Negeri yang akan datang.

Selepas berbincang dengan pucuk pimpinan parti, saya dengan rasa penuh insaf dan tanggungjawab menyatakan bahawa Barisan Nasional Johor akan bertanding di semua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri pada Pilihan Raya Negeri akan datang.

Bagi UMNO dan Barisan Nasional Johor, pendirian untuk bertanding di 56 kerusi DUN adalah tawaran yang jelas kepada rakyat bahawa kami bersedia untuk terus membentuk sebuah kerajaan yang stabil, kuat dan berkhidmat sepenuhnya kepada pembangunan negeri serta kesejahteraan Bangsa Johor.

Semoga Allah SWT sentiasa merahmati dan melindungi negeri Johor yang kita cintai ini.

Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor
Kepada Allah Kita Berserah

Dato Onn Hafiz Ghazi
Pengerusi Barisan Nasional Negeri Johor

04/05/2026

Moga Allah meredhai segala usaha Kerajaan Negeri Johor.

Luar Biasa Ayer Hitam!
09/04/2026

Luar Biasa Ayer Hitam!

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, sukacita diumumkan keputusan bagi:PERTANDINGAN PINTU GERBANG DAN MERCU TANDA HARI...
19/03/2026

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, sukacita diumumkan keputusan bagi:

PERTANDINGAN PINTU GERBANG DAN MERCU TANDA HARI RAYA AIDILFITRI 1447H / 2026M

SENARAI PEMENANG
- Johan – Kg Parit Surau (RM1,800)
- Naib Johan – Kg Parit Haji Abdul Hamid (RM1,300)
- Ketiga – Kg Parit Nipah (RM1,000)
- Keempat – Kg Parit Londang (RM500)
- Kelima – Kg Parit Bingan (RM300)

Tahniah kepada semua pemenang atas kreativiti, komitmen dan kerja berpasukan yang luar biasa.

Setiap pintu gerbang dan mercu tanda yang dibina bukan sekadar hiasan, tetapi lambang kesungguhan, kebersamaan dan kecintaan kepada kampung halaman.

Penghargaan paling besar juga harus diberikan kepada semua kampung yang telah bertanding, termasuk yang tidak tersenarai sebagai pemenang.

Kita tahu di sebalik setiap rekaan, ada tenaga yang dikerah siang dan malam. Usaha kalian tidak sia-sia — ia tetap menceriakan suasana Aidilfitri dan menghidupkan semangat bermasyarakat di kampung masing-masing.

Menang atau tidak, yang lebih utama adalah semangat yang telah ditunjukkan.

Semangat inilah yang membina perpaduan, mengeratkan silaturahim dan menjadikan Aidilfitri di Parlimen Ayer Hitam terasa lebih bermakna tahun ini.

Terima kasih dan tahniah kepada semua yang terlibat.

Semoga inisiatif seperti ini terus menjadi inspirasi untuk kita memperkukuh kebersamaan dan memeriahkan sambutan pada tahun-tahun mendatang.

Lebih 200 Anak Muda & Penggerak Kampung Meriahkan Malam Akhir Pertandingan Gerbang Aidilfitri anjuran Pemuda Ayer Hitam!...
19/03/2026

Lebih 200 Anak Muda & Penggerak Kampung Meriahkan Malam Akhir Pertandingan Gerbang Aidilfitri anjuran Pemuda Ayer Hitam!

Alhamdulillah, tahun ini Pemuda Ayer Hitam berjaya mencetus penyertaan luar biasa, dari 10 buah kampung tahun lepas, kepada 18 buah kampung.

Turut bersama dalam sesi penjurian adalah YB Ah Soon sebagai wakil rasmi Ahli Parlimen Ayer Hitam.

Insha’Allah kurang 4 jam lagi keputusan akan diumumkan. Nantikan!

Kampung Parit SontoPERTANDINGAN PINTU GERBANG DAN MERCU TANDAHARI RAYA AIDILFITRI 1447H | 2026MPARLIMEN AYER HITAM
16/03/2026

Kampung Parit Sonto

PERTANDINGAN PINTU GERBANG DAN MERCU TANDA
HARI RAYA AIDILFITRI 1447H | 2026M
PARLIMEN AYER HITAM

Kampung Parit Nipah DaratPERTANDINGAN PINTU GERBANG DAN MERCU TANDAHARI RAYA AIDILFITRI 1447H | 2026MPARLIMEN AYER HITAM
16/03/2026

Kampung Parit Nipah Darat

PERTANDINGAN PINTU GERBANG DAN MERCU TANDA
HARI RAYA AIDILFITRI 1447H | 2026M
PARLIMEN AYER HITAM

Kampung Parit BinganPERTANDINGAN PINTU GERBANG DAN MERCU TANDAHARI RAYA AIDILFITRI 1447H | 2026MPARLIMEN AYER HITAM
16/03/2026

Kampung Parit Bingan

PERTANDINGAN PINTU GERBANG DAN MERCU TANDA
HARI RAYA AIDILFITRI 1447H | 2026M
PARLIMEN AYER HITAM

Kampung Parit SemarangPERTANDINGAN PINTU GERBANG DAN MERCU TANDAHARI RAYA AIDILFITRI 1447H | 2026MPARLIMEN AYER HITAM
16/03/2026

Kampung Parit Semarang

PERTANDINGAN PINTU GERBANG DAN MERCU TANDA
HARI RAYA AIDILFITRI 1447H | 2026M
PARLIMEN AYER HITAM

Address

Ayer Hitam

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pemuda Ayer Hitam posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pemuda Ayer Hitam:

Share